Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Islam Akan Menang Jika Jemaah Solat Subuh Seramai Solat Jumaat

on 24 April 2012

Jika melihat kepada kekuatan yang ada pada Israel dan sokongan kukuh Amerika, hampir mustahil umat Islam mampu menewaskan mereka seperti yang pernah dilakukan Sultan Salahuddin al-Ayubi dulu. Akan tetapi, Yahudi boleh dikalahkan jika umat Islam seluruh dunia mampu keluar solat Subuh berjemaah sama seperti mereka keluar solat Jumaat yang seminggu sekali itu.

Seperti mana kita semua tahu, solat subuh adalah solat yang paling sukar untuk ditunaikan kerana waktu subuh yang masih gelap dan dingin membuatkan ramai yang sedang enak tidur menjadi liat untuk bangun. Jika solat subuh yang paling sulit itu dapat ditunaikan secara berjemaah sama seperti solat jumaat, pasti solat yang lainnya akan mudah ditunaikan. Maka dengan sendirinya martabat iman masing-masing akan meningkat dan Allah akan tanamkan kecenderungan masing-masing untuk melakukan ibadat dan kebaikan yang lain.

Yahudi tahu senjata besar umat Islam ialah iman dan jihad. Senjata itu ada pada sebilangan kecil umat Islam sekali pun bilangan umat Islam dunia melebihi satu bilion orang. Yang ramai itu adalah seperti buih di permukaan laut, seperti yang baginda s.a.w. pernah sebutkan. Apabila iman itu menjadi sifat yang dimiliki oleh umat seluruhnya, maka Yahudi tahu mereka tidak boleh bermaharajalela lagi. Sebab itu Yahudi melakukan pelbagai cara supaya umat Islam leka dan meninggalkan solat 5 waktu.

Memang tiada nas yang jelas bahawa Israel akan hancur jika solat Subuh berjemaah sama seperti solat Jumaat. Ia bukan satu keyakinan seperti menunggu turunnya Imam Mahadi. Tetapi ia adalah satu semangat dan kepercayaan, Islam dapat dibangunkan bermula dengan menjadikan solat Subuh berjemaah sama seperti solat Jumaat.


ingin tips cara bangun dari tidur untuk menunaikan solat Subuh, klik sini
SUMBER
Ranking: 5

{ 1 ong gedek gedek... read them below or add one }

zhazmi said...

Bila dah solat subuh berjemaah tu, maknanya umat islam dah bangun & mulakan aktiviti harian. Sebab tu la boleh berjaya.


24 April 2012 at 01:11
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved