Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Gaji Programmer Yang Masyuk Di Google

on 19 March 2012

Salam sejahtera... Google telah lama diketahui sebagai tempat terbaik untuk bekerja. Mereka menawarkan makanan percuma, tempat bersenam, tempat berehat dan potong rambut profesional di pejabat mereka. Perkara tersebut telah menjadikan mereka syarikat pilihan pekerja dari seluruh perniagaan yang ada di dunia.

Selain dari persekitaran tempat kerja yang relax dan makan free mestilah gaji pekerja Google menarik juga kan. Tahukah anda berapa gaji pekerja-pekerja Google? Data berikut tidak terlalu mudah dicari, jika anda tidak percaya, anda boleh search di Google.

Berikut adalah statistik gaji pekerja Google yang cukup menarik.

1. Google Programmer di Phoenix – $174,000 setahun
2. Google Programmer di California – $197,000 setahun
3. Google Programmer di Chicago – $222,000 setahun
4. Google Programmer di New York – $242,000 setahun

Itu hanya gaji… apa lagi yang ditawarkan Google kepada pekerjanya?

1. Google akan membayar $8,000 setahun jika anda mahu sambung belajar. Mereka hanya mengharapkan keputusan gred “B”.
2. Jika anda memperkenalkan seorang pekerja untuk menjadi staff Google dan mereka bertahan untuk 60 hari, Google akan membayar $2,000 kepada anda.
3. Jika anda hendak mengambil anak angkat, Google akan memberikan $5,000 untuk urusan legal dan kos.
4. Bergantung kepada berapa lama anda bekerja di Google, anda akan mendapatkan sehingga dengan 25 hari bonus hiburan dalam setahun.

Perkara yang menarik dari segi pendapatan pekerja Google, menurut New York Times, kira-kira ada 1,000 pekerja Google yang mempunyai saham dengan nilai $5 juta dollar. Selain itu, setiap pekerja yang bersama Google untuk setahun sahaja memiliki nilai lebih dari $250,000.

Pesaing google mengatakan bahawa programmer Google telah menikmati 50% kenaikan gaji dalam beberapa tahun terakhir ini.


ingin lihat rupa pejabat Google yang sangat sempoi dan selesa, klik sini  
SUMBER
Ranking: 5

{ 3 ong gedek gedek... read them below or add one }

Unknown said...

kalau ade borang lebih pun remy nak jugak......
pak chik kayooooo..;he3


19 March 2012 at 10:30
ZaroL said...

Uihhh...sodap ni jang. Tapi dia kata bertahan 60 hari tu. Mesti tough kan keje dia....tough itu la cabaran yg best !


19 March 2012 at 12:01
Iaruz said...

Great money comes with a great responbilities..


19 March 2012 at 17:16
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved