Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

KASINO VERSI PASAR MALAM

on 14 February 2013

KASINO VERSI PASAR MALAM

Kebiasaannya pasar malam menjual keperluan dapur, makanan dan kelengkapan rumah, tetapi bagi pasar malam dalam ladang di Jalan Ijok-Kuala Selangor ini berlainan dan ianya menjadi seperti kasino mini. 

Pasar malam ini hanya membenarkan kenderaan VIP masuk manakala yang lain perlu meletakkan kenderaan di kawasan luar. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, penganjuran pasar malam ala kasino mini itu terbongkar dalam serbuan sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor. 

Menurutnya, serbuan sempena ‘Ops Limau’ itu dilakukan jam 11.30 malam hasil maklumat orang ramai dan hasilnya, 13 lelaki berusia 28 hingga 61 tahun diberkas. Seorang daripadanya didapati penganjur pusat perjudian berkenaan. 

“Dalam serbuan itu, kami turut merampas wang berjumlah RM21,200 selain peralatan perjudian seperti cip (314 keping), dadu (15 biji), kad pertaruhan pelbagai nilai (144 keping), piring dan mangkuk. 

“Mereka didapati berjudi di bawah khemah dan nilai pertaruhan mencecah ratusan ribu ringgit, ketika serbuan 20 individu leka berjudi namun melarikan diri sejurus menyedari kehadiran polis,” katanya. 

Menurutnya, mereka yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor dan direman tiga hari untuk disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana berjudi dan boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya.
Ranking: 5

{ 1 ong gedek gedek... read them below or add one }

Unknown said...

pi lah genting kalau nak berjudi sangat......


14 February 2013 at 16:32
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved