Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

PENJELASAN ROSYAM NOR MENGENAI MEMILIKI KERETA MEWAH MCLAREN MP4-12

on 17 February 2013

PENJELASAN ROSYAM NOR MENGENAI MEMILIKI KERETA MEWAH MCLAREN MP4-12


Sebenarnya, kereta yang dibina dengan menggunakan teknologi Formula 1 itu dipinjam daripada seorang rakan untuk sesi penggambaraan sebuah drama yang bakal ditayangkan di stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak lama lagi.

"Sumpah kereta itu bukan milik saya. Ia berharga lebih RM3 juta, mana mungkin saya mampu membelinya," tegas pelakon filem Castello itu.

"Saya bersyukur atas segala rezeki yang telah dikurniakan kepada saya melalui pengiktirafan serta kejayaan yang diperoleh melalui Suhan Movies, namun belum tiba masanya untuk saya memiliki kereta tersebut.

"Bagaimanapun, ingin saya tegaskan di sini bahawa segala kejayaan yang saya peroleh melalui syarikat penerbitan itu adalah hasil daripada kerjasama pelbagai pihak termasuk para pelakon dan pengarah yang telah banyak memberikan sumbangan serta idea dalam usaha kami menerbitkan drama-drama tempatan," katanya.
Ranking: 5

{ 4 ong gedek gedek... read them below or add one }

Unknown said...

oic..keta pinjam rupanya....


17 February 2013 at 13:05
Unknown said...

dia mampu kalau dia nak...


17 February 2013 at 13:06
Anonymous said...

jangan buruk sangka sesama manusia itu ada penyakit rohani ubat nya banyak sholat, bertaubat dan jangan banding kan yang lebih ada lebih dari kita dalam bab kebendaan dunia. Yang bawa mati sedekah,ilmu yang bermuaafaat dan anak yang sholeh.


18 February 2013 at 01:26
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved