Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Zack New Boyz Bakal Berdepan Hukuman Mati Kerana Edar Ganja

on 10 June 2012


Jika bersalah. Ura ura mengatakan Zack New Boyz menjalani hidup serba mewah hasil menjual ganja mula mendapat perhatian awal tahun 2010 yang lalu.

Laporan terbaru oleh Harian Metro hari ini mengesahkan yang Zack New Boyz telah didakwa di Mahkamah Tinggi Shah Alam atas tuduhan mengedar 1.321 kilogram (kg) ganja di sebuah kondominium di Damansara dua tahun lalu dan bakal berdepan hukuman mati.

Zack New Boyz atau nama sebenar beliau Radin Irwan Dzul Karnain Isagani berusia 32 tahun didakwa melakukan kesalahan itu pada 26 Januari 2010 yang lalu sekitar jam 9.20 malam dan didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Bapa kepada dua anak ini ditahan reman sejak ditangkap pada tarikh yang didakwa dan Hakim Datuk Akhtar Tahir menetapkan kes dibicarakan selama lima hari mulai 24 September 2012.

SUMBER
Ranking: 5

{ 5 ong gedek gedek... read them below or add one }

Aimacomel said...

byk tu 1.3kg.. ish,ish.. dadah pemusnah masa depan


10 June 2012 at 16:35
Unknown said...

rezeki yg hala ni banyak dek non...


10 June 2012 at 19:58
yusuflaili(Goku) said...

salam;
kenapalah ko pilih jalan tu..tak kesiankah kat bini dan anak2!!.


11 June 2012 at 10:54
Unknown said...

muka hensem pun tarak guna.......!
ketali gantung juga akhirnya.....


11 June 2012 at 16:10
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved