EZAD EXIST PUTUS TUNANG |
Berita Artis - Pada 1 Jun 2012 yang lalu,
Ezad Lazim telah mengikat tali pertunangan dengan pembantu peribadi beliau, Asliza Abdullah dalam satu majlis serba ringkas.
Walaupun tiada sebarang tarikh diberikan ketika itu dan bilakah
mereka akan berkahwin, tetapi riak wajah Ezad Lazim nyata gembira.
Namun, maklumat terbaru yang kami dapat daripada seorang yang rapat
dengan keluarga Ezad Lazim mengatakan pasangan ini sudah pun memutuskan
hubungan mereka.
Menurut sumber, urusan untuk perkahwinan sudah pun bermula sejak
Julai 2012 lagi dengan pihak lelaki menguruskan segala dokumen yang
berkaitan dengan pejabat agama.
Tetapi tidak menariknya, urusan dokumen di sebelah pihak perempuan
tidak ‘berjalan’ seperti dimahukan dan tertangguh sehingga empat bulan
lamanya tanpa punca.
Ezad Lazim sendiri merasakan yang pihak perempuan tidak bersungguh
dalam proses perkahwinan mereka dan mengambil keputusan untuk
membatalkan hasrat untuk berkahwin.