Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Gambar Majlis Pernikahan Akma AF Dan Farih Hamshi

on 30 June 2012


Di kala peminat sibuk dengan perkahwinan penuh Islamik Irma Hasmie dan Reza Syah Azmeer, Akma AF hari ini menamatkan zaman bujang beliau bersama Farih Hamshi Mohamad Fatmi.

Sekitar jam 10.30 pagi tadi, mStar Online melaporkan yang Akma AF atau nama sebenar Asiahtunakma Abdullah sah bergelar isteri kepada Farih Hamshi dengan sekali lafaz.

Majlis pernikahan mereka diadakan di Dewan Kampo, Pusat Belia Antarabangsa (IYC) manakala mereka dinikahkan sendiri oleh bapa Akma AF iaitu Abdullah Abdul Rahim.

Akma AF menerima RM300 sebagai mas kahwin dan RM15,000 wang hantaran daripada pihak lelaki. Majlis pernikahan mereka dihadiri kira kira 300 orang tetamu.

Majlis resepsi pertama perkahwinan mereka kini berlangsung di tempat yang sama selepas majlis akad nikah manakala bagi pihak lelaki pula akan berlangsung pada 3 Julai nanti.

SUMBER

Gambar Hot Maria Farida Di Super GT, Sepang International Circuit 10 Jun 2012

on 19 June 2012

Agak jarang kami dengar kisah terbaru Maria Farida selain sesekali terlihat kelibat beliau di’kaca televisyen dan ini sebuah entri untuk mengingatkan anda kepada aktress ini.

Kami kadangkala suka bereksperimen dengan entri tidak bermakna sebegini — lebih lebih lagi jika ianya melibatkan gambar ala paparazzi Hollywood.

Hujung minggu yang lalu (10 Jun), Maria Farida berjaya mencuri perhatian jurugambar yang hadir ke Super GT yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

 
 
 
 
 
 
 

SUMBER

Pokok Duit Yang Betul-Betul Real

on 18 June 2012

Ini bukan pokok duit-duit tapi pokok duit yang asli..pokok ini diletakkan duit siling perak dan gangsa oleh seorang lelaki di hutan berhampiran Ingleton, North Yorkshire.

 
 
 
 
 

Kenapa Bedah Punggung Paling Popular Di England?


Untuk mendapatkan punggung yang indah wanita Inggris saat ini banyak menempuh cara cepat, yakni dengan implan punggung. Pembesaran bokong tersebut kini menjadi operasi kecantikan paling popular di Negeri Ratu Elizabeth itu.

Jika beberapa waktu lalu, operasi pembesaran payudara sangat popular, kini para wanita Inggris beralih ke pembesaran punggung. Seperti dilapor dari Female First, alasan wanita membesarkan punggung kerana mereka ingin lebih percaya diri dan menarik secara seksual.

Padahal di balik keseksian punggung kerana implan itu, ada efek yang membahayakan. Penyanyi hip-hop Inggris Claudia Aderotimi meninggal di awal tahun lalu setelah doktor ilegal memasukkan silikon ke bahagian punggungnya.

Sejak kes Claudia tersebut belum ada penelitian lebih lanjut tentang efek buruk dari implan punggung. Namun para dokter menyarankan agar memilih ahli yang profesional dan berkelayakan ketika memutuskan untuk mengoperasi punggung.

Dr Dai Davies, ahli bedah kosmetik menanggapi tentang implan punggung. Menurut doktor Inggris itu, pembesaran punggung semakin popular, sayangnya ramai orang yang melakukannya di dokter tak berkelayakan.

"Implan punggung di Inggris belum pernah sepopular seperti sekarang ini. Akan tetapi banyak orang yang mengunjungi alternatif dokter yang lebih murah. Kita melihat ada konsekuensi yang mengerikan ketika memilih doktor ilegal," ujar Davies.

Daripada menempuh jalur berisiko, sebaiknya pilih cara alami untuk memperbesar punggung.

SUMBER

Adira Suntik Vitamin C Setiap Bulan???


Jika anda perhatikan, penampilan seseorang artis itu pastinya nampak berbeza di awal kemunculan sehinggalah ke gaya terkini.

Ianya terjadi bukan saja kepada artis wanita tetapi turut mengheret artis lelaki juga.

Bercakap mengenai perubahan ini, Murai Batu lihat perubahan paling ketara berlaku kepada artis tempatan bukannya pada penampilan gaya tetapi terletak pada wajah mereka.

Sungguhpun pembedahan plastik bukanlah amalan bagi artis tempatan, namun ada banyak juga artis wanita tempatan khususnya telah mengambil langkah lain untuk nampak cantik.

Yelah, tidak seperti artis Korea Selatan yang banyak sangat membuat pembedahan plastik. Siapa dia? anda mungkin tahu jawapannya.

Alkisahnya, Murai Batu tidak hairanlah apabila mendapat tahu, naib johan Akademi Fantasia 8 (AF8), Siti Adira Suhaimi atau Adira telah membelanjakan lebih RM300 sebulan semata-mata untuk cantik.

Dengarnya, setiap bulan Adira akan mengambil suntikan vitamin C untuk mengekalkan kulitnya agar sentiasa putih dan licin.

Apapun, tidak kisahlah sebagai artis atau pun tidak, kecantikan perlu dijaga bukanlah untuk menunjukkan tetapi lebih kepada ketenangan hati.

Muka dah cantik, hati mesti tenang. Betul tak?

SUMBER

Keputusan Penuh Belanda (Holland) VS Portugal, Jerman VS Denmark EURO 2012 Kumpulan B 18 June 2012


Peluang Belanda ( Holland ) untuk mara ke pusingan berikutnya (suku akhir) Euro 2012 semakin tipis selepas mengalami kekalahan 1-2 kepada Jerman pada perlawanan Kumpulan B, sebelum ini.

Perlawanan Belanda ( Holland ) VS Portugal dan Jerman VS Denmark disiarkan secara live di saluran Astro SuperSport saluran 825 dan 826 jam 2.40 pagi.

Kedua-dua perlawanan Belanda (Holland) VS Portugal dan Jerman VS Denmark diadakan serentak bagi mengelakkan gejala mengatur keputusan perlawanan berlaku.

Mulut Wanita Jadi Ibu Tumpang 12 Anak Sotong

on 17 June 2012


Seorang wanita berusia 63 tahun terkejut selepas mendapati mulutnya menjadi `rumah tumpang’ bagi 12 anak sotong selepas dia makan sotong kurita. Dia menyedari perkara berkenaan selepas membuat pemeriksaan doktor selepas mendapati ada benda yang menyucuk-nyucuk di dalam mulutnya.

Perkara tersebut didedahkan dalam dokumen sains di Pusat Bioteknologi dan Maklumat Kebangsaan di Bethesda, Maryland. Menurut laporan tersebut, selepas merasakan ada benda tajam di dalam mulutnya, dia terus menemui doktor untuk membuat pemeriksaan.

Doktor kemudian menemui telur sotong melekat di dalam mulutnya terutama di bahagian lidah, gusi dan pipinya. Setelah dimasukkan ke dalam hospital, barulah anak sotong itu dikeluarkan daripada bahagian berkenaan. Doktor menggambarkan telur sotong itu sebagai organism hidup.

Laporan itu menyebut, wanita itu tidak makan semua hidangan sotong yang dimasaknya selepas mendapati ada benda asing di dalam sotong tersebut. Walaupun dia meludahkan semula sotong itu, namun sebahagian kecil telur telah melekat di dalam mulutnya tanpa disedari oleh wanita tersebut. Kebiasaannya restoran yang memasak sotong kurita akan membuang bahagian dalam sotong tersebut sebelum dihidangkan kepada pelanggan.

SUMBER

Priyanka Chopra Dan Hobinya Yang Pelik


Pelakon terkenal dan jelita Bollywood, Priyanka Chopra mungkin boleh dianggap sebagai selebriti yang mempunyai hobi pelik. Jika kebanyakan selebriti memilih haiwan seperti anjing, kucing atau burung untuk dijadikan binatang peliharaan, berlainan pula dengan pelakon tersebut. Priyanka pula memilih binatang buas seperti harimau dan singa sebagai haiwan peliharaan kesayangannya.

Tahun lalu, Priyanka membeli seekor harimau betina yang diberi nama Durga dan pada tahun ini, dia memilih seekor singa betina. Singa itu diberi nama Sundari dan diletakkan di bawah penjagaan pusat haiwan terkenal di India. Kami telah menerima cek pembayaran daripada Priyanka untuk membeli seekor singa betina yang diberi nama Sundari," kata pusat tersebut.

Bagaimanapun, pelakon itu tidak dibenarkan memelihara haiwan-haiwan terbabit bagi jangka panjang kerana ia merupakan haiwan terlindung dan perlu diserahkan kepada pihak bertanggungjawab menjaga kebajikan hidupan liar.

SUMBER

40 Samseng Serang Pelajar Di Kajang

Sekumpulan 40 remaja bersenjatakan kayu, batang besi, cota dan topi keledar bertindak samseng ketika menyerang 30 pelajar sebuah sekolah menengah di sini, yang keluar melalui pintu pagar selepas selesai waktu persekolahan, semalam.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, lebih 10 pelajar cedera manakala seorang guru kanan sekolah itu luka teruk di kepala akibat dibaling dengan topi keledar ketika cuba meleraikan pergaduhan terbabit selain dua motosikal rosak teruk.

Kejadian dipercayai berlaku akibat salah faham antara kumpulan remaja samseng terdiri daripada bekas pelajar sekolah berkenaan yang dibuang sekolah bersama kumpulan rakan dewasa mereka dengan beberapa pelajar sekolah itu.

Saksi kejadian yang juga pekerja sekolah berkenaan berkata, pergaduhan itu berlaku sebaik sesi pagi persekolahan tamat dan pelajar keluar dari perkarangan sekolah sebelum diserang kumpulan remaja samseng yang menunggu mereka di luar pagar.

“Sebaik beberapa pelajar yang dipercayai menjadi sasaran kumpulan terbabit keluar dari pintu pagar, semua remaja yang berkumpul di luar itu menyerang mereka menggunakan senjata.

“Keadaan semakin kecoh dan ganas apabila puluhan pelajar lain yang berada di kawasan sekolah keluar membantu rakan mereka yang diserang,” katanya yang ditemui di tempat kejadian, semalam.

Katanya, kejadian itu dimaklumkan kepada seorang guru kanan sekolah yang kemudian cuba meleraikan pergaduhan dengan menarik pelajar masuk semula ke kawasan sekolah.

“Guru itu cuba meleraikan pergaduhan dan menarik beberapa pelajar yang membelasah seorang daripada kumpulan terbabit.

“Ketika dia (guru) ingin membantu seorang remaja samseng yang terbaring atas jalan akibat dibelasah teruk, tiba-tiba seorang daripada kumpulan yang bergaduh itu membaling topi keledar dengan kuat ke arah guru berkenaan hingga terkena kepalanya,” katanya.

Menurutnya, kumpulan remaja yang melakukan serangan itu bertempiaran lari selepas beberapa anggota polis bermotosikal menuju tempat kejadian dan guru serta beberapa pelajar yang cedera dihantar ke hospital berhampiran.


SUMBER

Disko Untuk Orang Gemuk

on 16 June 2012


Bertubuh gemuk bukan hambatan untuk tampil percaya diri. Ratusan lelaki dan wanita bertubuh gemuk justru bangga dengan keadaan tubuhnya ketika berkumpul di Club Bounce, sebuah kelab malam di California, AS. Ya, Club Bounce memang didirikan khusus untuk mereka yang memiliki berat tubuh mulai dari 125 kilogram, bahkan ramai di antara mereka yang berat sehingga 150 kilogram.

"Saya menyukainya, saya akan pergi ke Club Bounce malam ini. Saya akan memakai baju terpendek yang pernah saya ada," kata Monique Lopez, wanita berusia 23 tahun bertubuh "subur" tersebut, akhir minggu lalu.


Lisa Marie Garbo (40) adalah pemilik Club Bounce, lima tahun lalu. Dia memang sengaja mengkhususkan kelabnya untuk orang-orang gemuk. "Tetapi saya tidak pernah terfikir bahawa gemuk adalah kata-kata buruk. Menurut saya, ramai orang kini berpendapat demikian," katanya. Kelab itu berkapasiti 400 orang. Sebanyak tiga perempat pelanggannya adalah wanita, dan selebihnya adalah pelanggan lelaki.

SUMBER

Bayi Dibuang Dihurungi Semut


Dua bayi perempuan termasuk seorang dipercayai baru dilahirkan ditemui dalam dua kejadian berasingan selang 14 jam di Taman Saujana Puchong dan USJ 12, dekat sini.

Dalam kejadian pertama kira-kira jam 4.20 petang kelmarin, seorang lelaki terkejut apabila bungkusan hitam yang disangkakan kucing sebenarnya seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat diletakkan di tepi tong sampah di depan rumah jirannya.

Lelaki terbabit, S Prakash, 29, ketika ditemui berkata, dia diberitahu mengenai bungkusan itu oleh adiknya yang terdengar bunyi seperti bayi menangis di luar rumah.

“Saya kemudian keluar untuk melihat kandungan bungkusan itu sebelum dikejutkan dengan penemuan bayi perempuan yang tali pusatnya masih berdarah dan dihurung semut.

“Lebih menyedihkan, cuaca ketika itu panas terik dan bayi terbabit hanya dibungkus dengan baju-T hitam,” katanya .

Menurutnya, panik melihat tali pusat bayi itu masih berdarah, dia terus membawa bayi itu masuk ke rumahnya untuk dibersihkan sebelum menghubungi polis dan membawanya ke sebuah klinik di Batu 14, Bukit Puchong untuk rawatan lanjut.

Katanya, terdapat banyak kesan gigitan serangga di seluruh badan bayi terbabit.

Dalam kejadian kedua, seorang peniaga kios berdekatan sebuah sekolah menengah di USJ 12 menemui seorang bayi perempuan diletakkan di bahagian bawah tempat memasak gerainya kira-kira jam 6.30 pagi semalam.

Peniaga terbabit, Rusiah Hamzah, 48, berkata dia sedang membuka kios seorang diri apabila terlihat satu bungkusan diletakkan di bawah para kedainya yang bergerak-gerak.

“Pada mulanya saya menyangkakan ia tikus ataupun kucing, namun sebaik menyelak bungkusan selimut berkenaan, alangkah terkejutnya saya apabila mendapati ia seorang bayi.

“Badan saya menggigil sebelum menghubungi suami dan anak-anak supaya segera datang memberikan bantuan,” katanya ketika ditemui, semalam.

Rusiah berkata, sebaik suaminya, Norizan Mahyuddin, 54, tiba, dia terus menghubungi polis untuk tindakan selanjutnya.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli ketika dihubungi berkata, dalam kejadian pertama, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 4.20 petang memaklumkan penemuan bayi berkenaan.

Katanya, keadaan bayi itu masih bertali pusat dipercayai cuba dipotong selain terdapat kesan tompokan merah di seluruh badan bayi itu akibat digigit semut.

“Bayi malang itu kemudian dibawa ke Hospital Kajang oleh kakitangan klinik berkenaan dan kita percaya bayi perempuan cukup sifat itu baru dilahirkan dalam tempoh 24 jam berdasarkan pemeriksaan doktor,” katanya.

Dalam kes kedua, Yahaya berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 7.15 pagi oleh saksi memaklumkan penemuan seorang bayi perempuan dalam kios perniagaannya berhampiran sebuah sekolah menengah di USJ 12, di sini.

Menurutnya, bayi itu ditemui dalam balutan sehelai kain berjalur kelabu dan ungu serta masih bertali pusat sebelum dihantar ke Hospital Serdang.

“Hasil pemeriksaan, kita percaya bayi itu dilahirkan antara dua atau tiga hari lalu, namun tidak dapat mengenal pasti bangsa bayi itu.

“Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya,” katanya.

SUMBER

Anak Ular Berkepala Naga Pula Ditemui

Seekor anak ular dilahirkan dalam keadaan mempunyai sifat anggota badan yang pelik. Anak ular pelik tersebut dikenali sebagai ular berkepala naga. Ular naga ini lebih dikenali Dragon mungkin selama ini dianggap simbol bagi kebanyakan masyarakat di cina. Cuba tengok di kedai emas pasti kebanyakan dompet atau ikon labelnya gambar naga, begitu juga tahun naga dianggap tahun keberuntungan kepada sesiapa yang dilahirkan pada tahun naga.


Tetapi gambar unik seekor anak ular berkepala naga ini mempunyai berukuran sama dengan jari manusia bermakna bukan la dongeng, anda cuba lihat di bahagian tanduk ular pelik ini, tidak ubah seperti seekor naga.


SUMBER

Sharnaaz Ahmad Berlagak Diva Ketika Sesi Penggambaraan???

on 15 June 2012


“Saya tidak suka baca skrip. Setiap kali hendak mulakan penggambaran, pengarah kena jelaskan kepada saya apa yang dia inginkan. Saya tidak bergantung kepada pemahaman sendiri. Saya percaya sesebuah skrip tidak boleh membuatkan seseorang pelakon faham keseluruhan cerita.
Setiap orang pasti punya pemahaman yang berbeza. Jadi, cara terbaik untuk memuaskan hati pengarah ialah dengan meminta penerangan daripadanya. Seseorang pengarah sudah ada gambaran yang diinginkan. Jadi, rasanya cara saya ini tidak salah. Bukan mahu susahkan pengarah, tetapi mahu puaskan hati mereka,” ulas Sharnaaz tentang tindakannya yang tidak suka membaca skrip.

Persoalannya, adakah Sharnaaz pergi ke set penggambaran tanpa sebarang rujukan atau tidak menghafal skrip? Jawab teman lelaki Shila Amzah ini, dia bukanlah seorang yang tidak rasional. Sebaliknya, dia tetap menghafal dialog yang disediakan.

“Kalau sampai di set baru saya hendak hafal dialog, memanglah tidak patut. Bukan sahaja menyusahkan pengarah, tapi menyusahkan pelakon-pelakon lain. Saya tidaklah seteruk itu. Jadi, jangan salah faham pula,” ujar Sharnaaz lagi.

Sementara itu, Sharnaaz juga mengakui yang dia kini sudah mula memilih tawaran berlakon. Bukan kerana mahu bayaran tinggi, tetapi mahu memilih watak yang sesuai.

“Kalau boleh saya tidak mahu bawa watak yang sama sahaja. Bimbang nanti, penonton bosan melihat karektor saya. Untuk elakkan perkara ini terjadi, saya buat keputusan untuk pilih watak yang benar-benar sesuai dan pelbagai. Saya mahu cuba watak yang mungkin orang tidak terfikir saya boleh bawa. Kalau watak remaja dan jejaka macho saya dah beberapa kali jayakan. Sesekali, biarlah muncul dengan sesuatu yang lain daripada lain. Selain puaskan penonton, ia juga boleh puaskan hati saya,” ujar Sharnaaz.

Bermula 15 Jun, Sharnaaz Ahmad akan menemui penonton di TV3, jam 9.00 malam menerusi drama bersiri terbaru berjudul ‘ Bukan Bidadari’. Drama arahan sutradara, Faisal Ishak ini mengisahkan tentang Inas yang terpaksa mengharungi pelbagai cabaran demi mengecapi sebuah kehidupan mewah. Namun, takdir telah menemukan Inas dengan beberapa orang lelaki yang tidak berhati perut, yang sanggup merosakkannya.

Sharnaaz menggalas watak Ariff, seorang jejaka kaya yang jatuh cinta dengan Inas (Nad Zainal) dan berkahwin dalam usia muda. Jelas Sharnaaz wataknya kali ini tidak sama dengan lakonannya dalam telemovie ‘Ungunya Cinta’. Sebaliknya karektornya lebih tenang dan bersahaja.

SUMBER

10 Batu Yang Unik Di Dunia

Batu-batu yang unik di dunia ini di mana batu yang besar boleh bertenggek di batu yang kecil. Itulah kuasa kebesaran-Nya.

 
 
 
 
 

SUMBER

Gempar!!! Tiz Zaqyah Dan Remy Ishak Sudah Putus


Pasti ramai ingin tahu apa sebenarnya terjadi antara Tiz Zaqyah dan Remy Ishak sehingga menyebabkan isu hubungan mereka terbawa bawa ke laman sosial baru baru ini.

Tiz Zaqyah di’temui media ketika hadir ke pra-tonton drama bersiri terbaru TV3, Dejavu Di Kinabalu dan beliau sendiri dapat mengagak soalan pana dari pihak yang hadir.

“Saya tidak tahu hendak komen apa sebab saya jenis yang sukar untuk berkongsi kisah peribadi dengan sesiapa. Mungkin 10% sahaja tentang diri saya yang orang luar tahu,” ujar Tiz Zaqyah yang nampak ceria sepanjang sidang media.

Di’minta memberikan penjelasan tentang apa sebenarnya terjadi antara beliau & Remy Ishak untuk elakkan spekulasi, Tiz Zaqyah berkata itu sesuatu yang tidak boleh dikawal.

“Ia (spekulasi) akan tetap terjadi. Orang akan tetap berkata sama ada saya bercerita atau tidak. Bagi saya, lebih baik saya berdiam diri. Lagi pun ianya perkara normal, boleh terjadi kepada sesiapa sahaja,” tambahnya.

Adakah hubungan Tiz Zaqyah dan Remy Ishak masih berjalan atau sudah berakhir? Menurut Tiz Zaqyah, mereka berdua semestinya akan bercakap tentang hal ini dan isu ini hanya secubit sahaja dari perjalanan hubungan cinta mereka.

SUMBER

Gempar!! Gambar Dirakam Bertukar Wajah Lembaga Mengerikan

on 14 June 2012


Seorang pemandu lori tidak sangka gambar yang dirakam untuk kenangan menjadi sebaliknya apabila muncul lembaga berambut panjang menggantikan wajah adiknya.

Menceritakan kejadian pada malam Jumaat minggu lalu, La’aba Lata, 38, berkata, gambar tersebut dirakam atas permintaan adiknya, Belly Lata,22, untuk mengabadikan perkataan ‘IPOH’ sebelum pulang ke Sabah.

Menurutnya, gambar tersebut dirakam pada jam 9.30 malam di Jalan Kuala Kangsar bersebelahan dengan Kawasan Pelancongan dan Rekreasi Gunung Lang.

“Ketika merakamkan gambar, saya tidak nampak apa-apa namun, ketika Belly memeriksa kamera digital dalam kenderaan, dia terus menjerit sambil kata tidak mahu lihat lagi.


“Mulanya saya berasa pelik.

Setelah melihat dengan mata sendiri, kami lihat lembaga perempuan berambut panjang seolah-olah mahu terkam adik.

“Dalam gambar itu, wajah adik tidak kelihatan langsung,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, semalam.

La’aba berkata, mereka juga turut diganggu sepanjang malam selepas tiba di rumah di Taman Chepor Impian.

“Saya pernah dengar kawasan tersebut tidak sesuai untuk anak-anak kecil kerana sering diganggu sehingga menangis tapi tak sangka, saya pula yang terkena.

“Namun, malam tersebut, rumah kami pula diganggu dengan bunyi orang berjalan di atas bumbung selain bunyi orang buka pintu. Nasib baik, kami diganggu malam itu sahaja,” katanya.

Katanya, semua rakan yang melihat gambar tersebut berasa terkejut dengan imej wajah lembaga tersebut yang jelas kelihatan apabila dibesarkan.


SUMBER

Khairul Fahmi Che Mat Dan Leuniey Sorok Hubungan Cinta?


Tiada perlawanan untuk pasukan bola sepak Malaysia malam ini kan? Kajian menunjukkan gossip Khairul Fahmi Che Mat (Apex) mampu mengubah sejarah sukan Malaysia.

Beberapa bulan lalu, kecoh satu Malaysia apabila Apex dikatakan bercinta dengan seorang model dan ahli perniagaan Leuniey atau nama sebenar Nur Eilunie Natasha Nazri.

Namun, kedua-duanya menafikan sebarang hubungan cinta antara mereka berdua dan menegaskan antara mereka hanyalah hubungan professional. Apakah status hubungan mereka kini?

Gambar di atas merupakan paparan terakhir avatar Apex di akaun Blackberry Messenger dan kenyataan terakhir penjaga gol kebangsaan yang beliau kini 'single' seakan tidak sah lagi.

Beberapa orang peminat Apex ada memberitahu kami yang kedua dua selebriti ini semakin berani menunjukkan kemesraan melalui sosial media termasuk menunjukkan cincin tanda cinta.

Kalau bercinta pun, apa salahnya. Masing masing mempunyai kerjaya hebat, masing masing masih mencari cinta. Peminat pasti akan mendoakan hubungan kalian berdua. Amin

SUMBER

Irma Hasmie Bakal Berkahwin 29 Jun 2012


Kami suka dengar kisah percintaan Irma Hasmie ini, nampak teratur dan penuh keberkatan. Dan, beliau bakal berkahwin dengan pasangan pilihan pada 29 Jun 2012.

Majlis pernikahan Irma Hasmie akan diadakan pada 29 Jun di Dewan Persidangan Putrajaya jam 3.00 petang dan resepsi berlangsung di MAEPS, Serdang hari sama jam 8.00 malam.

Irma Hasmie yang dihubungi berkata beliau kini sedang mengerjakan umrah, dan dalam perjalanan dari Madinah ke Mekah manakala dijangka pulang ke tanah air pada 20 Jun ini.

Pelakon dan pengacara ini berkata aktiviti seninya ketika ini diberhentikan seketika bagi memberi laluan untuk mengerjakan umrah dan membuat persiapan terakhir perkahwinan.

SUMBER

(Video) Wanita Disumpah Jadi Batu Kerana Curang Di Paloh?


Satu video yang dimuat naik ke laman You Tube berjudul ‘Sumpahan jadi batu di mamah tanah PALOH ?’ semakin menjadi bualan di kalangan pengunjung laman tersebut.

Video berkenaan menceritakan tentang kononnya seorang wanita yang telah curang terhadap suaminya disumpah menjadi batu di dalam sebuah ladang kelapa sawit di Paloh, Johor.

Wanita itu dikatakan telah ‘ditukarkan’ menjadi batu ketika sedang asyik memadu asmara bersama teman lelakinya.

Persoalan yang semakin menjadi tanda tanya kepada umum ialah, benarkah kejadian sumpahan itu sememangnya berlaku?

Mengapa hanya wanita itu sahaja yang disumpah, bagaimana dengan pasangannya?

Melihatkan isi video tersebut, batu itu memang melihatkan bentuk badan seorang wanita yang sedang berbogel, lengkap dengan rambut yang panjang.

Mendengarkan penceritaan dari lelaki yang menjadi ‘voice over’ dalam video itu seperti kurang jelas tentang maklumat yang ingin disampaikan.

Boleh sahaja cerita itu diada-adakan atau batu itu hanyalah ukiran semata-mata. Apa-apa pun, kebenaran tentang ‘misteri’ sumpahan batu itu hanya penduduk di sekitar kawasan itu sahaja yang tahu.

Selebihnya, kita jangan mudah untuk membuat cerita tanpa sebarang usul periksa terlebih dahulu. Wallahualam.


SUMBER

Jom Minum Jus Katak aka Viagra Peru

on 13 June 2012


Sebuah restoran di Lima, Peru memperkenalkan sejenis minuman yang rasanya anda sama sekali tidak akan minum!

Sejak 16 tahun lalu, restoran berkenaan menjual jus yang sangat pelik iaitu jus katak segar.

Anehnya, kebanyakan penduduk tempatan di situ meminum jus berkenaan setiap hari kerana mereka mengatakan yang ia memberi tenaga.

Pemilik restoran itu, Carmen Gonzales berkata, dia dan beberapa pemilik gerai menjual jus ‘Jugo de Rana’ ciptaannya kepada penduduk tempatan dan pelancong yang berani mencuba jus ‘sedap’ itu.

Dia menjual lebih kurang 80 minuman berasaskan katak setiap hari, dan kebanyakan pelanggannya meminum jus itu sebagai minuman sarapan pagi kerana ia memberikan mereka tenaga sepanjang hari.

Katak yang digunakan diperoleh dari Tasik Titicaca yang terkenal, yang terletak pada aras tinggi di selatan Peru.

Cara jus katak segar dibuat ialah katak dibunuh dengan menghentaknya ke atas jubin, dibuang kulit dan dimasukkan ke dalam pengisar bersama 20 bahan lain termasuk kacang putih, madu, pokok lidah buaya, malta, maca (sejenis akar Andean yang juga dipercayai boleh meningkatkan tenaga dan nafsu seks) dan kadang-kala wain (arak).

Minuman ‘sedap’ itu juga dikenali sebagai ‘Peruvian Viagra’ (Viagra Peru) yang berharga hampir RM7, tetapi bagi para peminat jus pelik itu berkata ia berbaloi setiap sen untuk kesannya pada badan mereka.

 
 
 
 
 

Seruan Najib Tun Razak Namakan Panda Diperolok Warga Maya


Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengalu-alukan orang ramai menamakan dua ekor panda yang dipinjam Malaysia daripada negara China akhirnya mengundang pelbagai reaksi lucu.

Dalam laman Facebook berbahasa Cinanya, Najib yang menggelar dirinya "Ah Jib Gor" (Abang Najib) berkata kedua-dua ekor binatang itu mewakili hubungan baik dengan republik itu.

"Spesis panda sudah hampir pupus, namun China bersetuju meminjamkannya kepada kita. Ini membuktikan China percayakan kita.

"(Panda) akan menjadi pengalaman pendidikan untuk rakyat Malaysia. Ia membenarkan kita memahami lebih banyak tentang binatang dan meningkatkan kesedaran kepada kerja-kerja perlindungan," tulis Najib.

Bagaimanapun, mesej serius perdana menteri berakhir dengan komen berbentuk selaran banyak pihak yang beranggapan langkah itu hanya membazir.

Sebahagiannya mengambil peluang memperolokkan Najib dan isterinya Rosmah Manosr dengan menamakan panda itu sebagai "cincin dan beg beg", "Altantuya dan Scorpene" dan "Rara dan Suahsuah".

SUMBER

(7 Gambar) Apabila Kapal Layar Menyelam Di Bawah Permukaan Ais Antartika

Empat krew Brazil membuat pengambaran dokumentari berhampiran dengan pantai Antartika apabila satu kapal layar deorang Mar Sem Fim (Endless Sea) terperangkap di dalam lapisan air. Tekanan yang dikenakan terhadap kapal yang berada di bawah lapisan air tersebut menyebabkan kerosakan, tetapi orang yang berada di dalam kapal tersebut sebelum itu telah di selamatkan oleh Tentera Laut Chile tanpa sebarang kecederaan.

 
 
 
 
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved