Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

15 PELAJAR BELASAH GURU DISIPLIN

on 14 September 2012


15 PELAJAR BANTAI GURU DISIPLIN - Hanya kerana menegur sekumpulan pelajar tingkatan lima tidak menyertai perhimpunan, seorang guru disiplin dibelasah ala samseng oleh sekumpulan pelajar dalam kelas di sebuah sekolah menengah di sini, Selasa lalu.

Kejadian jam 7.30 pagi itu bermula apabila guru terbabit yang berusia 40-an mengesan 15 pelajar lelaki tidak menghadiri perhimpunan sebaliknya membuat bising dalam kelas mereka.

Guru itu ke kelas berkenaan dan meminta semua pelajar terbabit keluar dari kelas dan pergi ke perhimpunan bersama pelajar lain.

“Selepas memberi arahan itu, guru terbabit meninggalkan kelas namun hanya selepas beberapa langkah dia mendengar pelajar itu semakin bising, seolah-olah memprotes serta mengingkari arahannya.

“Apabila guru itu masuk semula dalam kelas, dia melihat sebahagian pelajar terbabit menendang pintu dan ada yang bertindak lebih berani dengan memecahkan cermin tingkap kelas,” katanya.
Ranking: 5

{ 3 ong gedek gedek... read them below or add one }

Remy hazza said...

bila cikgu tu kena belasah.....
tergantung jer crita???


14 September 2012 at 09:26
faceblog.com said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Budak Nakal said...

ada cerita penuh???maklumat x lengkap...


14 September 2012 at 13:23
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved