Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Senarai Makhluk Yang Sangat Menakutkan

on 4 May 2012

Ada antara gambar gambar di bawah tidak sesuai untuk dilihat pada waktu malam (bagi mereka yang lemah semangat dan takut). Juga TIDAK SESUAI BAGI PEREMPUAN YANG MENGANDUNG!!!

Dover Demon


Percaya atau tidak, makluk ini pernah dua kali dilihat di bandar Dover, Massachusetts, antara 20hb april dan 22hb april 1977.Tidak dapat di pastikan sama ada ianya "makhluk","setan" atau "makhluk asing". Menurut sumber, makluk ini belum pernah ada kes yang melibatkan pembunuhan manusia.

Jersey Devil


Anda boleh agak dari mana makhluk jenis ini berasal hanya dengan melihat namanya sahaja. Menurut sumber, makluk ini dijumpai secara tidak sengaja pada awal 1800an. Makhluk jenis ini dikatakan boleh terbang, mempunyai sayap belakang seperti kelawar, kepala mirip kuda dan mempunyai kuku. Makhluk jenis ini dilaporkan telah banyak membunuh haiwan ternakan seperti kambing dan lembu.

OwlMan


Laporan awal penemuan "owlman" adalah pada 1976. Makluk tersebut dilihat terbang ke Gereja Mawnan pada awal 1976-1978. Owlman hanya dilaporkan dilihat terbang disekitar gereja sahaja. Kelihatan seperti burung hantu, saiz seorang lelaki dewasa, mempunyai telinga dan bermata merah.

Canvey Island Monster


Gambar di atas adalah bangkai makhluk yang dilihat di pantai canvey island di England. Cerita ini bermula sejak tahun 1954. Bangkai lain di temui sekitar 1955. Panjang Makhluk ini adalah 76cm, kulit perang kemerahan dan mata membonjol. Makhluk ini dikatakan mempunyai kaki berbentuk kasut kuda dengan lima jari dan tidak mempunyai tangan. Makhluk ini tidak berbahaya kepada manusia.

Goatman


Makhluk ini mempunyai ciri ciri manusia dan kambing. Ianya bertanduk seperti kambing. Pemerhatian awal makhluk ini dilihat pada awal 1957 di kawasan forestville dan upper marlboro di daerah Prince George. Ianya juga dilihat sekitar tahun 1962.Menurut sumber, makhluk jenis ini akan memotong mangsa dengan kapak besar. Bunyi yang dikeluarkan ketika makhluk ini memotong mangsanya dengan kapak juga menyeramkan. Kalau menurut sumber lain pula, di kalimantan Barat, makhluk ini di panggil "Hantu Kambe".

ingin baca lagi hantu orang Meelayu pulak, klik sini
SUMBER
Ranking: 5

{ 3 ong gedek gedek... read them below or add one }

Unknown said...

wah... bermacam2 makhluk yg pelik2 nie ye....
kalau kat malaysia..nak tgk hantu senang... pi jer kat pawagam.... tiap2 bulan ada.....he3
kalau tgh mlm.... pi jer mana2 jln kat bandar2...ade jer hantu rempit..


4 May 2012 at 14:43
yusuflaili(Goku) said...

Betul2..kalau nak lihat hantu kat malaysia sila masuk pawagam.


4 May 2012 at 15:05
beckhrooy said...

betul kata@remyhazza tu, kat Malaysia pergi pawagam,tgk tv hari2 ada hantu


4 May 2012 at 17:19
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved