Satu video yang dimuat naik ke laman You Tube berjudul ‘Sumpahan jadi batu di mamah tanah PALOH ?’ semakin menjadi bualan di kalangan pengunjung laman tersebut.
Video berkenaan menceritakan tentang kononnya seorang wanita yang telah curang terhadap suaminya disumpah menjadi batu di dalam sebuah ladang kelapa sawit di Paloh, Johor.
Wanita itu dikatakan telah ‘ditukarkan’ menjadi batu ketika sedang asyik memadu asmara bersama teman lelakinya.
Persoalan yang semakin menjadi tanda tanya kepada umum ialah, benarkah kejadian sumpahan itu sememangnya berlaku?
Mengapa hanya wanita itu sahaja yang disumpah, bagaimana dengan pasangannya?
Melihatkan isi video tersebut, batu itu memang melihatkan bentuk badan seorang wanita yang sedang berbogel, lengkap dengan rambut yang panjang.
Mendengarkan penceritaan dari lelaki yang menjadi ‘voice over’ dalam video itu seperti kurang jelas tentang maklumat yang ingin disampaikan.
Boleh sahaja cerita itu diada-adakan atau batu itu hanyalah ukiran semata-mata. Apa-apa pun, kebenaran tentang ‘misteri’ sumpahan batu itu hanya penduduk di sekitar kawasan itu sahaja yang tahu.
Selebihnya, kita jangan mudah untuk membuat cerita tanpa sebarang usul periksa terlebih dahulu. Wallahualam.
SUMBER
{ 5 ong gedek gedek... read them below or add one }
salam;
Wartawan tu pun tak mengenali diri dengan lengkap dan cara ia berceritapun tak seperti seorang wartawan profesional..
14 June 2012 at 12:03
susah nak percaya.....
nape takde coverage by other press....or paper ?
14 June 2012 at 16:02
ye ke dak ni...
14 June 2012 at 17:26
ukiran daripada tanah tu...jgn terpedaya
18 June 2012 at 15:10
bg saya kalau betul pun takpa sebab skrg ni zina dh bermaharajalela semoga perkara ni jd pedoman kpd umat Islam
18 June 2012 at 23:45
Post a Comment