Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Orangnya Cantik, Jantinanya Pelik!

on 1 April 2012

Cuba lihat gambar model Jepun ini. Memiliki rupa paras yang amat menarik dan membuatkan ramai wanita yang cemburu dengan dirinya.


Nama model ini adalah Kayo Satoh. Kayo dilahirkan pada 26 Disember 1988 di kawasan Aichi. Dikenali dengan nama Kayo Police dan merupakan seorang pemain permainan video Street Fighter yang disegani di Jepun. Sekarang anda harus juga tahu bahawa Kayo Satoh sebenarnya seorang lelaki.

Mengikut model itu, dia telah berpindah dari kampung halamannya untuk mengelak dirinya daripada dikenali orang. Dia kemudian memilih untuk hidup sebagai wanita dan menggunakan nama baru.

Kayo mendakwa dia tidak pernah melakukan sebarang pembedahan plastik dan mendakwa kecantikan dirinya adalah asli. Bagaimanapun mengakui menyuntik hormon ke dalam tubuhnya sejak berumur 15 tahun. Jika benar, maka make up pastinya memainkan peranan yang amat penting dalam mengubah wajah lelaki ini.

Pengakuan mengenai dirinya seorang lelaki dibuat tahun lalu dalam program televisyen Majotachi no 22ji. Ia dibuat selepas khabar angin mengenai jantina sebenarnya tersebar di internet.

 

lagi kisah tukar jantina, klik sini
Ranking: 5

{ 4 ong gedek gedek... read them below or add one }

dear yayah said...

muka cm pmpuan asli je.. cntik..


1 April 2012 at 00:21
Zaid said...

la lelaki ke rupanya.. mati2 ingat perempuan.. ermmm dunia2...


1 April 2012 at 00:26
aswadz said...

dunia2. ekeke...


2 April 2012 at 11:22
Iaruz said...

kenapa lelaki ni kalau tukar kulit lebiggh cantik dari pompuan????jelesnye........


3 April 2012 at 17:09
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved