Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

SYARAT SITI NORDIANA KAHWIN LAGI

on 3 September 2012


SYARAT SITI NORDIANA KAHWIN LAGI - Artis tanah air, Siti Nordiana hanya akan menamatkan zaman jandanya apabila bertemu dengan lelaki yang boleh menerima kehadiran anak lelaki, Mohammad Ryyan Nakhaie.

Siti Nordiana yang lebih mesra dengan sapaan Nana memberitahu, dia meletakkan perkara itu sebagai kriteria utama dalam mencari jodoh kerana keutamaannya kini adalah kepada anaknya yang berusia empat tahun itu.

“Secara dasarnya saya sudah bersedia untuk kembali berumah tangga dan ciri-ciri yang saya cari adalah lelaki tersebut kena menerima anak saya dan bukan semata-mata diri saya sahaja.

“Tambahan pula tanggungjawab lelaki itu nanti bukan mudah kerana perlu membesarkan anak saya dan sebab itu saya mahu calon suami saya itu nanti benar-benar bersedia,”

Nana sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon Allahyarham Faizal Yusop sebelum bercerai pada tahun 2009.

Dalam pada itu, Nana mengakui dirinya sedang berkawan dengan seorang lelaki namun memberitahu hubungan mereka masih dalam peringkat awal.

Nana berkata, dia mahu mengenali hati budi lelaki tersebut terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang keputusan kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali.
Ranking: 5

{ 1 ong gedek gedek... read them below or add one }

Unknown said...

sapa2 nak apply leh ler antar borang...he3


3 September 2012 at 15:05
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved