Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

SYAITAN PUN TAKUT

on 20 October 2011

Ada seorang manusia yang bertemu dengan syaitan di waktu subuh. Entah bagaimana awalnya, akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali persahabatan. Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak mengerjakan solat, maka syaitan pun sambil tersenyum berkata, "orang ini memang layak menjadi sahabatku!"

Begitu juga ketika waktu zohor orang ini tidak mengerjakan solat, syaitan tersenyum lebar sambil berkata, "rupanya inilah bakal sahabat sejatiku di akhirat nanti!"

Ketika waktu asar hampir habis tetapi sahabatnya itu dilihatnya masih juga terlalu asyik dengan kegiatannya, Syaitan mulai terdiam...

Kemudian ketika datang waktunya maghrib, sahabatnya itu ternyata tidak solat juga, maka syaitan nampak mulai gelisah, senyumnya sudah berubah menjadi kecut. Dari wajahnya nampak bahawa ia seolah-olah sedang mengingat-ingat sesuatu.

Dan akhirnya ketika dilihat sahabatnya itu tidak juga mengerjakan solat Isya, maka syaitan itu sangat panik. Ia rupanya tidak lagi dapat menahan diri, dihampirinya sahabatnya itu sambil berkata dengan penuh ketakutan, "wahai sahabat, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita!"

Dengan kehairanan manusia ini bertanya, "kenapa engkau ingkar janji bukankah baru tadi pagi kita berjanji akan menjadi sahabat?". "Aku takut!", jawab syaitan dengan suara gemetar. "Nenek moyangku yang dulu hanya sekali membangkang pada perintah-Nya, iaitu ketika menolak disuruh sujud pada Adam telah dilaknat-Nya; apalagi engkau yang hari ini saja kusaksikan telah lima kali ingkar untuk bersujud pada-Nya. Tidak terbayang olehku bagaimana besarnya murka Allah kepadamu!", kata syaitan lalu bergegas pergi..


p/s: kepada blogger2 yang nak spm, sile baca sini
Ranking: 5

{ 10 ong gedek gedek... read them below or add one }

Ayien Ocaca said...

maksud nye orang yang tak sembahyang tu lgi dimurkai oleh Allah??

sorry yien tak faham sgt moral yang cbe dismpai kan -__-"


20 October 2011 at 17:36
The day we meet said...

maksudnya syaitan yg mmg sedia jahat pun takut dimurkai allah inikan pula manusia yg lemah...

btl kn?hehe


20 October 2011 at 17:58
ibnuismaini said...

Lagi hebat lelaki tu drp moyang setan. Dia sekali je ingkar... yg lelaki tu plak sampai 5x ingkar satu hari... 'hebat' gila. hu3.


20 October 2011 at 18:01
Nuriy Arisa said...

Assalamualaikum awkk^_^

nice entry..syaitan pown taw takot...
nie kan seseorg yg ingkar tidak solat 5 waktu..


20 October 2011 at 18:58
ehaminnie said...

assalamualaikum :))
best entry nie.. sy skew sgt!


20 October 2011 at 20:01
azza hana said...

terbaik...azza like giler...cukup2 mengajar,,thank you dear!


20 October 2011 at 22:12
ctk said...

syaitan pon takot..ct baru thu..thank sharing..huhu


21 October 2011 at 01:37
Nazatulwanis said...

solat itu mudah tp x mudah bg org yg sempit hatinya.. jd, jom lapang2 kan hati sesama ;)


21 October 2011 at 11:10
Unknown said...

tazkirah terbaek pd hari jumaat


21 October 2011 at 12:12
MAMAMOHSIN said...

MORAL OFF THE STORY..JGN TINGGAL SEMAYANG..WAJIB SEMAYANG TU, TINGGAL BERDOSA..


15 November 2011 at 16:53
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved