Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

ZARINA ANJOULIE TERPAKSA TIDUR LOKAP, KELUARGA TIDAK DATANG JAMIN

on 3 January 2013


ANJOULIE TERPAKSA TIDUR LOKAP, KELUARGA TIDAK JAMIN - Zarina Anjoulie bersama rakan lelakinya mengaku tidak bersalah atas tuduhan memiliki dadah jenis Eramin 5 seberat 0.6 gram dan ikat jamin berjumlah RM2,000 setiap seorang dibenarkan ke atas mereka semalam
Rakan lelaki beliau, Mohamad Fakhruzaim telah membayar wang RM2,000 itu menerusi abangnya dan dibenarkan pulang manakala Zarina Anjoulie khabarnya masih berada di lokap kerana tiada penjamin.

Seorang rakan wanita telah hadir untuk membayar wang ikat jamin Zarina Anjoulie tetapi telah ditolak mahkamah kerana mereka tiada pertalian keluarga, sepertimana syarat untuk ikat jamin.

Sehingga 4.00 petang semalam, masih tiada ahli keluarga yang tampil membayar wang ikat jamin dan pelakon ini telah dibawa ke Kompleks Penjara Kajang.
Ranking: 5

{ 2 ong gedek gedek... read them below or add one }

Carlos Santiago said...

hahaha...mesti best tido lokap..BANkami


3 January 2013 at 14:55
Unknown said...

nie cerita baru ke cerita lama nie......


3 January 2013 at 15:33
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved