GAJI CUCI PINGGAN RM 7500 SEBULAN - Ketua Pegawai Eksekutif Sakae Sushi, Douglas Foo bercerita di radio UFM100.3 mengenai kepayahan untuk mencari pekerja berkolar biru tempatan. Ketika diwawancara, Foo berkata, dia tidak dapat mencari pencuci walaupun ditawarkan gaji Sg$3,000 (RM7,500) sebulan.
Perbualan itu menyebabkan debat umum, di mana ramai pengguna internet berpendapat tawaran gaji setinggi itu sukar dipercayai.
Seorang lelaki dipetik oleh akhbar tempatan sebagai berkata, "Saya pernah menjadi pengurus dan hanya dibayar gaji Sg$2,500 (RM6,247). Sukar untuk dipercayai seorang pencuci mendapat gaji Sg$3,000 (RM7,500)."
Walau bagaimanapun, ketika Foo ditemui oleh akhbar untuk diwawancara, bukan saja dia menolak kata-kata mereka yang skeptikal, malah menambah, Sakae Sushi kini mencari 10 pekerja untuk mencuci pinggan dan menjaga kebersihan kedai mereka.
Walaupun restoran itu dilengkapi dengan mesin pencuci pinggan mangkuk, Foo berkata pekerja manual masih diperlukan untuk membersihkan sisa makanan dari pinggan mangkuk.
Katanya, calon pekerja mencuci pinggan didapati tidak sesuai, kerana itu mereka mempunyai kekosongan untuk 10 pekerja.
{ 3 ong gedek gedek... read them below or add one }
kalo kat malaysia ni gaji cuci pinggan rm7500, confirm ramai yg nak.
13 September 2012 at 10:04
perghhhh !
13 September 2012 at 11:34
klu cmtu, sy pun mau jd tkg cuci pnggan..huhu
13 September 2012 at 12:06
Post a Comment