Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

VISHWAROOPAM DIHARAMKAN DI MALAYSIA

on 6 February 2013

VISHWAROOPAM DIHARAMKAN DI MALAYSIA

Filem kontroversi bertajuk Vishwaroopam lakonan bintang filem Tamil, Kamal Hassan yang terpaksa diharamkan di negara ini dan perlu melalui proses tapisan sekurang-kurangnya tujuh adegan jika ingin ditayangkan di Malaysia.

Perkara ini didedahkan dalam sidang media yang diadakan oleh wakil dari lapan pertubuhan India Muslim dan pengedar filem tersebut di Malaysia iaitu Lotus Five Star AV.

Sidang media yang diketuai oleh bekas naib presiden MIC, Datuk S. Veerasingam, dipanggil bagi menjelaskan beberapa isu berkaitan filem tersebut termasuk mengapa ia diharamkan daripada ditayang di negara ini buat masa sekarang.

Vishwaroopam mula ditayangkan di pawagam pada 24 Januari lalu tetapi sehari selepas itu terpaksa ditarik balik apabila beberapa kumpulan India-Muslim memprotes dengan mendakwa terdapat beberapa adegan yang boleh ditafsirkan sebagai menghina agama Islam.

“Pada awalnya sudah terdapat sembilan adegan yang ditapis oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia sebelum filem ini diluluskan untuk tayangan umum tetapi kini kita telah bersetuju untuk mengedit tujuh adegan lagi yang akan ‘disenyapkan’ ,” ujar beliau.

Di Tamil Nadu, penayangan filem ini terpaksa ditunda selama 15 hari bagi membolehkan penyelesaian kompromi dapat dicapai di antara penerbit dan pihak-pihak yang memprotes.
Ranking: 5

{ 1 ong gedek gedek... read them below or add one }

Unknown said...

elok tak payah tayang terus.....


7 February 2013 at 14:31
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved