Belum pun reda kisah Akim cemburukan Stacy bersama Morgan Smash, pelantun lagu Kasanova itu diheret pula dengan cerita baru yang berkait rapat dengan anak angkatnya bernama Bella Valentina.
Desas-desus mengatakan, Bella yang berusia tiga bulan itu adalah tanda cinta Stacy bersama dengan Akim. Benarkah begitu?
Bagaimanapun, ratu tari itu tidak pula melatahsebaliknya merasa pelik kerana semakin hampir dia beraksi ke kemuncak Mania, dia sering saja dikaitkan dengan pelbagai gosip.
"Aduhai. Macam-macam cerita yang saya dengar. Bella tu masih milik kami sekeluarga. Tiada kena mengena langsung dengan Akim.
"Apa salahnya Akim sayang dan mesra pada Bella. Sesiapa saja boleh bermesra dengan Bella. Terus-terang, saya langsung tiada terlintas untuk berkahwin dalam masa terdekat ini.
"Apatah lagi berkahwin dengan Akim. Kami hanya kawan rapat dan saya masih lagi belum berpunya," katanya.
Dalam pada itu, Stacy turut dituduh mempunyai panggilan istimewa dengan Akim dan Bella iaitu dengan panggilan Ying Ying.
"Tiadalah. Kami satu keluarga memang menggunakan perkataan Ying. Sebabnya mak dan abah dulu selalu panggil Ling yang berasal dari perkataan Darling. Lama-lama ia menjadi Ying.
"Ia sekadar ikutan saja dan panggilan berkenaan hanya untuk manja-manja saja. Tidak lebih dari itu. Bella pun saya panggil dia dengan Ying. Mak dan abah pun panggil dengan menggunakan nama yang sama iaitu Bella Ying Ying," jelasnya.
SUMBER
{ 2 ong gedek gedek... read them below or add one }
macam2 cerita kuar... padahal...takda makna apa2 pun....
20 May 2012 at 15:11
gosip liar semata2.. haha
20 May 2012 at 17:53
Post a Comment