NETBOOK 1MALAYSIA ROSAK SEBELUM SEMPAT DIGUNAKAN - Berdozen Netbook 1Malaysia yang diedarkan kepada pelajar di Temerloh terpaksa dihantar ke kedai komputer untuk dibaiki atas pelbagai kerosakan.
Ada antara ibu bapa yang ditemui kecewa kerana hanya sempat menggunakan produk itu dalam tempoh seminggu, malah lebih teruk ada yang mendakwa langsung tidak boleh menggunakannya sejak diterima tiga bulan lalu.
Mohd Pauzi Abdul Ghani, 32, dari Bandar Bera, berkata, dia sedikit terkilan apabila dimaklumkan anaknya, netbook berkenaan langsung tidak boleh digunakan.
“Saya sedikit terkilan kerana sudah membeli modem untuk mengakses internet tetapi netbook pula rosak, saya hantar baiki pada 19 Jun lalu dan hari ini baru siap dibaiki,” katanya sewaktu mengambil semula netbooknya di salah sebuah kedai komputer, di sini.
Mohd Pauzi berkata, sebagai bapa penerima, dia tidak menafikan sumbangan kerajaan dalam membantu pelajaran anaknya, tetapi sedikit terkilan apabila produk yang dibekalkan tidak berkualiti.
“Saya takut benda-benda macam ini dimanipulasikan pihak tertentu, mungkin pembekal sendiri tidak mengetahui produk mereka tidak berkualiti, tambahan pula ia diedarkan dalam kuantiti yang banyak dari kilang," katanya.
Sementara itu seorang lagi bapa, Wahid Ahmad Salleh berkata, anaknya juga langsung tidak sempat menggunakan netbook tersebut.
“Anak saya punya pun sama, dapat dalam keadaan sudah rosak, terpaksa hantar ke kedai untuk dibaiki,” katanya.
Menurut pekedai yang membaiki Netbook 1Malaysia, ada juga ibu bapa yang marahkan mereka sedangkan mereka langsung tidak mengetahui hujung pangkal produk itu.
“Kami hanya bantu orang ramai, kebanyakan netbook yang dihantar mengalami masalah hardisk, motherboard dan screen rosak,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi Pahang, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memastikan produk dibekalkan itu berkualiti supaya tidak menyusahkan orang ramai.
“Kita akan usahakan penyelesaian isu ini kerana kita tidak mahu bantuan yang diberikan kerajaan menjadi bebanan pula kepada ibu bapa apabila produk tidak berkualiti,” katanya.
{ 4 ong gedek gedek... read them below or add one }
kita sebagai penerima harus bersyukur denagn bantuan yang kerajaan telah berikan.jangan mudah melatah dengan maslah.TEEtapi komplain itu harus.bagi pihak yg bertanggungjawab boleh memperbaiki kelemahan dan menaiktaraf kualiti nya.^_^
17 September 2012 at 14:49
Biasa aar... barang free...
17 September 2012 at 14:51
macam-macam.......sabor ajer la....
http://dihujungpen.blogspot.com/2012/09/update-blog.html
17 September 2012 at 14:51
beli pukal..camtu lah......
tapi kena beri perhatian isu nie....
17 September 2012 at 16:06
Post a Comment