Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Pertandingan Lumba Buka Bra Di China

on 31 May 2012

Ini merupakan salah satu pertandingan lumba yang aneh dan unik. Selama acara promosi, yang diadakan oleh sebuah 'department store' di bandar Gungzhou, China. Peserta dijemput untuk menguji kemahiran menggunakan bra mereka. Untuk memenangi pertandingan, peserta harus melepas bra dari lapan model, dalam masa sesingkat mungkin, dengan hanya menggunakan satu tangan. Semua lelaki tukang pamer, ingin membuktikan kemampuan mereka, yang berjaya untuk melepaskan semua lapan bra hanya dalam 21 saat.

 
 
 
 
 
 
 

SUMBER

Baju Tertanggal Ketika Persembahan Tarian Dilakukan

Salah seorang penari tergelincir dan baju yang dipakainya terlucut sedikit sehinggakan menampakkan payudaranya di khalayak ramai. Kejadian ini berlaku di Singapura ketika ia sedang dilangsungkan secara langsung di kaca televisyen di salah satu program realiti, First XI.

Aksi wanita ini yang gelisah untuk membetulkan pakaian beliau yang terlucut itu telah mendapat perhatian lensa kamera. Wanita terbabit tidak dapat membetulkan pakaiannya itu lalu berlari terus ke bilik persalinan kerana amat malu ketika itu.

 
 

SUMBER

Diana Danielle Sudah Berkahwin???

Awal bulan lalu kecoh kononnya pelakon cantik dan jelita, Diana Danielle lari dari rumah selepas bergaduh dengan ibunya, Norsiah Ramli gara-gara tidak merestui perhubungan cintanya dengan aktor, Farid Kamil. Ekoran dari kontroversi tersebut, Diana telah tampil memberi penjelasan kononnya cerita itu tidak benar dan mengakui hubungan beliau dengan ibunya masih baik dan tidak mempunyai masalah seperti yang digembar-gemburkan.

Menurut sumber, pemilik nama Diana Danielle Danny Beeson ini pada majlis Malam Gala Tayangan Media Filem ‘Jiwa Taiko’, malam tadi dan pelakon filem Magika ini memberitahu tidak kisah dengan kontroversi yang timbul dan menganggap ia sebagai lumrah dunia artis.

“Sebelum ini ramai yang tanya mengenai isu ini dan di sini saya nak tegaskan yang saya tak pernah lari dari rumah, tak pernah gaduh dengan ibu saya ataupun lari berhari-hari meninggalkan keluarga tanpa khabar berita. Saya tak sekejam macam itu.

“Saya juga tak gaduh dengan ibu saya pasal Farid kerana tak ada isu pun kami nak bergaduh pasal hal itu sebab beliau tidak kisah dengan perhubungan kami dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk saya. Mungkin ramai yang bertanggapan kami bergaduh sebab dah lama tak nampak ibu saya ikut saya di mana-mana majlis.

“Sebenarnya, ibu saya tak ikut saya sekarang sebab dia dah tak larat. Umurnya pun semakin meningkat, jadi dia mengambil keputusan untuk memperlahankan aktivitinya dari menguruskan karier seni saya. Bagi saya, benda ini buang masa saja untuk saya perjelaskan. Apapun, saya tak kecewa dengan kontroversi ini dan saya anggap ia lumrah sebagai anak seni.”

Ketika majlis tersebut, Diana turut ditemani kekasih hatinya itu memakai sebentuk cincin yang tersarung di jari manis Diana. Diana Danielle berkata pada sumber bagi entri ini, “Mana ada, ini hanya cincin pemberiannya sempena ulangtahun ketiga percintaan kami.".

“Tidak dinafikan dari dulu perhubungan kami memang ada hala tuju. Cuma apa yang boleh saya katakan, bila semuanya dah pasti nanti, saya akan beritahu dan kongsi dengan semua. Buat masa ini saya tak berani nak cakap lagi sebab takut nanti tak jadi,” tambah beliau lalu mengakhiri perbualan.

 

SUMBER

Zhang Ziyi Nafi Terlibat Skandal Seks RM347 Juta

Tidak sampai 24 jam selepas kami menyiarkan berita berkaitan skandal seks Zhang Ziyi yang dikhabarkan bernilai RM347 juta, aktress popular China ini mula bersuara walaupun bukan secara langsung.

Melalui blog beliau awal hari ini, Zhang Ziyi yang kini terlibat dalam sesi penggambaran filem di selatan China berkata, "orang boleh menerima angin sebagai hujan" dengan menggunakan imaginasi mereka.

Kenyataan sinis oleh Zhang Ziyi itu diambil oleh media China sebagai penafian daripada aktress ini akan skandal seks beliau yang turut melibat bekas pegawai kerajaan China, Bo Xilai.

Pelbagai saluran media China semalam melaporkan yang Bo Xilai membayar sejumlah wang yang besar untuk meniduri Zhang Ziyi sekurang-kurangnya 10 kali sehingga tahun 2011.

Bukan Bo Xilai seorang, Zhang Ziyi dilaporkan menawarkan khidmat seks kepada beberapa orang ternama China yang lain dengan jumlah keseluruhan transaksi kira-kira RM347 juta.


SUMBER

Hukuman Paling Sadis Di Dunia

Kekejaman terhadap penjahat yang dilakukan awam di China selama masa Dinasti Qing atau dikenali sebagai Dinasti Manchu (1644-1912). Tidak diketahui dengan tepat bila foto itu dibuat dan di mana lokasinya dan inilah hukuman terberat bagi penjahat. Pada tajuk foto dituliskan “Kematian Kerana Ribuan Potongan”. Hukuman ini diberi nama LING CHI iaitu dijatuhkan dengan cara dipotong satu persatu organ tubuh, agar si pesalah mati dalam penderitaan.

Biasanya pelaksanaan hukuman berlangsung selama 3 hari. Namun selalunya dalam beberapa jam si pesalah sudah mati. Seseorang hanya dijatuhkan hukuman ini jika dia melakukan kejahatan yang amat besar. Contoh untuk kes diatas adalah foto tersebut diambil ketika hukuman keatas seorang pembunuh keluarga diraja.


SUMBER

(6 Gambar) Patung Barbie Paling Mindblowing Dan Menyeramkan

on 30 May 2012

Sebut sahaja Barbie Doll, pasti ramai akan terbayang susuk tubuh patung yang comel dangan baby face. Tetapi ianya bakal menjadi mimpi ngeri bagi peminat patung Barbie apabila melihat patung Barbie diubah menjadi makhluk yang mempunyai susuk tubuh mindblowing lagi menyeramkan!

Patung ini merupakan sebuah projek yang dihasilkan oleh Sabrina Zbasnik dan ianya dinamakan Cthulhu Barbie.
  
 
 
  
 
 

SUMBER

(8 Gambar) Pemandangan Menakjubkan Dari Taman Negara ZhangJiaJie

Salam sejahtera... Kali ini kami ingin para pengunjung setia blog ini menikmati suasana hijau. Suasana hijau ini tiada kena mengena dengan mana-mana parti politik tau, tapi alam semulajadi yang boleh membuatkan mata kita sejuk dan hati yang tengok. Mari kita terbang ke negara China, menikmati pemandangan yang memukau dari Taman Negara Zhangjiajie yang terletak di wilayah Hunan, China.

Ianya merupakan hutan simpan yang mempunyai bentuk muka bumi ekstrim dan mempunyai 'tiang-tiang batu' yang tinggi. Taman ini berkeluasan 4810 hektar dan yang menariknya, terdapat satu tiang batu berketinggian 3544 kaki yang diberi nama 'Avatar Hallelujah Mountain' sempena gunung-gunung terapung yang terdapat dalam filem Avatar.

Tapi bagi aku, tiang-tiang batu ini lebih kelihatan seperti kawasan terletaknya Air Temple dalam siri kartun dan filem Avatar The last Air Bender!

 
 
 
 
 
 
 

SUMBER

Gempar!!! Pegawai Kerajaan China Bayar Zhang Ziyi RM347 Juta Untuk Seks

Pergh!!! Skandal menteri Malaysia yang dikatakan membayar aktress terkenal untuk seks nampak sangat kecil jika ingin dibandingkan dengan angka yang didedahkan media China hari ini.

Media China hari ini kecoh dengan pendedahan skandal seks bekas pegawai tertinggi kerajaan mereka, Bo Xilai yang kini didakwa membayar sejumlah wang untuk hubungan seks bersama aktress dan selebriti terkanl Zhang Ziyi.

Bo Xilai dikatakan membayar sebanyak RM2.9 juta kepada aktress tersebut untuk hubungan seks buat pertama kali sekitar tahun 2007 setelah mereka dikenalkan oleh rakan.

Rakan Bo Xilai yang sama, Xu Ming dikatakan menawarkan RM4.9 juta untuk Zhang Ziyi kembali ke ranjang bersama bekas pegawai kerajaan China itu.

Laporan juga menyebut yang pelakon wanita berusia 33 tahun itu telah tidur bersama Bo Xilai sekurang-kurangnya 10 kali di’antara tahun 2007 dan 2011 di Beijing, China.

Media China turut melaporkan yang kegiatan pelacuran Zhang Ziyi bukan sahaja melibatkan Bo Xilai malah beberapa lagi orang kaya dan ternama China yang sehingga ke hari ini mencecah angka RM347 juta nilai keseluruhan aktiviti beliau selama ini.

Berita skandal ini dikatakan menjadi sebab utama kenapa Zhang Ziyi tidak hadir ke Festival Filem Cannes 2012 sedangkan filem terbaru beliau Dangerous Liaisons di’tayangkan buat pertama kali di’sana.


SUMBER

Tomok Bergelar Bapa Pada 29 Mei 2012

on 29 May 2012

Tomok melalui laman Twitter rasmi beliau baru sahaja mengumumkan yang isteri beliau, Ayu baru sahaja selamat melahirkan bayi lelaki sekitar jam 6.03 petang tadi.

Tomok dan Ayu berkahwin pada 1 Julai 2011 yang lalu dan iniadalah anak sulung mereka. Tahniah daripada kami buat kedua-duanya dan kaum keluarga mereka.


SUMBER

Wow!!! Gaji Nazmi Faiz Sebulan RM300,000 Dari Kelab Beira-Mar???

Bintang bola sepak Harimau Muda, Nazmi Faiz awal bulan ini mencipta kejutan apabila diterima untuk menyertai  sebuah kelab bola sepak Portugal, SC Beira-Mar.

Nazmi Faiz menandatangani kontrak selama tiga musim yang tamat pada Jun 2015 & beliau akan mula bermain dengan pasukan utama pada Ogos 2012 selepas mencecah 18 tahun.

Ejen beliau Marco Guimaraes mengakui jumlah yang di’terima Nazmi Faiz memang lumayan untuk seorang pemain muda dari Asia Tenggara tetapi enggan mendedahkan jumlah sebenar. Nazmi Faiz sendiri masih belum berikan sebarang respons.

Jika jumlah yang di’khabarkan itu benar & sebenarnya tidak mustahil, Nazmi Faiz bakal bergelar jutawan bola sepak muda — jauh lebih muda daripada Safee Sali yang menerima RM118,000 sebulan di Indonesia.


SUMBER

(6 Gambar) Apabila Wajah Tidak Lagi Penting Bagi Gadis Cantik Ini

Pelik dan bangang sungguh apabila muka yang cantik semulajadi yang diberi oleh maha pencipta telah dirosakkan dengan trend terbaru dye la kot. Apa-apa pun korang saksikan gambar-gambar di bawah ini.


Ini wajah seorang gadis yang sebelum di ubah menjadi hodoh, jom kita lihat ape yang berlaku selepas itu. Tindakan bodoh nya itu dengan menukar stail rambut tobek sebelah dan selepas itu mulutnya di jahit.

 
  
 

SUMBER

Gempar!!! Sotong Kurita Berwajah Manusia Ditemui

Jika semasa musim Piala Dunia 2010, sotong kurita yang dikenali sebagai Paul mula menjadi popular di serata dunia. Ia menjadi popular gara-gara ramalannya menentukan keputusan perlawanan menepati keputusan yang sebenar. Itu kisah si Paul sotong kurita. Namun bagi penduduk kawasan Muara, Kelurahan Berok Nipah, Padang, Sumatera Barat dihebohkan dengan seekor sotong kurita mirip wajah manusia dan mirip wajah seorang wanita. Sotong ini dibawa oleh seorang nelayan pulang ke rumah bersamaan dengan sotong lain untuk dimasak isterinya.

Sotong ini berukuran kira-kira 20cm dan mempunyai dua mata, dua telinga, dan satu hidung dan bibir. Haiwan pelik ini dipamerkan kepada para pengunjung yang mahu melihat sendiri sotong kurita berwajah manusia manusia. Tambahan sotong ini berjaya menarik perhatian seluruh penduduk di perkampungan yang lain.


SUMBER

Acara Cari Jodoh Yang Pelik

on 28 May 2012

Mahu mendapatkan pasangan yang cantik atau kaya? Untuk yang terlepas, berharap sahaja semoga acara temu jodoh unik ini kembali diadakan. Tak perlu risau, tiket masuknya percuma.

Acara yang dinamakan "Meet the Rich Hero" ini diadakan pada hari Sabtu di Wuhan, China dan dihadiri oleh 60 peserta wanita yang ingin mendapat jodoh idaman-dan pastinya kaya. Mereka ini adalah para perserta yang berhasil terpilih dalam proses pilihan dari panitia sebelumnya. Namun, kekalkah jodoh macam ni yer???


SUMBER

SubhanaAllah!!! Akhbar Online UMNO Ubah 'Takbir' Kepada 'Take Beer'

Maaf!!! Entri ini bukan bermaksud ingin menyebelahi pembangkang dan menjatuhkan kerajaan. Tetapi, apa dah jadi dengan akhbar online UMNO??? Lihat lah gambar di bawah, TAKBIR di ubah menjadi TAKE BEER dan pelbagai lagi fitnah dilemparkan kepada para pembangkang.

Betul lah selama ini, ramai orang bercakap politik di Malaysia tersangatlah kotor dan jijik. Yang itu cakap ini, manakala yang ini cakap itu. Alih-alih, yang cakap itu keluar parti ini dan ikut pula parti yang difitnahnya.

 

Lawak Bodoh Yang Sememangnya Bodoh


Sepasang suami isteri panik selepas anak lelaki mereka terperangkap selama lima minit di dalam sebuah mesin basuh automatik di sebuah kedai dobi layan diri di Amerika Syarikat.

Difahamkan sebelum kejadian, kedua suami isteri itu dipercayai sedang bergurau dengan meletakkan anak mereka ke dalam mesin basuh di kedai dobi Laundromat tersebut.

Perbuatan itu turut mengundang kemarahan pelanggan lain.

Tindakan bodoh yang dirakam menerusi rakaman televisyen litar tertutup premis tersebut turut dimuat naik ke laman web perkongsian video, Youtube dan telah ditonton lebih 26,000 pengguna Internet setakat ini.


SUMBER

Mahu Cepat Popular, Selebriti Ini Sanggup Tunjuk Payudara

Selebriti dan wartawan hiburan merupakan dua pihak yang saling memerlukan. Selebriti perlukan wartawan agar popular, sementara wartawan selebriti sebagai bahan bacaan. Sebab itu, banyak selebriti yang membuat sensasi agar popularitinya naik, seperti yang dilakukan selebriti ini. Demi populariti, ia rela memperlihatkan payudaranya kepada para wartawan.


SUMBER

Peserta Imam Muda Sindir Himpunan Belia

on 27 May 2012

Salam sejahtera... "Himpunan Belia yang baik pada asalnya bertukar Menjadi Haram & Jijik". Inilah yang diungkapkan oleh peserta Imam Muda Fakhrul manakala Imam Muda Fattah pula menyindir sinis dengan penganjurannya. Mari kita terjah 'printscreen' yang pihak admin dapat dari satu fanpage facebook ini...

Gambar Awek 30 Tahun Seperti Remaja 14 Tahun

Xia Da merupakan salah seorang seniman manga untuk kartun jepun. Merupakan anak kelahiran Hunan , China 04 April 1981. Wajahnya yang kelihatan muda walaupun sudah berumur mencecah 30 tahun. Mungkin ramai yang terkejut dengan wajahnya yang jelas-jelas seperti remaja yang baru berumur 14 tahun.

 
 

Hotel – Hotel Paling Menyeramkan Di Dunia

on 26 May 2012

Di sini ada beberapa buah hotel yang dikatakan paling seram dan menakutkan di dunia. Pelbagai kisah seram yang diceritakan dari hotel-hotel ini.. Nak tahu kenapa hotel-hotel ini dikatakan paling menyeramkan di dunia? meh baca ni..




1. Hotel Crescent


Hotel - Hotel Paling Menyeramkan Di Dunia

Dibangunkan pada tahun 1886, Hotel Crescent dipercaya sebagai hotel paling seram di Amerika. Ceritanya bermula ketika hotel ini jatuh bangkrap dan kemudian dibeli oleh Norman Baker pada tahun 1937 untuk diubah menjadi Yayasan Penyembuhan Kanser. Ramai pesakit yang datang dan yang tidak sembuh akhirnya meninggal di hotel ini. Sejak itulah, para arwah pesakit banyak yang gentayangan dan sering menampakan diri.


2. Hotel Queen Mary


Hotel - Hotel Paling Menyeramkan Di Dunia

Pada awalnya Queen Mary adalah kapal pesiaran mewah. Ia mampu berlayar mengharungi Lautan Atlantik kerana kecanggihannya. Saat terjadi perang, kapal ini diambil alih oleh pasukan militer “The Grey Ghost” untuk menjalankan misi perang. Saat itu Queen Mary telah berlanggar dengan kapal HMS Curacao sehingga menyebabkan kapal terbelah dua dan 300 orang anak kapal meninggal dunia. Setelah dijadikan hotel, kelihatan banyak hantu bergentayangan di Queen Mary.


3. Lizzie Borden Bed and Breakfast


Hotel - Hotel Paling Menyeramkan Di Dunia

Hotel ini menjadi angker pada 4 Ogos 1892, ketika seorang anak bernama Lizzie Borden membunuh secara kejam ayah dan ibu tirinya menggunakan kapak. Abby borde, ibu tirinya ditemukan mati di antara tempat tidur dan almari pakaian dekat ruang tamu. Dan ayahnya di bawah sofa. Lizzie akhirnya dihukum di Fall River dan meninggal dunia tahun 1927. Ketiga-tiga arwah tersebut kerap gentayangan mengganggu pengunjung hotel.


4. The Old Spot Hotel


Hotel - Hotel Paling Menyeramkan Di Dunia

Hotel ini merupakan bangunan pertama yang dibangun di Kota Grawler, Australia bagian selatan tahun 1980. Bangunan itu telah dijadikan pejabat yang menjalankan aktiviti perniagaan. Setelah beberapa tahun kemudian, gedung ini diubah menjadi hotel. Sejak itulah sering muncul kejadian-kejadian mistik misalnya penampakan hantu yang salah satunya yang sering muncul adalah hantu anak kecil. Kisah angker di Old Spot terbukti pada tahun 1990 apabila seorang tetamu dengan tidak sengaja telah menangkap 3 gambar hantu melalui kameranya.

SUMBER

Lisa Surihani Sudah Mengandung???


Pasti ramai yang tidak sabar untuk melihat pasangan sama cantik sama padan, Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani menimang cahaya mata. Jika Lisa mengandung, pasti ramai peminat setianya yang akan gembira dengan berita tersebut. Malah, kami juga boleh bayangkan, anak mereka nanti pasti comel seperti ibu bapanya juga.

“Ramai yang tegur penampilan Lisa sekarang yang agak berisi sedikit. Tidak dinafikan, selepas berkahwin, berat Lisa dah naik iaitu dari 46 ke 50kilogram sekarang. Alhamdulillah, sama juga seperti kehidupan orang lain selepas berkahwin, Lisa bersyukur sangat dengan kehidupan sekarang,” ujar Lisa memberitahu tanggal 23 Mei lalu genap 3 bulan usia perkahwinan mereka.

“Ia satu proses yang sangat seronok. Walaupun sibuk, namun masing-masing saling memahami sebab dalam satu industri. Kami merancang masa dan walau sesibuk manapun, kami akan tetap berusaha untuk luangkan masa bersama-sama.

“Malah, ketika Lisa shooting filem ‘Dendam Orang Mati’ hari itu, Yusry juga akan datang ke lokasi dan buat kerja dia di sana. Macam sekarang, Yusry sedang sibuk dengan ‘post-production’ filem ‘Vikingdom’ dan juga ‘29 Februari’, namun kami akan cuba juga cari waktu bersama.”

Sebelum ini timbul cerita kononnya Lisa ‘menghalau’ Yusry dari lokasi penggambaran ‘Dendam Orang Mati’ dan Lisa memberitahu, “ Saya bukan halau cuma saya tak bagi dia datang ke set sebab waktu itu saya ada satu babak berat.

“Saya kena buat babak mengamuk dan jika saya tahu dia datang, saya tak boleh nak buat. Ini kerana saya akan cair bila melihat muka dia. Saya hanya bagi dia datang selepas selesai buat babak tersebut. Sebelum ini pun ketika kami sama-sama berlakon filem ‘Ular’ dan memerlukan babak kami memandang antara satu sama lain, Lisa tak boleh buat. Malah, menjadi persoalan juga di sini, adakah Lisa mampu bekerja di bawah arahan dia selepas ini. Apapun, Lisa rasa memang tak boleh kerana bila tengok wajah dia saja, Lisa akan cair.”

Menyentuh soal anak pula, Lisa memberitahu menyerahkan segalanya kepada rezeki dan mengakui tidak merancang mengenai soal cahaya mata. Dalam pada masa yang sama, Lisa yang bakal muncul dengan filem ‘Saya Amat Mencintaimu’ dan ‘Istanbul Akan Datang’ pada bulan Ogos ini juga turut memberitahu tidak sabar untuk berpindah ke rumah baru mereka nanti.

“Buat masa sekarang, kami akan berulang-alik ke rumah keluarga Lisa dan juga dia. Rumah kami berdua kini masih dalam pembinaan dan akan siap tidak lama lagi. Idea asal bagi dekorasi rumah baru kami adalah dari Yusry sendiri. Citarasa kami juga agak sama, jadi tidak susah untuk buat keputusan mengenai konsep rekaan dalaman rumah kami. Bagi rumah baru kami ini, kami bersepakat memilih konsep English-Europian-American.”

SUMBER
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved