Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

GAMBAR MAJLIS PERNIKAHAN BETTY BENAFE DAN BRUCE DARGUS

on 8 December 2012

GAMBAR MAJLIS PERNIKAHAN BETTY BENAFE DAN BRUCE DARGUS | Gambar Artis - Selebriti tanah air, Betty Ibtisam Abu Bakar Benafe atau Betty Benafe, 33 telah sah bergelar isteri kepada seorang jejaka berketurunan Arab, Bruce Dargus pada sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Villa, Kempas, Johor.

Pasangan ini telah dinikahkan oleh jurunikah Johor Bahru, Ustaz Ahmad Faizal dengan berwakil wali adik lelaki Betty: Rifqi Benafe beserta mas kahwin berupa sebentuk cincin.

Betty Benafe mengenakan busana berwarna putih bersesuaian dengan tema Arab menerima 5 dulang hantaran berupa sebuah telefon bimbit berjenama Samsung S3, sebuah komputer peribadi Macbook Air,  sebuah Apple TV, persalinan ibadah berupa telekung dan tepak sirih. Bruce Dargus pula segak mengayakan pakaian sut menerima 7 dulang hantaran berupa sebuah Al-Quran digital, sehelai songket, set wangian lelaki, tepak sirih, buah-buahan, sejadah dan sirih junjung.

Majlis pernikahan yang dihadiri oleh lebih 300 tetamu jemputan antaranya VVIP dan pihak media ini turut diserikan dengan kehadiran sanak saudara Betty Benafe yang berasal daripada Indonesia.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Ranking: 5

{ 2 ong gedek gedek... read them below or add one }

meisnani said...

Alahai nampak lurah.. malunye.. hurmm


8 December 2012 at 21:11
Remy hazza said...

adat apa yg dia buat tu......


10 December 2012 at 10:26
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved