Mesti anda terkejut apabila membaca tajuk di atas bukan?
Untuk makluman anda, insiden Anzalna dirogol oleh teman lelaki hanyalah menerusi sebuah babak lakonan semata-mata dan ia langsung tiada kaitan dengan dunia realiti sebenar aktres ini. Oleh itu, peminat semua jangan salah anggap pula ya.
Untuk drama lakonan terbaru Anzalna berjudul “Bangkitnya Seorang Perempuan,” aktres ini dikatakan memegang watak sebagai Balqish, iaitu seorang wanita kampung yang naif dan memiliki sifat sopan santun.
Pada suatu hari, Balqish telah dirogol oleh kekasihnya, Radzi (lakonan Ryzal Jaafar) di sebuah kawasan semak kerana Radzi tidak mahu teman wanitanya dimiliki oleh lelaki lain.
Apakah yang akan berlaku kepada Balqis seterusnya? Untuk ketahui lebih lanjut, jangan lupa untuk menonton drama bersiri “Bangkitnya Seorang Perempuan” menerusi Slot Samarinda, TV3 mulai 13 Mac ini.
Merujuk perkembangan terbaru, Anzalna kini difahamkan sedang aktif menjalankan aktiviti perniagaan onlinenya di laman Instagram yang dikenali sebagai “HERMANAS5”
“Saya jenis yang rajin bekerja. Jadi bila tak ada ‘shooting’ saya akan rasa bosan duduk dekat rumah dan dari situ saya mula berjinak-jinak dalam perniagaan online ini bersama adik beradik yang lain.
“Perniagaan ini dikenali sebagai ‘Her Maness,’ iaitu sebuah perniagaan online yang menjual pakaian wanita. Kesemua harga pakaian yang dijual adalah sangat berpatutan, paling mahal pun cuma RM150 sahaja.
“Saya pilih perniagaan ini sebab bila saya pergi ke majlis-majlis keramaian ramai yang bertanya dan minat dengan baju yang saya pakai. Jadi sebab itulah timbulnya idea untuk jalankan perniagaan ini, lagipun ramai rakan-rakan artis yang sokong.
Berkongsi lebih lanjut mengenai perniagaan online ini, Anzalna akui kebanyakan baju-baju yang dijual adalah hasil rekaannya sendiri dan di beli dari luar negara.
“Saya memang tak suka pakai seluar. Jadi pakaian yang saya jual kebanyakannya lebih kepada ‘dress’ dan hasil rekaan semula (re-design) kakak saya yang sulung.
“Baju-baju banyak kami beli dari luar negara, sewaktu kami pergi melancong dan bila sampai di Malaysia kami akan hantar kepada tukang jahit untuk hasilkan rekaan yang baru.
“Selain dress, saya pun ada reka blazer untuk mereka yang bertudung,” ujar Anzalna mengenai bidang perniagaan yang baru diceburinya awal bulan lalu.