Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

KERAJAAN AKAN TARIK BALIK SAMAN AES

on 19 December 2012


KERAJAAN AKAN TARIK BALIK SAMAN AES - Perkembangan terkini mungkin membawa kepada penarikan balik saman trafik yang dikeluarkan melalui Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), dengan kes-kes ditarik balik di sekurang-kurangnya dua mahkamah sejak semalam.

Menurut penasihat undang-undang Kempen Anti Saman Ekor (KASE), Zulhazmi Shariff ianya benar-benar berlaku sejak semalam tetapi peguam badan tersebut tidak dapat menghadiri kes-kes berkenaan.

"Tetapi hari ini saya diberitahu bahawa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pegawai (Jabatan Pengangkutan Jalan) mengambil balik saman AES saman daripada responden dan minta mereka pulang ke rumah. Kes mereka tidak didengar di mahkamah."

Beliau juga menceritakan bagaimana dua kes yang dikendalikannya hari ini serta lapan lagi kes yang dijadual didengar esok dan pada hari Jumaat, telah ditangguhkan selama sebulan oleh DPP berkenaan  kerana 'dokumentasi tidak lengkap'.

Apabila beliau membangkitkan perkara penarikan balik saman tersebut serta penangguhan kes berkenaan dengan DPP yang mengendalikan kes-kes AES di mahkamah Kuala Lumpur, Zulhazmi berkata pihak pendakwa hanya mengatakan ada "masalah teknikal".

Zulhazmi juga berkata seorang responden yang kesnya dijadual didengar di mahkamah di Putrajaya hari ini, berkata semua responden dilepaskan tanpa dibebaskan selepas DPP menarik balik kes itu selepas pertuduhan dibacakan di mahkamah.
Ranking: 5

{ 2 ong gedek gedek... read them below or add one }

Unknown said...

berita baik atau berita buruk????
dibebaskan tanpa dilepaskan....


19 December 2012 at 09:54
THE AUTHOR said...

Nak implement sistem kena betul.betul..kang dah problem ..hehehe


19 December 2012 at 11:10
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved