Boleh dikatakan program Singgah Sahur terbitan TV3 ini kini sudah menjadi salah satu program wajib pada bulan Ramadhan.
Hujung minggu lalu, penduduk Muar menerima kunjungan krew Singgah Sahur untuk menyelami pengalaman dan berkongsi cerita bersama insan-insan yang diraikan serta penduduk kampung.
Berbeza dengan episod Singgah Sahur sebelum ini, menerusi episod 7 yang bakal bersiaran pada 12 Ogos ini, program ini akan diserikan dengan kehadiran tetamu istimewa.
Mereka adalah YB Dato Noraini Binti Ahmad,Ahli Parlimen Parit Sulong dan Datuk Rahim Razali, Ahli Parlimen Muar merangkap Timbalan Menteri Belia dan Sukan.
Dan pastinya penyeri program Singgah Sahur untuk edisi Muar ini menyaksikan Johan As’ari, Izara Aishah dan Danny X-Factor selain beberapa personaliti TV3 yang turut serta.
Kemeriahan sambutan dari penduduk Muar sendiri agak luar biasa. Walaupun acara diadakan seawal 3.00 pagi, penduduk kampung sanggup datang untuk memeriahkan program.
{ 3 ong gedek gedek... read them below or add one }
sweetnya pengantin baru tu..hehehe
8 August 2012 at 23:15
wah.... leopard pi ziarah sahur...... tak sesuai benar pakaiannya.....
9 August 2012 at 00:32
pasangan bahagia ally..:)
9 August 2012 at 04:38
Post a Comment