Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Gempar!!! Linda AF2 Jadi Isteri Kedua Kepada Seorang Menteri

on 30 April 2012

Linda Nanuwil mungkin namanya tidak segah seperti Adira atau Stacy walaupun mereka berasal dari negeri kelahiran yang sama iaitu Sabah dan juga lahir menjadi artis sebagai program realiti, Akademi Fantasia.

Khabarnya, Linda Nawuwil AF2 yang lama menyepi akhirnya mencetuskan kontroversi. Linda Nanuwil dikatakan telah berkahwin dan menjadi isteri kedua kepada seorang Datuk Menteri!

Mungkin dalam masa terdekat ini Linda Nanuwil akan mendedahkan perkara sebenar mengenai gosip pernikahan Linda Nanuwil dan Datuk ini sebelum, gambar majlis perkahwinan Linda Nawuwil dengan Datuk Menteri tersebar di internet.


SUMBER

KOSMO Kantoi Kata Jurugambar Malay Mail Dibelasah Peserta BERSIH Tapi Sebenarnya...

Salam sejahtera... semasa aku sedang melayari facebook tadi, terjumpa pula gambar ini.gambar ini menunjukkan satu lagi pembohongan surat khabar KOSMO tetapi telah dikantoikan oleh pihak mereka sendiri. Bodoh betul KOSMO ni. ahaha

BERSIH 4.0 Akan Menyusul Sekiranya Tuntutan Tidak Ditunaikan Kerajaan

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi amaran perhimpunan lebih besar berbanding Bersih 3.0 akan diadakan jika kerajaan enggan memenuhi tuntutan agar disediakan persekitaran bagi pilihan raya bebas dan adil.

"Jika sekiranya tuntutan rakyat kekal tidak didengari, kita sedia menganjurkan perhimpunan lebih besar dengan jumlah berganda daripada Bersih 3.0 sehingga protes kita terhadap kekotoran pilihan raya diterima.

"Kita mahukan perubahan kerajaan dalam keadaan aman dan matang sebagaimana amalan negara-negara maju yang telah matang amalan demokrasinya," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Bersih 2.0 diadakan Julai lalu. Perhimpunan semalam adalah susulan kepada Bersih 2.0 bagi menuntut pembaharuan sistem pilihan raya. Ia diadakan kira-kira sebulan selepas Dewan Rakyat meluluskan laporan akhir Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

Kenyataan hari ini dikeluarkan susulan perhimpunan Bersih 3.0 yang diadakan di ibu negara semala, yang menarik ribuan peserta, tetapi berakhir dengan insiden ganas. Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, bagi pihak pimpinan Pas, "saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada seluruh ahli dan penyokong yang telah berjaya mengikut arahan pimpinan sehingga Bersih 3.0 berjaya diadakan dengan jayanya."

Katanya, ahli-ahli Pas telah menunjukkan komitmen bersungguh, sehingga jumlah yang ramai berjaya hadir dan bertugas dengan baik khususnya anggota Unit Amal.

"Begitu juga rakyat yang datang dari pelbagai latar belakang politik dan tidak berparti juga turut menjayakan," katanya lagi.

Abdul Hadi berkata, beliau sempat berjalan bersama rakyat dan pimpinan Pakatan Rakyat dari Masjid Negara hingga ke tengah bandar raya Kuala Lumpur.

"Saya bersyukur kepada ALLAH SWT dan moga semua yang menjayakan diberi ganjaran oleh ALLAH.

"Dalam masa yang sama saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada rakan Pakatan Rakyat yang ikut serta dan NGO-NGO yang memulakan himpunan sehingga tercapai kejayaan lebih besar daripada Bersih 2.0," katanya lagi.

Abdul Hadi menambah, pihaknya mahu kerajaan segera melakukan perubahan dalam demokrasi di Malaysia.

"Segera bersihkan daftar pemilih, bebaskan media dan lain-lain amalan demokrasi. Jangan tulikan telinga dengan protes besar rakyat kelmarin (semalam)," katanya lagi.


SUMBER

Kenali Siapa Mahram Anda dan Batas Pergaulan

Muhrim dan mahram tidak sama maknanya.

1. Muhrim ialah orang yang sedang berihram ketika haji atau umrah.

2. Mahram ialah orang yang berlainan jantina dengan kita tetapi haram kita bernikah dengannya.

Adalah perlu untuk mengetahui siapakah mahram kita supaya dapat menjaga aurat dari dilihat oleh orang yang tidak sebenarkan oleh Islam. Perlu juga tahu siapakah mahram kita agar tidak bersalaman dengan orang yang bukan mahram kita.


Pada zaman penuh dengan kejahilan ini, ramai yang masih tidak tahu siapa mahram dan siapa bukan mahram, siapa yang boleh dikahwini dan siapa yang tak boleh dikahwini. Malah ramai yang tidak tahu batas-batas pergaulan antara lelaki dan wanita walaupun dalam hubungan kekeluargaan. InsyaAllah video di bawah dapat membantu..


SUMBER

Benarkah Peniaga Rugi Kerana Bersih 3.0???

on 29 April 2012

Salam sejahtera... kecoh di berita media utama negara yang menyatakan para peniaga rugi gara-gara BERSIH 3.0. Tetapi, benarkah dakwaan mereka ini. Mari kita tengok gambar di bawah dan korang nilaikan sendiri la ye...

 
 
 

SUMBER

Telekung Bukan Uniform Wajib Ketika Solat

Pemakaian telekung bagi wanita ketika bersolat hanyalah budaya umat Islam di nusantara. Budaya yang baik pada asalnya ini sedikit sebanyak mula mendatangkan kesan yang agak negatif kepada wanita Islam masakini. Kerana ada wanita yang menjadikan alasan terlupa membawa telekung sebagai punca mereka mengabaikan solat ataupun melengahkan solat kerana menunggu giliran mengguna telekung di surau.

Pemakaian telekung itu bukanlah syarat sahnya solat seseorang wanita. Syarat dalam pakaian sembahyang adalah cukup dengan menutup aurat dan hendaklah pakaian itu bersih dari sebarang najis. Maknanya, tidak kisahla anda memakai jubah, baju kurung, blaus atau seluar sekalipun, solat itu tetap sah. Asalkan pakaian tersebut menutup aurat dengan sempurna iaitu tidak menampakkan bentuk badan, tidak menampakkan warna kulit, longgar dan sebagainya
seperti yang digariskan syariat.

Aurat wanita ketika sembahyang sama sahaja seperti aurat wanita di luar sembahyang iaitu seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Jika anda rasa was-was untuk mendirikan solat dengan pakaian yang dipakai pada ketika itu, ini bermakna anda masih belum menutup aurat dengan sempurna. Maka, perbaikilah cara pemakaian anda. Pakailah stokin dan jangan pakai tudung yang menampakkan leher atau dagu.

Jika anda keluar rumah menutup aurat dengan sempurna, tidak perlu memberatkan beg dengan telekung. Tapi, pasti akan ada yang memandang pelik jika anda solat tanpa memakai telekung. Kerana Malaysia bukan berada di Timur Tengah. Tapi, peduli apa? Lelaki solat tak pakai kain pelekat dan baju melayu orang tak cakap apa pun.


SUMBER

(VIDEO) Laporan Al Jazeera Mengenai BERSIH 3.0 : Tindakan Polis Tidak Wajar

on 28 April 2012

Salam sejahtera... Beberapa orang pembaca berita dari Al Jazeera telah sampai di sini semalam bagi memberikan laporan yang betul dan telus dalam perhimpunan BERSIH 3.0. Dalam laman web utama mereka, Al Jazeera melaporkan berita mengenai tindakan polis yang sangat tidak wajar dengan melepaskan gas pemedih mata kepada para peserta BERSIH 3.0.

Ini link berita tersebut --> Malaysian police fire tear gas at protesters


Dan sekarang mari kita tengok pula, video pembaca berita Al Jazeera dalam membuat liputan mengenai BERSIH 3.0.


Video Polis Tembak Gas Pemedih Mata Dan Kebangkitan Rakyat Pada Perhimpunan Bersih 3.0

Umum telah sedia mengetahui Perhimpunan BERSIH 3.0 telah bermula sejak malam semalam (27 April 2012) lagi walaupun penganjur perhimpunan ini hanya bermula pada jam 2 petang hari ini (28 April 2012). Bermacam-macam perkara boleh berlaku dalam waktu yang singkat ini lagi pula bilangan peserta BERSIH 3.0 yang menjangkau angka 100 000 dan para polis, FRU dan unit-unit lain digegaskan ke ibu negara untuk membanteras perhimpunan yang dikatakan ganas ini.


Apa-apa pun mari kita terjah koleksi video perhimpunan BERSIH 3.0 ini. Layan...


















SUMBER

(Gambar Dan Video) 100 000 Sertai BERSIH 3.0 Sehingga Jam 2 Petang

Kehadiran peserta dan penyokong Bersih 3.0 pada masa sekarang, sekitar jam 2 petang, dipercayai telah meningkat ke paras 80,000 orang. Pihak penganjur sebelum ini merancang untuk mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka mulai jam 2 petang hingga 4 petang.

Setakat 1.30 tengah hari tadi, jumlah penyokong Bersih 3.0 yang berkumpul di luar kawasan Dataran Merdeka terus meningkat - peningkatan, secara berperingkat-peringkat sejak awal pagi tadi – menunjukkan sudah mencecah 50,000 orang.

Angka tidak rasmi menunjukkan hampir 50,000 orang berkumpul di beberapa lokasi – peningkatan daripada 30,000 ketika sekitatr 12 tengah hari tadi.

Berdasarkan perkembangan jam 1.45 tengah hari, peserta-peserta mula bergerak ke arah Dataran Merdeka, malah sebahagian lagi duduk di atas jalan raya sementara pihak berkuasa memberi kebenaran untuk memasuki kawasan Dataran Merdeka.

Penyokong Bersih mula datang dalam kumpulan besar sejak 8.30 pagi tadi dari tiga arah berbeza – dari kawasan Kompleks Sogo, Masjid Negara dan Masjid Jamek dengan kebanyakan mengenakan kemeja-T Bersih berwarna kuning.

Berdasarkan maklumat diterima juga menunjukkan, beberapa pemimpin sudah pun menyertai penyokong Bersih, antaranya Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Naib Presidnnya, Tian Chua.

Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga juga sudah berada di kawasan pusat bandar untuk menghampiri Dataran Merdeka.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pula dikatakan berada di kawasan Masjid Negara dan akan menunaikan solat sebelum berarak bersma penyokongnya menuju ke Dataran Merdeka.

 
 
 
 
 










SUMBER

GAMBAR DAN VIDEO TERKINI!!! Berita Terkini Perhimpunan BERSIH 3.0 28 April 2012

 
 
 
 
 
 
 

Laporan Terkini Perhimpuan BERSIH 3.0

Ibu negara, Kuala Lumpur hari ini menjadi tumpuan bagi perhimpunan BERSIH 3.0 yang dirancang berlangsung mulai jam 2 petang sehingga 5 petang ini. Berikutan adalah perkembagan terkini perhimpunan BERSIH 3.0...

10.16am Dataran Merdeka - Benteng polis berhampiran ibu pejabat Majlis Peguam menjadi tumpuan pelancongan untuk bergambar di situ.

10.15am Bangsar  - Pengerusi Bersama BERSIH Datuk A Samad Said baru menaiki LRT yang penuh sesak di stesen Bangsar. Orang ramai bertepuk ketika beliau masuk ke dalam koc.

10.05am
 Brickfields - Kira-kira 50 peserta memaki baju-T BERSIH berhimpun di luar luar Old Town Coffee Shop di Jalan Thambypillai.

Menurut sesetengah peserta, mereka sama ada bermalam di hotel berdekatan atau ikut orang ramai apabila tiba di KL Sentral.

"Saya tidak tahu bagaimana nak ke di Brickfields. Saya hanya ikut yang lain apabila saya keluar dari stesen kereta api." kata Kelly Tui.

10:03am JLN TUN PERAK Suasana makin meriah dengan sorakan, persembahan silap mata.


9.57am Central Market - Sekumpulan kecil sibuk meneliti salinan perintah mahkamah yang ditampal di tiang lampu. Perintah mahkamah itu melarang ahli jawatankuasa pemandu BERSIH memasuki Dataran Merdeka.

9.40am Dataran Merdeka - Simpang Jalan Tun Perak-Jalan Tunku Abdul Rahman merupakan titik perhimpunan utama dengan orang ramai mencecah kira-kira 3,000 orang yang menyanyi dan melaungkan slogan.

Kelihatan ratusan anggota polis tetapi tiada kelihatan anggota FRU.


9.42am - Pasar Seni: 60 anggota polis telah membentuk barisan di Leboh Pudu, bagi mencegah kenderaan masuk ke Medan Pasar dan Jalan Lebuh Pasar. Walau Bagaimanapun, peserta berjalan kaki dibenarkan lalu.

9.37am KLCC - Anggota jawatankuasa anti-cyanide Bukit Koman dari Raub, Pahang membawa kain rentang dan poster untuk menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap syarikat perlombongan emas Australia yang menggunakan cyanide untuk mengekstrak emas.

Jumlah orang ramai di KLCC meningkat kepada 1,000 dan emosi mereka tinggi dan semakin tinggi.



9.36am Jalan Sultan - Sekumpulan kira-kira 50 anggota polis membentuk benteng manusia di Jalan Sultan dan Jalan Hang Jebat untuk menghalang orang ramai daripada menuju ke Yan Keng Benevolent Dramatic Association di mana penggambaran video muzik untuk lagu tema 'Protect Jalan Sultan' akan diadakan pada jam 10 pagi, oleh pengarah filem Pete Teo.

9.35am: Masjid Negara - Jalan menuju ke Jalan Sultan Hishamuddin dari Jalan Travers ditutup.

Terdapat kira-kira 500 peserta berhimpun di sini bersama dengan Unit Amal PAS yang berpakaian merah hati. Lebih ramai datang dari arah stesen KTM untuk menyertai mereka.

Kira-kira 50 anggota polis dan sebuah trak polis dilihat berada di situ.

9:36am JLN TUN PERAK Peserta dihiburkan dengan nyanyian lelaki Cina. Seorang OKU India berucap kepada peserta.
9.35am JLN SULTAN/JLN HANG JEBAT Polis buat perisai manusia halang orang ramai ke Yang Keng Benevolent Dramatic Association.
9.32am: kemaskini pengangkutan awam - Tweets dari RapidKL, perkhidmatan seperti biasa, semua jalan menuju ke bandaraya KL ditutup.

"Bas akan menurunkan penumpang di stesen LRT berdekatan dengan bandaraya KL. Tiada bas masuk ke dalam bandaraya KL."
9:30am Jalan Sultan - Di pasar mini KK, Dr Wong Fort Ping, 57, mula menyanyikan lagu Negaraku, dan kemudiannya diikuti ratusan peserta.

Wong kemudian memberitahu orang ramai bahawa beliau turut menyertai perhimpunan BERSIH pertama dan kedua dan memetik kata-kata bekas Presiden Amerika Syarikat, John F Kennedy.

9.36am: Jalan Tun Perak - Seorang lelaki, yang bersama Saw, menyanyi di hadapan orang ramai, dan mendapat tepukan gemuruh.

Terdapat kira-kira 500 peserta di persimpangan Jalan Tunku Abdul Rahman-Jalan Tun Perak Jalan Raja-Jalan Parlimen.

Seorang lelaki kurang upaya kelihatan memberikan ucapan kepada sekumpulan lagi peserta yang duduk berhampiran di persimpangan tersebut. 


9.25am Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) - Beratus-ratus penyokong BERSIH telah berkumpul di lorong belakang Jalan TAR berhampiran Masjid India, ramai di antara mereka memakai baju-T BERSIH atau baju kuning.

Terdapat sekumpulan orang muda yang mendiri sebuah gerai di sini untuk menjual baju-T BERSIH dan 'Free Education'.

Polis menutup Jalan TAR dan Jalan Parlimen. Manakala kira-kira 100 anggota polis membentuk benteng manusia do Jalan TAR, di hadapan Sogo, peserta dapat mengelak benteng polis dengan menggunakan lorong belakang untuk pergi ke Masjid India dan Jalan Tun Perak.

Orang ramai melepak, duduk di hadapan kedai dan berbual sementara menunggu perhimpunan Duduk Bantah bermula.
9.21am Jalan Tun Perak - Kira-kira 1,000 orang berkumpul di sepanjang jalan tersebut yang ditutup kepada kenderaan.

Ramai yang duduk di sepanjang laluan kaki lima dan berdiri di tengah-tengah jalan.

9.20am
 Masjid Jamek LRT - Sekumpulan peserta BERSIH yang berpakaian kuning, berkumpul di luar stesen LRT, ada yang duduk di tepi jalan.

Jalan menuju ke Jalan Tun Perak dan Bangkok Bank ditutup kepada semua kenderaan. Terdapat kira-kira 50 anggota polis di kawasan itu. Kelihatan tiga trak polis dan sebuah van.
9.15am MASJID NEGARA 500 orang berkumpul di perkarangan masjid.

9.18am Pasar Seni - Kira-kira 100 anggota polis berbaris di belakang benteng di Lebuh Pasar Besar.

Orang ramai yang berada di depan sekatan jalan bertambah kepada 100 orang. Mereka menonton aktivis mengadakan persembahan muzikal.
9.20am MASJID JAMEK Jln dari Jln Tun Perak ke Bangkok Bank ditutup. Peserta berhimpun di LRT.
9.15am KLCC - Pintu masuk ke KLCC menghadap Bangunan Public Bank dan pintu masuk utama ke Menara Berkembar ditutup.

Ketua Pemuda MCA Indera Mahkota David Choi, walaupun menghadapi tindakan disiplin parti kerana menyokong Himpunan Hijau, dilihat berada di kalangan orang ramai.

Pemuda MCA Bahagian Indera Mahkota merupakan satu-satunya bahagian parti itu yang menentang loji nadir bumi yang terletak di Gebeng, Pahang.

Peserta yang kini berjumlah kira-kira 500 orang selepas disertai kumpulan lain yang berada di taman KLCC mula melaungkan "Stop Lynas".

Kira-kira 100 anggota polis membentuk tembok manusia untuk menghalang orang ramai daripada berhampiran pintu masuk.
9:14am JAN TUN PERAK menghala Jln Datuk Onn ditutup. 50 polis kelihatan berkawal.

9.00am JLN PETALING, DEKAT HOTEL LOK ANN Seorang gadis berbaju kuning beri bunga polis bernama Yap, minta sokong BERSIH. Yap tak ambil dan hanya tersenyum. Orang ramai dan anggota polis lain bertepuk tangan.
Anggota polis dilihat mengawal beberapa lokasi utama, termasuk Yang Keng Benevolent Dramatic Association di persimpangan Jalan Sultan dan Hang Jebat.

9.09am KLCC 500 berkumpul di taman dekat pintu masuk Suria & mula melaungkan slogan anti-Lynas.

8.59am MASJID INDIA Penyokong mula penuhi tempat & bersarapan. Ada juga berdekatan Jalan TAR. 150 polis mengawal.
8.55am SIMPANG MRR1 ke Jln Sultan Salahuddin, sekatan jalan raya. Kenderaan tidak dibenarkan masuk
8.51am JLN DUTA Sekatan jalan raya, semua kereta dihalang memasuki Jln Parlimen.

8.48am PERSIMPANGAN DEPAN SOGO ditutup. Jalan menuju Dataran ditutup, pemandu dilencongkan ke Jln Dang Wangi. 150 polis berkawal.

8.40am
 JLN IMBI, JLN BKT BINTANG menuju Jln Sultan Ismail, lancar tanpa sekatan jalan raya.
8.32am KLCC AVENUE K Ratusan penyokong Himpunan Hijau berkumpul. 150 polis berseragam mendengar taklimat daripada atasan mereka.

8.30am
 JLN TUN SAMBANTHAN menuju Pasar Seni di tutup. Helikopter berlegar di udara.

8.24am
 JALAN TRAVERS//BRICKFIELDS Trafik lancar tanpa sekatan jalan raya. Peserta belum kelihatan.

8am - JLN PETALING - Peserta mula berkumpul, termasuk sekumpulan seniman dengan alat muzik. Gerai sekitar penuh sesak.

(Gambar) Unik!!! Hotel Dalam Kapal Terbang

Jumbo Stay Hotel terletak di berdekatan dengan lapangan terbang Arlanda, Stockholm, Sweden. Apa yang menarik mengenai hotel ini ialah ianya dibina di dalam sebuah kapal terbang Boeing 747 yang sudah lama tidak beroperasi. Terdapat 27 bilik beserta sebuah bar dan cafe di dalam kapal terbang ini, bilik yang termahal ada di bahagian kokpit.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

ingin lihat hotel paling stylo di dunia, klik sini
SUMBER

(Gambar Dan Video) Majlis Pernikahan Fasha Sandha Dan Jejai 27 April 2012

on 27 April 2012

Pelakon popular, Nur Fasha Sandha Hassan atau Fasha Sandha telah melangsungkan majlis pernikahannya bersama pasangannya Toh Muda Rizal Ashram Ramli ataupun Jejai yang juga merangkap anak kepada bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib lebih kurang jam 9.45 malam 27 April 2012.

Berwalikan Hassan Moaideen, bapa kandung kepada Fasha Sandha, pasangan ini telah dinikahkan oleh Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Mohd Sahirman Ahmad lebih kurang jam 9.45 malam tadi.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran ahli keluarga terdekat, rakan-rakan dan juga beberapa orang selebriti lain seperti Isma AF, Faradhiya, Tomok, Rebecca Nur Islam dan suami serta Nor Aliah Lee.

 
 
  
 
 
 



ingin lihat lagi gambar sekitar majlis pernikahan Fasha Sandha dan Jejai, klik sini

5 Artis Wanita Korea Berbibir Seksi

Selain memiliki wajah yang cantik, selebriti wanita Korea Selatan ini juga mempunyai bibir yang sangat seksi. Siapakah artis wanita Korea Selatan yang memiliki bibir indah dan seksi ini? Untuk mengetahui jawapannya, sebuah perusahaan kosmetik di Korea mengadakan survey untuk mengetahui siapa artis Korea yang layak bergelar artis bibir seksi.

Survey ini dihadiri sekitar 3759 orang melalui program yang diadakan oleh syarikat kosmetik tersebut. Daripada survey itu, didapati 5 artis Korea yang berjaya dipilih sebagai selebriti wanita bebibir seksi.

Mari kita terjah senarai lima artis wanita Korea yang mempunyai bibir paling seksi...

 
Lee Hyori

Shin Min Ah

 
Ha Ji Won

 Lim Soo Jung
Jeon Ji Hyun

ingin lihat senarai top 5 artis lelaki Korea paling jambu, klik sini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved