Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

GAMBAR KEPULANGAN SHILA AMZAH DARI ASIAN WAVE 2012 DI KLIA

on 27 September 2012

GAMBAR KEPULANGAN SHILA AMZAH DARI ASIAN WAVE 2012 DI KLIA | Gambar Artis - Juara Asian Wave 2012, Shila Amzah baru sahaja pulang ke tanah air Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam. Kepulangannya disambut oleh peminat setianya.

Shila Amzah akan terbang semula ke China November ini sebagai jemputan untuk konsert bintang negara tersebut iaitu Eric Moo di Beijing.

 
 
 

PAKEJ IBU DAN ANAK, WANITA HAMIL DIJUAL RM 400


PAKEJ IBU DAN ANAK, WANITA HAMIL DIJUAL RM 400 | Isu Semasa - “Tergamak dia menjual saya dan kandungan yang berusia lapan bulan dengan harga semurah RM400,” kata wanita dikenali sebagai Asmah, 25 yang dijual rakan karibnyanya kepada sepasang suami isteri sebelum diselamatkan.

Menurutnya, rakannya itu bersama teman lelaki yang kedua-duanya berusia 30-an menjualnya kepada sepasang suami isteri di Damansara, di sini, jam 9 malam, 20 September lalu selepas dibawa dari rumahnya di Meru, Klang.

Asmah yang juga warga Indonesia berkata, dia mengenali pasangan kekasih terbabit yang juga jirannya sejak beberapa bulan lalu.

“Saya mengandung anak sulung hasil perkahwinan dengan suami yang juga warga Indonesia dan bekerja sebagai buruh sejak tiga tahun lalu di negara ini.

BEKAS KEKASIH FRANK LAMPARD YANG CANTIK DAN HOT

on 26 September 2012

BEKAS KEKASIH FRANK LAMPARD YANG CANTIK DAN HOT - Pemain Chelsea dan juga England, Frank Lampard mempunyai seorang bekas kekasih yang cantik, seksi dan teramatlah hot. Namanya Saskia Boxford, seorang model.

 
   

BAJET ALTERNATIF 2013 PAKATAN RAKYAT

 

BAJET ALTERNATIF 2013 PAKATAN RAKYAT - Bajet alternatif 2013 Pakatan Rakyat mengandungi peruntukan untuk tindakan afirmatif yang tidak berasaskan kaum. Membentangkan dua hari lebih awal daripada bajet 2013, Anwar Ibrahim berkata tindakan itu diambil ekoran pengalaman mentadbir negeri-negeri Pakatan Rakyat.

Bajet ini akan menelan kos RM234 bilion dengan pendapatan sebanyak RM197 bilion, bermakna defisit 3.5 peratus.

Dalam dokumen cadangan belanjawan yang diumumkan di bangunan Parlimen petang ini, perikatan tiga parti itu, dalam usaha menuju ke Putrajaya berkata, cadangan pihaknya akan membolehkan rakyat memiliki pendapatan boleh diguna pakai tambahan sebanyak RM930 setiap bulan.

Angka itu adalah hasil penjimatan harga kereta yang lebih rendah iaitu sebanyak RM70, penjimatan daripada penghapusan tol (RM50), penghapusan pinjaman bagi peminjam PTPTN yang layak (RM200), elaun pengajaran khas yang dijanjikan dalam Buku Jingga (RM500), sumbangan kerajaan ke dalam Caruman Wanita Nasional (RM50) dan penjimatan daripada harga makanan dan barangan susulan kos minyak dan pengangkutan (RM60).

"Negara mesti bergerak ke fasa baru kerana dasar bumiputera telah disalahguna untuk memperkayakan beberapa pihak sahaja.

"Sokongan (kepada yang memerlukan) melalui tindakan afirmatif, akan diteruskan tetapi tidak perlu berdasarkan etnik untuk membantu golongan miskin," kata Ketua Pembangkang Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim.

Tambahnya, di Selangor dan Pulau Pinang, dasar seperti skim mikro kredit tidak berasaskan kaum, tetapi sebahagian besar bumiputera menerima manfaatnya.

"Ini bermaksud, kaum India yang layak juga akan dibantu, dan ini tidak merompak hak orang Melayu," katanya.

Bajet alternatif itu juga mensasarkan tindakan untuk membatalkan 1Malaysian Development Berhad (1MBD) yang ditubuhkan kerajaan, dengan semua kepentingannya diambil alih oleh cabang pelaburan persekutuan Khazanah Malaysia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved