Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

SHILA AMZAH MINTA MAAF PADA SEMUA PIHAK APA YANG TERJADI

on 6 February 2013

SHILA AMZAH MINTA MAAF PADA SEMUA PIHAK APA YANG TERJADI

Tiada kenyataan menyimpulkan situasi yang terjadi antara kekasih beliau, Sharnaaz Ahmad & bapanya ND Lala dan Shila Amzah meminta maaf kepada semua pihak yang terlibat atas apa yang terlah terjadi.

Berikut merupakan kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Shila Amzah sendiri melalui sepucuk ‘surat’ kepada semua rakan media awal malam ini.

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Dengan nama Allah SWT yang maha pengasih dan maha penyayang, Shila rasa cukup bersyukur di atas segala nikmat dan dugaan yang telah diberikan kepada Shila.

Tujuan Shila menulis surat ini, sebab Shila nak memperjelaskan semua perkara yang telah terjadi setelah sekian lama Shila berdiam diri.

Pertama sekali, Shila memahami situasi ibubapa Shila dan kenapa mereka begitu menjaga Shila dari pelbagai aspek sebab mereka menyayangi Shila dan takkan ada orang lain yang boleh menggantikan tempat mereka di dalam hati Shila.

Shila takkan sanggup melukakan hati mereka untuk berbuat sesuatu keputusan yang mereka tidak redhai.

Tentang Sharnaaz, Shila ingin memohon maaf secara terbuka kepada Sharnaaz dan familinya atas apa yang telah terjadi. Terima kasih kerana melayan Shila dengan baik selama hari ini. Janganlah semua menghukum Sharnaaz atas kenyataannya, dia tidak sepenuhnya bersalah.

Shila mengambil sepenuh tanggungjawab atas semua damage yang telah berlaku kepada Sharnaaz dan familinya.

Shila, sebagai seorang anak kepada ibubapa Shila, sebagai seorang kekasih kepada Sharnaaz, Shila sangat berharap perkara ini boleh diselesaikan sebaiknya.

Shila sentiasa percaya pada qada’ dan qadar. Seandainya ia baik untuk Shila maka dekatkan’lah, seandaikan ia membawa kemudaratan untuk Shila maka jauhkanlah.

Jodoh, pertemuan, ajal dan maut di tangan Allah SWT. Shila berdoa agar semua berdamai. Shila minta maaf kepada semua rakan-rakan media kerana tidak memberi kerjasama atas semua spekulasi yang telah berlaku.

Shila juga ingin memohon maaf kepada semua Shilalas kalau ada yang terguris hati. Demi Allah, Shila sangat sayangkan anda semua.

Ranking: 5

{ 2 ong gedek gedek... read them below or add one }

Boni kacak said...

Tak bestnya dapatbf macam sharnaaz ni..


6 February 2013 at 14:49
Unknown said...

isi hati shila byk yg tersurat dlm nie...tersepit antara keluarga dan kekasih...tapi betul.... kalau belum kawin dah byk masaalah...better jgnteruskan.....


7 February 2013 at 13:03
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved