Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

GEMPAR!!! AL-QURAN DIBAKAR DI PULAU PINANG

on 9 September 2012


AL-QURAN DIBAKAR DI PULAU PINANG - Seorang ustazah terkejut apabila menemui sebahagian daripada naskhah al-Quran dibakar di dalam kelas di sebuah sekolah menengah di Balik Pulau semalam.

Kejadian jam 9.50 pagi itu, wanita terbabit memasuki kelas pelajar Tingkatan Lima untuk memulakan sesi pengajaran sebelum ternampak satu naskhah kitab suci terbuka di atas lantai. Dia kemudian mengambil naskhah berkenaan untuk disimpan di tempat sesuai, tetapi terkejut melihat tiga helaian dalam al-Quran itu terbakar selain turut menemui tiga batang mancis tidak jauh dari situ. Kejadian kemudian dilaporkan kepada polis.

Jurucakap polis berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana berniat melukakan perasaan agama seseorang serta sengaja menyebabkan suasana tidak harmoni dengan siasatan awal mendapati kali terakhir kelas itu digunakan ialah 3 September lalu untuk ujian percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Hatta Md Zain, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit, namun enggan mengulas lanjut.
Ranking: 5

{ 3 ong gedek gedek... read them below or add one }

Yana Sakura said...

ermm..keje sape la neh...


9 September 2012 at 11:37
THE AUTHOR said...

Bdk2 sekolah punya kerja...


9 September 2012 at 13:57
Unknown said...

dah takde keje lain ler tu......
tak hormat langsung!


10 September 2012 at 14:20
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved