Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

MENTERI PALESTIN RAYU DANA RM 12.2 JUTA

on 30 November 2012


MENTERI PALESTIN RAYU DANA RM 12.2 JUTA - Kerajaan Palestin merayu bantuan dana segera AS$37.4 juta (RM112.2 juta) dari negara yang prihatin terutama Malaysia, bagi membantu rakyatnya yang kini menderita akibat serangan roket tentera Zionis.

Menteri Perhubungan Sosial dan Pekerjaan Palestin, Ahmed Alkurd berkata, serangan tentera Yahudi itu mengakibatkan kemusnahan teruk ratusan kediaman penduduk di Semenanjung Gaza.

Menurutnya, hujan roket serta peluru berpandu kapal laut, pesawat F-16 dan dron dilepaskan tentera Israel seolah-olah mempunyai dua tujuan iaitu membunuh rakyat Gaza dan sekali gus memastikan mangsa merempat di tanah air sendiri.

“Berdasar perangkaan awal, kira-kira 800 penduduk Gaza kini hilang tempat tinggal selepas kediaman mereka musnah sama sekali akibat dibedil roket Israel. Mereka kini tidak ubah seperti pelarian.

“Selain itu kira-kira 8,000 rumah lagi mengalami kemusnahan sederhana namun memerlukan bantuan kewangan bagi membaik pulih kerosakan dialami,” katanya.

Ahmed berkata, kekurangan dana dan bantuan antarabangsa menyebabkan kerajaan Palestin gagal memberi bantuan segera kepada mangsa yang kini menghuni khemah sementara atau di celah runtuhan rumah mereka.

“Tanpa keperluan asas seperti elektrik dan air, kehidupan amat menyeksakan, tambahan ketika ini musim sejuk dengan suhu kira-kira 15 darjah celsius kini,” katanya.
Ranking: 5

{ 2 ong gedek gedek... read them below or add one }

Remy hazza said...

jom kita bantu ramai2... harap2 bantuan cepat tiba.....


30 November 2012 at 15:47
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved