FARID KAMIL TERKEJUT DIANA DANIELLE MENGANDUNG AWAL - Pelakon dan pengarah filem Farid Kamil Zahari menafikan dakwaan kononnya dia cuba mengelak daripada berjumpa pihak media selepas isterinya aktres Diana Danielle mendedahkan berita kehamilannya pada Isnin lalu.
Farid, 31, berkata, dia mendiamkan diri dan tidak menjawab panggilan media kerana berasa terkejut dengan kehamilan Diana yang berlaku dalam tempoh kurang sebulan daripada tarikh pernikahan mereka.
“Saya tidak mendiamkan diri atau cuba mengelak daripada media selepas berita kehamilan itu didedahkan Diana kepada khalayak.
“Cuma saya menjadi tergamam kerana tidak sangka dia mengandung secepat itu. Saya tidak kecoh-kecoh sebab ia masih terlalu awal,” katanya.
Diana mendedahkan dia hamil selepas 16 hari bernikah menerusi laman sosial Twitter dan Instagram miliknya Isnin lalu.
Pasangan itu melangsungkan pernikahan pada 3 November lalu dalam sebuah upacara ringkas di Hotel Flamingo by The Lake, Ampang dekat sini.
Farid berkata, pada awalnya dia berasa keliru dengan berita itu dan mengambil pendekatan untuk menghadapinya dengan tenang.
“Saya ambil pendapat kawan-kawan dan orang-orang lebih berpengalaman apabila Diana memaklumkan dia hamil, di mana saya tidak mahu terlalu seronok dan teruja kerana ia masih terlalu awal.
“Apa sahaja boleh berlaku. Saya tidak mahu terlalu berharap cuma mendoakan yang terbaik sahaja,” katanya.
Ketika ditanya adakah dia sudah membawa Diana melakukan pemeriksaan susulan, Farid berkata, mereka tidak berbuat demikian kerana ia masih terlalu awal.
“Kami bernikah pun belum sampai sebulan. Masih terlalu awal rasanya untuk membuat pemeriksaan walaupun alat penguji kehamilan menunjukkan Diana mengandung.
“Buat masa ini biarlah dulu sebab kehamilan itu masih baru. Lagi pun kami sedang pening kepala dengan persiapan menjelang majlis resepsi pada 1 dan 12 Disember depan,” katanya.
{ 3 ong gedek gedek... read them below or add one }
sanding bertiga ler lepas nie....
alhamdulillah...rezeki pengantin baru.....
tahniah!
24 November 2012 at 15:29
Rezeki pengantin baru barangkali.. tapi gila cepat.. hehe.. majlis resepsi pun belum lagi. Tahniah lah buat mereka :)
24 November 2012 at 15:43
tahniah buat mereka ;D
bersanding bertiga ler mereka nanti macam fasya dan jejai :D
24 November 2012 at 15:46
Post a Comment