Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

JASAD BERPELUKAN

on 14 November 2012


JASAD BERPELUKAN - Memilukan apabila dua beranak yang rentung dalam kejadian kebakaran di sebuah banglo dua tingkat di Taman Pegawai Kanan Kerajaan di Assam Kumbang di sini, tengah malam semalam, ditemui berpelukan.

Peristiwa menyayatkan hati itu meragut nyawa Mohd Hakimi Zubair, 40, isterinya, Leila Sahak, 40, anak bongsu mereka, Ahmad Faris, 3, serta pembantu rumah mereka dikenali Riski, 40-an yang berasal dari Sumatera, Indonesia.

Tiga beranak dan pembantu rumah mereka itu berada di tingkat atas terperangkap dan terhidu asap tebal dalam kebakaran jam 12 tengah malam.

Mayat Leila dan Ahmad Faris ditemui rentung dalam keadaan berpelukan di satu sudut di bilik utama rumah banglo berkenaan.

Bagaimanapun, empat ahli keluarga lain, termasuk bapa kepada Mohd Hakimi, Zubair Puteh, 73, dan tiga lagi anaknya, Luqman Hafiy, 13, Ain Najwa, 11 dan Azad Fahmi, 8, yang tidur di tingkat bawah dapat menyelamatkan diri dan tidak cedera.
Ranking: 5

{ 1 ong gedek gedek... read them below or add one }

Fariz Reza said...

Assalamualaikum (^_^) datang follow blog ni. Follower yang ke- 2430 .

Nanti jikalau ade kelapangan , awak tinggalkan jejak link blog awak di sini ya Exchange link

nanti saya dapat Blogwalking awak selalu (^_^)

Hope dapat jadi rakan yang sejati dalam blogger ni ya , kita gunakan peluang ini sebaiknya untuk mengeratkan lagi hubungan antara 2 blogger (^^_)
Salam perkenalan ; ) sekali lagi dari Fariz Reza .

From: Fariz Reza [Dot] Com


14 November 2012 at 10:11
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved