Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

(8 Gambar) Shila Amzah Bertudung Pada Bulan Ramadhan

on 29 July 2012

Jika baru-baru ini, buah hatinya, Sharnaaz Ahmad ingin berubah sikap 'panas baran', kini mungkin Shila pula mencuba mahu berubah di bulan Ramadhan. Ikhlasnya, Shila nampak manis bertudung berbanding personalitinya sebelum ini.

Harapan kita, agar ia akan menjadi rutin harian Shila dan bukan hanya di bulan Ramadhan semata-mata. Kerana yang sukar itu pasti ada hikmahnya dikemudian hari. Bak kata pepatah, yang pahit itu manis akhirnya, manakala yang manis itu pahit akhirnya! Tak gitu?

  
 
 
 
 
 
 

Gempar!!! Najwa Latif Kena 'Kuarantin'


Bulan puasa yang sedang dilalui umat Islam ketika ini memberi sisi berbeza buat Najwa Latif. Selain mengumpul keberkatan Ramadan Al-Mubarak dengan melipatgandakan ibadat, sejak Jun lalu lagi sebenarnya penyanyi lagu Cinta Muka Buku itu sudah ‘dikuarantin’ demi memberi tumpuan kepada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Di sebalik kemasyhuran yang diraihnya sebagai anak seni, tanggungjawab dan amanahnya sebagai pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan (SMKP) Temenggong Ibrahim, Batu Pahat, Johor ini masih perlu dilunaskan sebaik mungkin. Najwa bakal menduduki peperiksaan SPM pada November nanti.

(Gambar) Sharifah Aleya Kini Bertudung


Kami kurang gemar mendengar atau membaca kenyataan yang mengatakan hijrah bertudung ini sebagai bermusim. Ianya sesuatu yang tidak boleh diduga oleh sesiapa. Heh.

Hujung minggu lalu, rakan kami ada mengatakan yang beliau terserempak dengan penyampai radio Hot FM, Sharifah Aleya di One Utama dan nampak perubahan yang ketara.

Bukan perubahan apa-apa, tetapi Sharifah Aleya dilihat manis bertudung penuh ketika itu. Ketika itu kami anggap mungkin ibu kepada dua orang anak ini baru pulang dari majlis berbuka.

Sisipan hiburan akhbar hari ini turut melaporkan yang Sharifah Aleya pernah beberapa dilihat bertudung dan khabarnya sudah memulakan amalan baru itu sejak 1 Ramadhan lalu.

Gambar di atas merupakan gambar terbaru Sharifah Aleya yang bertarikh 27 Julai 2012 menunjukkan selebriti ini lengkap bertudung bersama ayahanda tersayang. Jika benar seperti apa yang dikhabarkan, harapnya pemakaian tudung ini akan kekal walaupun selepas tamatnya Ramadhan.

SUMBER

Top 10 Pemandangan Paling Menarik Di Dunia

on 28 July 2012

Salam sejahtera wahai para pembaca blog Katak Comel yang disayangi. Kali ini, penulis ingin menunjukkan 10 jenis gambar pemandangan tempat menarik yang wujud di muka bumi ini. mari terjah...

 
 
 
 
 
 
 
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved