Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

(Gambar) Majlis Pernikahan Natasha Hudson & Carleed Khaza 15 April 2012

on 15 April 2012

Majlis pernikahan pelakon dan penyanyi Natasha Hudson, 29 bersama Khalid Kamal @ Carleed, 33 telah berlangsung pada 15 April di Masjid Wilayah, Jalan Duta sekitar jam 11 pagi tadi.

Dengan sekali lafaz, Natasha Hudson sah bergelar isteri kepada penyanyi hip hop dan komposer juga seorang ahli perniagaan Khalid Kamal atau Carleed Khaza.


Pasangan ini dinikahkan oleh jurunikah, Shahirman Ahmad, berwalikan hakim dengan mas kahwin sebanyak RM80 dan tiada wang hantaran diterima. Natasha yang menggayakan persalinan rona coklat keemasan rekaan Shahida Shariff.

Majlis pernikahan itu turut disaksikan oleh kedua-dua ibubapa Carleed, Kamal Al-Bakri dan Aisha Abdul Manaf serta ibu Natasha, Ratna Hussin. Selain itu, seramai 700 tetamu yang hadir termasuklah keluarga, saudara mara serta teman-teman rapat kedua-dua belah pihak .

 

Natasha yang anggun mengenakan busana krim menerima lima dulang hantaran dari pihak lelaki berupa sireh junjung, al-Quran, kain persalinan, wangian, cincin dan mas kahwin. Manakala Carleed menerima tujuh dulang berupa sireh junjung, sepersalinan pakaian, sejadah, kek, wangian, al-Quran digital dan cincin.

Pelakon popular itu baru pulang daripada mengerjakan umrah pada 21 Mac lalu selama hampir dua minggu. Sekembalinya ke tanah air pada 4 April, pelakon drama bersiri Pulau itu mengumumkan tarikh perkahwinannya.

 

SUMBER
Ranking: 5

{ 1 ong gedek gedek... read them below or add one }

Unknown said...

tu jantan yg pengacara showdown tu kan ???? adik hunny madu


17 April 2012 at 00:31
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved