Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Pembaharuan Astro Dalam Imam Muda 3

on 24 May 2012


Majlis pelancaran Imam Muda musim ke-3 di Hotel Crowne Plaza semalam yang dirasmikan oleh Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri telah memperkenalkan 10 Imam Muda baru dan Ustaz Akhil Hayy sebagai pengacara.

Terdapat pelbagai pembaharuan akan dipaparkan oleh pihak Astro untuk program Imam Muda musim ke-3 ini. Jika sebelum ini uji bakat hanya dijalankan secara konvensional, tetapi bagi siri ini, Astro juga menjalankan uji bakat secara online dan telah menarik ramai pelajar Malaysia di luar negara menyertai uji bakat. Tiga peserta telah terpilih antara 10 yang terbaik melalui kaedah online ini.

Tema Imam Muda kali ini ialah ‘Perhubungan Keluarga’. Menurut Tuan Haji Izelan Basar, tema ini dipilih kerana melihat kepada permasalahan masyarakat dan remaja khususnya pada hari ini adalah berpunca daripada institusi keluarga yang goyah. Jadi, ia memberi cabaran yang besar kepada produksi siri Imam Muda secara keseluruhannya dan peserta-peserta Imam Muda sendiri.

Menariknya pada musim kali ini, Imam Muda Asyraf dan Imam Muda Hizbur – Juara dan Naib Juara musim pertama telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi Mursyid (Guru) bergandingan bersama Dato’ Hassan Mahmud Al-Hafiz selaku Mudir (Pengetua).

Kelainan lainnya Imam Muda musim ke-3 akan dijalankan secara ‘Mentor-Mentee’ dimana, 10 orang Imam Muda musim lalu akan menjadi Naqib (Pembimbing) kepada 10 Imam Muda musim baru. Di majlis pelancaran ini, mentor telah memilih anak didik masing-masing melalui undian.

Berikut adalah senarai Mentor dan Mentee :

1. IM Aran – IM Naufal
2. IM Miril – IM Hafiz
3. IM Amar – IM Adan
4. IM Fatah – IM Nasir
5. IM Najdi – IM Naim
6. IM Nazrul – IM Megat
7. IM Fakhrul – IM Jabbar
8. IM Nuri – IM Arrazi
9. IM Azhar – IM Omar
10. IM Adib – IM Faris

Selain itu, pada musim baru ini akan terdapat pendekatan aplikasi media baru melalui telefon bimbit untuk menarik dan mendekati penonton dengan para Imam Muda, Mursyid dan Mudir dengan lebih mudah.

Pada majlis pelancaran juga, Bank Islam yang merupakan penaja utama Imam Muda telah berbesar hati untuk memberi RM25 000 sebagai tambahan kepada RM150 000 wang tunai yang ditawarkan bagi keseluruhan program ini.

SUMBER
Ranking: 5

{ 1 ong gedek gedek... read them below or add one }

Unknown said...

bertuah sapa yg jadi imam muda tahun nie.... harap2 bukanlah ganjaran yg diharapkan... tapi ilmu yg dipelajari......


24 May 2012 at 23:45
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved