Selebriti yang ditaja orang kenamaan atau VIP bukan satu perkara baru dalam industri hiburan. Namun siapa yang mahu mengaku yang hidupnya bergantung atas orang lain.
Seorang selebriti wanita baru baru ini hebat dikaitkan dengan seorang VIP tetapi kedua dua pihak menafikan mereka pernah berhubungan apatah lagi menjalani kehidupan terlarang.
Salah seorang pekerja di butik pakaian mewah berjenama V datang bercerita tentang perihal selebriti ini yang tidak pernah teragak melaburkan wang untuk fesyen.
Dua hari sebelum berlangsungnya majlis anugerah di Genting Highlands tempoh hari, pekerja butik ini menerima arahan untuk menutup operasi selama beberapa jam untuk kunjungan VIP.
Agak terkejut pekerja butik ini bersama pengurusnya apabila selebriti ini yang melangkah masuk dengan beberapa orang pengawal peribadi ke butik mewah di tengah-tengah Kuala Lumpur itu.
Selebriti itu dikhabarkan meninggalkan butik dengan sehelai persalinan pilihan berharga RM28,000 yang di’bayar dengan tunai, dibawa oleh salah seorang pengawal beliau.
SUMBER
{ 1 ong gedek gedek... read them below or add one }
inilah untuknya jadi artis terkenal...kalau ada antara kita nak jadi artis untuk niat seperti ini baguslah!!.
7 June 2012 at 12:37
Post a Comment