Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Seram!!! Baru Berumur 28 Tahun Tapi Wajah Sudah Seperti Nenek 70 Tahun

on 17 May 2012

Seorang wanita muda Vietnam, Nguyen Thi Ngoc Mai yang kelihatan seperti berumur 70 tahun walaupun usianya baru 28 tahun kini menjalani rawatan perubatan di Taiwan, kata beberapa doktor. Mai mula menghidap sindrom Werner yang menyebabkan dia kelihatan tua sejak berumur 10 tahun. Dia sebelum ini tidak mampu menjalani rawatan kerana mengalami masalah kewangan.

Menurut beberapa doktor di Hospital Universiti Perubatan China, dia sukar berjalan dan mengalami masalah kesihatan sebelum datang ke Taiwan pada April lalu. Mai menjalani pembedahan plastik dan beberapa pembedahan lain bagi mempermudakan penampilannya.

Doktor-doktor menyatakan, dia merupakan pesakit pertama sindrom tersebut di negara ini. Wanita itu akan mengambil ubat-ubatan dan mengelak diri daripada terkena cahaya matahari. "Saya seperti dilahirkan semula dan terdapat harapan dalam kehidupan saya," katanya menerusi jurubahasa di sini.

Semasa dia bergambar dengan adik lelakinya dan doktor pembedahan plastik, Hung-Chi Chen di sini semalam, wajahnya kelihatan semakin muda selepas dia menjalani rawatan. Kat bawah ni gambar dia selepas pembedahan.

 

SUMBER
Ranking: 5

{ 3 ong gedek gedek... read them below or add one }

Unknown said...

nampak ler perubahan tu.......
walaupun kesan plastic surgery tu ketara.....


18 May 2012 at 00:02
✿INA AINAA✿ said...

Takutnyewwww...macam2 penyakit skrg ni..hurmmmmm


18 May 2012 at 00:23
yusuflaili(Goku) said...

semuanya kerana kekuasaan Allah yang Maha Esa.


18 May 2012 at 10:16
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved