ANAK AYAM GRED A DITAHAN |
Isu Semasa - Selepas enam bulan cubaan gagal, Jabatan Imigresen akhirnya
berjaya menyerbu sebuah hotel berhampiran Jalan Tun Ali, Melaka sehingga
membawa kepada penahanan 16 ‘anak ayam’ gred A pagi kelmarin.
12 warga Vietnam dan empat warga Thailand ditahan
dalam serbuan oleh penguat kuasa Jabatan Imigresen, dalam operasi
bersepadu diketuai Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) kira-kira
jam 1.15 pagi.
Serbuan turut disertai tujuh agensi lain termasuk Jabatan Agama Islam
Melaka (Jaim), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Anti Dadah
Kebangsaan (AADK) itu turut menahan sorang wanita dipercayai ‘ibu ayam’
berusia 52 tahun.
Penahanan itu juga menyebabkan wanita dari Vietnam itu hanya berputih
mata selepas keuntungan berjumlah RM744 dirampas dipercayai hasil urus
niaga aktiviti seks pada malam tersebut.
Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Kamalludin Ismail berkata, ketika
serbuan, semua wanita terbabit ditangkap sewaktu bersembunyi di bilik
gelap di tingkat enam.
“Serbuan dilakukan di tingkat 10, namun hanya terdapat lelaki sahaja di
situ sebelum kami menemui kasut wanita berhampiran kaunter dan
pemeriksaan lanjut di tingkat enam menemui 17 wanita termasuk seorang
dipercayai ‘ibu ayam’.
“Turut dirampas adalah sebuah buku perniagaan, wang tunai RM744 disyaki
hasil pelacuran dan 49 keping kondom yang masih belum digunakan di
dalam sebuah laci,” katanya.
"Modus operandi mereka adalah berselindung di sebalik khidmat rumah
urut, kononnya menawarkan spa di tingkat 10 hotel berkenaan.
“Siasatan awal mendapati, mereka menjalankan aktiviti mengurut dan spa
di tingkat 10, pusat hiburan di tingkat sembilan dan aktiviti tidak
bermoral di tingkat enam," katanya.
Kamalludin berkata, pihaknya percaya, sebelum melakukan hubungan seks,
semua wanita terbabit berkumpul di tingkat sembilan hotel berkenaan,
yang turut menempatkan sebuah disko.
"Mereka akan berunding dengan pelanggan masing-masing dan melakukan seks di tingkat enam,” katanya.