Isu mengenai Dato' Siti Nurhaliza telah diberikan amaran selepas membuat persembahan di negeri Kelantan pada bulan lepas dan melanggar Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998 yang dikuatkuasakan di negeri itu telah mengejutkan banyak pihak. Apatah lagi, ianya pertama kali berlaku kepada penyanyi nombor satu negara itu.
Ditemui di majlis pelancaran kosmetik terbaru Simplysiti, Bejeweled, Portal Murai berkesempatan mewawancara Dato' Siti Nurhaliza mengenai perkara tersebut. Ternyata, Siti Nurhaliza tidak menyangka bahawa persembahannya di sana (Kelantan) akan mencetuskan isu setelah menyaksikan kehadiran lebih 10,000 masyarakat sekitar dan guru-guru sekitar Kota Bharu yang diadakan di kompleks sekolah-sekolah Jalan Wakaf Mek Zainab.
"Seperti biasa Siti hanya memenuhi undangan daripada pihak penganjur dan kali ini jemputan adalah untuk Jamuan Perdana Perayaan Hari Guru 2012 peringkat Kota Bharu.
"Pada pengamatan Siti, persembahan yang Siti berikan berunsur ilmiah dan sopan. Lagipun ini adalah bersempena dengan sambutan Hari Guru. Jadi, memang tiada sebarang aktivti melalaikan yang dilakukan pada ketika itu.Tapi mungkin disebabkan ia berlangsung secara terbuka dan bertentangan dengan undang-undang yang telah ditetapkandi negari itu, maka ianya telah menjadi isu.
"Siti tidak terfikir dan tidak tahu ia akan menjadi sesuatu aktiviti yang bertentangan dengan undang-undang negeri tersebut. Namun begitu, Siti menghormati keputusan mereka yang telah mengeluarkan notis amaran secara positif dan akan lebih berhati-hati lagi selepas ini.
"Tidak mahulah nak komen lebih-lebih kerana takut nanti tersalah cakap pula kerana ianya melibatkan undang-undang. Yang penting Siti sudah pun menjalankan tanggungjawab dengan membuat persembahan dan menghiburkan para pengunjung yang datang," jawabnya kepada murai.com.my yang menolak jika isu ini telah dipolitikkan oleh mana-mana pihak.
Dalam pada itu, bila ditanyakan mengenai konsertnya bersama penyanyi antarabangsa Sami Yusuf yang telah dibatalkan atas sebab beberapa masalah, antaranya kontrak bersama pihak penganjur, Siti Nurhaliza menjawab:
"Perkara tersebut tercetus di antara Sami Yusuf dengan pihak penganjur dan Siti tidak tahu apakah punca sebenar sehingga ianya dibatalkan.Ramai peminat yang sememangnya menantikan kemunculan Sami Yusof di Malaysia dan sudah semestinya Siti juga berbangga dapat berkongsi pentas dengan penyanyi hebat sepertinya.
"Ini adalah peluang yang baik Siti dapat dan mujurlah Siti sempat membuat persembahan bersamanya di Singapura. Jadi, ia merupakan pengalaman yang baru untuk Siti timba,"tambahnya lagi.
{ 4 ong gedek gedek... read them below or add one }
kekadang pelik kat malaysia nie... dah berlaku baru nak kecoh...bukannyer sepatut dari awal dah pantau.......
1 August 2012 at 13:11
kat malaysia, kita amalkan konsep jadi dlu, baru kecoh2. bkn nyer konsep pantau dan cegah.
1 August 2012 at 15:09
dgr kata dato ct dibayar rm10000 utk 1 lagu..hoho betul ke tak eh?=='
1 August 2012 at 16:58
sepatutnya kena la soal pihak atasan yang menganjurkan. sape yang buat proposal ni.sape yang buat aturcara sumer . kenapa plak nak tanya siti yang tak tahu menahu. dah orang undang, dier pergi la, nanti kalau reject ,kuar isu biadap plak .
20 September 2012 at 15:29
Post a Comment