Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

(Gambar) Penjara Paling Mewah Di Dunia

on 15 February 2012

Salam sejahtera... Penjara Halden di Norway dianggap penjara paling mewah di dunia kerana ia dilengkapi bilik air dan tingkap tanpa jeriji besi serta mempunyai lukisan bernilai AS$1.4 juta (RM4.4 juta).

Pembinaan penjara bernilai AS$ 22.2 juta (RM71.1 juta) itu mengambil masa 10 tahun untuk dibina dan digambarkan sebagai penjara paling berperikemanusiaan di dunia untuk 252 penghuninya. Arkitek penjara itu, Hans Henrik Hoilund mengakui penjara itu turut dihuni oleh banduan yang paling berbahaya di Norway.

Menurut beberapa pegawai penjara itu, setiap penghuni disediakan sebuah bilik persendirian lengkap dengan peti sejuk mini, televisyen skrin rata, sebuah bilik air mewah dan tingkap tanpa jeriji besi. Penjara itu mengandungi trek joging di kawasan hutan berdekatan dan sebuah rumah dua bilik tidur yang disediakan untuk banduan melayan keluarga yang melawat mereka..


p/s: penjara ini serupa dengan hotel lima bintang. hebat!

Gambar Pelajar Perempuan (Awek) Pecah Kepala

Assalamualaikum... Seorang pelajar perempuan sekolah menengah bersama neneknya telah dilanggar dengan teruk oleh lori mengikut sumber tempat kejadian adalah di Batu Pahat, Johor. Perkara ini terjadi mungkin disebabkan kelalaian lori ataupun pihak mangsa. Kita haruslah berhati-hati di jalan raya, bak kata pepatah malang tidak berbau. Apabila ajal sudah sampai, maka tidak akan terlewat walau sesaat pun kita dapat mengelaknya.


p/s:sangat ngeri gambar di atas. hoho

Gambar Awan Nano (Seram) di Langit

on 14 February 2012

Assalamualaikum... Apa itu awan? Awan ialah gumpalan wap air yang terapung di atmosfera. Ia kelihatan seperti asap berwarna putih atau kelabu di langit. Pelbagai bentuk yang aneh boleh dihasilkan oleh awan. Jom kita lihat antara awan-awan yang seram dan aneh pernah dijumpai. Jom lihat gambar pelik ni!


AWAN NANO PALING HEBAT
p/s: sungguh hebat ciptaan-Nya

(Mangastream) Selamat tinggal NARUTO, BLEACH & ONE PIECE

Salam sejahtera... miera ada satu berita yang kurang menyenangkan bagi peminat manga (komik dari Jepun). Satu laman web yang terkenal dengan manga Naruto, Bleach, One Piece, Hunter x Hunter, Katekyo Hitman Reborn, Claymore dan D.Gray-man (kebanyakan dari JUMP) telah diberhentikan serta merta atas kerana permintaan daripada Viz Media, sebuah syarikat yang memegang lesen terhadap manga yang disebutkan di atas. Susulan dari kenyataan Viz Media itu, Mangastream terpaksa mengeluarkan semua manga di bawah perlesenan Viz Media.


p/s : rasa-rasanya banyak lagi kan alternatif lain. korang kena bodek sikit pakcik google tu. ehehe

Budak 3 tahun IQ Setaraf Dengan Bill Gates

Salam sejahtera... Mungkin ini fenomena biasa di abad ini tetapi kadangkala tidak terjangkau difikiran kita bahawa kanak-kanak yang baru berusia 3 tahun sudah memiliki tahap IQ yang luar biasa. Cerita terbaru berlaku kepada seorang kanak-kanak berusia 3 tahun Karina Oakley, yang memiliki kebijaksanaan luar biasa dengan tahap IQ 160. Bahkan, tahap IQ kanak-kanak ini dikatakan setanding dengan seorang saintis cacat saraf terkenal, Stephen Hawking dan jutawan firma gergasi komputer dunia Microsoft, Bill Gates.

Menyedari kebolehan itu, ibu Karina, Charlotte Fraser mengambil keputusan membawanya berjumpa pakar psikologi pendidikan, Prof. Joan Freeman untuk diuji tahap IQ selepas menonton rancangan televisyen mengenai budak genius.

"Karina nyata seorang yang bijak dan mampu bercakap dengan baik selain cepat memahami apa yang diajarkan," jelas Freeman. Katrina juga mengambil ujian IQ selama 45 minit.

Dia diarah menghabiskan cabaran dalam bentuk ingatan dan kebolehan lisan mengendalikan pensil, nombor serta bentuk. Karina nyata ada kebolehan dengan perkataan imaginasi yang tinggi selain penyayang, bertanggungjawab serta peramah.


p/s: kalau di Malaysia, kita ada Adiputra yang terlalu genius dalam matematik.

Gambar Bogel Jennifer Lopez Duta 'Glowing'

Salam sejahtera... cerita panas terbaru dari Hollywood melaporkan bahawa Jennifer Lopez ataupun JLo telah bergambar bogel untuk iklan terbaru minyak wangi jenama ‘Glowing’!

JLo yang juga salah seorang juri American Idol ini dengan beraninya berbogel tanpa seurat benang pun namun tangan dan kakinya menutup bahagian tertentu. Gambar ini telah mencetuskan provokasi di kalangan peminatnya namun ia tidak diendahkan oleh Jennifer Lopez. Di kala usia sudah mencecah 42 tahun, pasti ramai yang cemburu melihat kecantikan bentuk tubuh JLo kan???
p/s: tak reti malu betul...

(Gambar) Harga Roadtax Buggati Veyron Di Malaysia

on 13 February 2012

Salam sejatera... kepada peminat kereta sukan (sport car) pastinya kenal dengan nama Bugatti Veyron yang sememangnya mempunyai kelas tersendiri. dengan kualitinya yang sememangnya sangat mengagumkan, tidak hairanlah harganya pun mencecah jutaan ringgit dan ada seorang kawan miera kata, harga Bugatti Veyron ini mencecah sehingga RM12 juta.

Dan di Malaysia,dilaporkan hanya ada 3 buah Buggati Veyron iaitu yang pertama milik Sultan Johor, kedua (gambar) milik Mukhzani Mahathir (anak sulung Tun Dr Mahathir) dan yang ketiga milik seorang perempuan di Kelantan? agak-agak siapa perempuan ni? huhu


Tahukah anda berapa jumlah harga roadtax sebuah kereta ini di Malaysia?
Ia berjumlah RM24,598.50 setahun dan itu belum termasuk insuran kereta lagi. tak termampu miera nak mahu membayarnya. kerja pun terumbang-ambing lagi. hoho


p/s: mampu tengok jela kereta-kereta macam ini. hoho

(Gambar) Birthday Party Neelofa yang ke 23

Salam sejahtera... Pada malam 11 Februari 2012 lepas, satu majlis sambutan ulang tahun kelahiran (birthday party) Neelofa yang ke 23 telah diadakan di Bora Asmara, Jalan Penchala. Ramai yang hadir ke majlis tersebut, termasuk keluarga Neleofa, rakan-rakan, selebriti dan para peminat Neelofa yang dipanggil Lofers yang turut menganjurkan majlis ini. Antara selebriti yang hadir ialah Awal Ashaari (pengacara majlis), Ana Raffali, Zain Saidin dan Iqram Dinzly.
 

p/s: birthday party miera tak pernah semeriah ini. hoho

(Gambar Dan Video) Gempar! 43 Sejadah Berdiri Di Maran, Pahang

Salam sejahtera... Lebih 43 helai sejadah berdiri tegak seolah-olah sedang bersolat di dalam sebuah surau lama. Kejadian aneh tanda kebesaran Illahi tersebut menggemparkan penduduk setempat itu, disaksikan sendiri pelajar Maahad Tarbiah Darul Hijrah Al-Islam, Maran, Pahang.
43 sejadah berdiri ini yang diletakkan di dalam surau lama maahad berkenaan menghadap kiblat dan berada dalam kedudukan solat seperti berdiri tegak, duduk di antara dua sujud dan sujud. Kesemuanya kekal berada dalam keadaan demikian sehingga pagi tadi. Kejadian aneh ini turut menarik perhatian orang ramai yang tidak putus-putus mengunjungi surau berkenaan sejak pagi tadi.


Beberapa pendakwah bebas yang ditemui menyifatkan kejadian ini sebagai tanda kebesaran Allah swt supaya umat Islam kembali kepada ajaran-agama Islam yang suci.

p/s: hanya Allah yang Maha mengetahui. nak percaya pun payah, tak nak percaya pun payah...

Cincin Tersekat Di Kemaluan Lelaki

Salam sejahtera... Seorang lelaki di China terpaksa mendapatkan rawatan di hospital apabila cincin miliknya tersekat di kemaluannya (penis). Lelaki cina itu dirujuk ke hospital dalam keadaan dua cincin emas miliknya tersangkut pada zakar.

Keadaan itu berpunca daripada kebimbangan lelaki itu kerana takut dua cincin emas miliknya dicuri dalam perjalanan pulang dari sambutan Tahun Baru Cina. Dia cuba menyembunyikan cincin di jarinya dengan menyarungkannya pada zakar kerana merasa ia adalah tempat simpanan paling selamat.

Ketika dia sampai di Changde wilayah di Hunan, dia cuba untuk membuka cincin itu dari zakarnya tetapi gagal. Dia kemudian meminta bantuan daripada orang ramai, yang kemudiannya memanggil bomba. Anggota bomba kemudian merujuk lelaki itu ke hospital di mana doktor berjaya mengeluarkan cincin itu dari zakarnya dengan memotong cincin itu menggunakan plier sejam kemudian.

p/s: adakah beliau akan mandul??? ahaha

(Gambar) Kondom Mewah ‘Louis Vuitton’ (LV) Harga RM200 Sekeping

on 12 February 2012

Salam sejahtera... Louis Vuitton merupakan jenama pakaian dan aksesori mewah yang menjadi kegilaan ramai terutama golongan kaya dan terkemuka. Antara barangannya yang terkenal adalah beg kulitnya.

Baru-baru ini seorang arkitek dari Georgia, Irakli Kiziria telah mereka bentuk kondom yang menggunakan jenama mewah itu. Ia dijual dengan harga kira-kira RM200 sekeping. Seluruh lapisan kondom berwarna coklat itu mempunyai logo LV, ia juga dibungkus dengan plastik jenama yang sama.

Tetapi pada mereka yang mempunyai keinginan untuk mendapatkan kondom itu, maaf, ia tidak dijual di mana-mana butik LV. Malah, sebenarnya, ia tiada kaitan pun dengan syarikat tersebut. Cuma Kiziria mencipta kondom jenama itu semata-mata untuk mendapatkan dana bagi disalurkan kepada Yayasan Penyelidikan AIDS (amfAR).

Difahamkan, sejak berada di pasaran, permintaan terhadap kondom mewah itu mencanak-canak grafnya!


p/s: kalau buat hantaran kawen ni, mesty stylo kan. ahaha

(Video Parodi) Pekerja KFC Tidak Pukul Pelanggan!!!

Salam sejahtera... miera ada satu video parodi mengenai kes pergaduhan yang membabitkan pelanggan dan pekerja Kentucky Fried Chicken (KFC) di I-city baru-baru ini. video parodi ini dirakam oleh Andrew Boey dan telah dimuat naik di laman Facebook pada 10 Februari yang lalu. di dalam video ini, beliau sendiri telah pergi ke KFC untuk membeli hidangan disana dan didapati beliau dapat pulang ke rumah dengan  selamat. (tidak dipukul pun). pekerja KFC yang bertugas ketika itu pun telah melayan beliau dengan mesra sekali.


Siapa kata jika anda pergi ke KFC, anda akan dipukul oleh pekerja KFC tanpa sebab? Jika anda datang dengan cara yang baik,kedatangan anda sememangnya dialu-alukan. abaikan Kes Pekerja KFC yang kurang ajar itu kerana kejadian terbabit bukannya berlaku disemua tempat. jika kita mengamalkan sikap toleransi dan saling memahami, segala urusniaga yang kita jalankan akan berjalan dengan lancar.


p/s: miera selalu makan kfc semasa dating. ehehe

Akibat putus tunang wanita seksi ini tiduri 200 lelaki rakan internetnya

on 11 February 2012

Salam sejahtera... Kebanyakan wanita melayari Internet untuk mencari pakaian, kasut atau tawaran diskaun namun seorang pengurus kelab malam, Louise Grant, 25, menggunakannya untuk mencari teman tidur.

Grant berkata, sehingga kini dia sudah meniduri 200 lelaki yang ditemui di Internet atau secara purata seorang lelaki setiap lima hari. Katanya, pada satu ketika dia pernah melakukan hubungan seks dengan tiga lelaki dalam hari yang sama.

Gadis yang berasal dari Manchester tersebut mula menggunakan Internet untuk seks selepas putus tunang dengan kekasihnya tiga tahun lalu. Dia yang berasa kesunyian kemudian menggunakan laman webFacebook dan hari berikutnya Grant keluar bersama lelaki pertama diikuti dengan hubungan seks.


p/s: masyaAllah... para pembaca kalau putus tunang atau putus cinta, jangan buat macam ini ya!

Najwa Latif Beli Perodua Myvi Cash

Selamat sejahtera... Penyanyi remaja berusia 17 tahun yang menggegarkan YouTube, Najwa Latif kerana klip video lagu nyanyiannya berjudul Cinta Muka Buku yang ditonton lebih dua juta penonton di Internet berjaya membeli sebuah kereta Perodua Myvi secara tunai (cash) baru-baru ini.

Untung badan muda muda begini sudah mampu membeli barangan berharga tinggi seperti kenderaan dengan tunai. Sekurang kurangnya beban hutang kepada bank tidak berlaku di usia muda.


p/s: nak tumpang boleh tak??? hihi

Zarina Anjoulie Ugut Aliff Aziz Di Twitter | GAMBAR MESRA ZARINA ANJOULIE DAN ALIFF AZIZ

on 10 February 2012

Salam sejahtera... Lewat malam tadi, Zarina Anjoulie melalui akaun Twitter rasmi beliau menulis sesuatu tentang Aliff Aziz yang sebenarnya kurang senang untuk anda semua baca. Zarina Anjoulie menulis yang Aliff Aziz telah menipu diri beliau dan meminta penyanyi kelahiran bumi Singapura itu untuk datang minta maaf atas kesilapan tersebut.

Tidak pasti apa penipuannya tetapi Zarina Anjoulie turut menulis yang beliau kini mempunyai cukup bukti untuk memberitahu media apa yang telah Aliff Aziz lakukan kepada beliau pada ‘malam tersebut’. nak tahu malam apa??? klik sini

Dan di bawah ini adalah gambar Zarina Anjoulie dan Aliff Aziz bermesra di dalam kereta. nampak intim kan mereka dulu tapi sekarang....


p/s: apabila hati sudah dilukai, beginilah jadinya....

Wanita Makan 5 Ekor Ayam Hidup Setiap Hari

Salam sejahtera... Daging ayam sudah diletakkan sebagai salah satu makanan ruji dalam piramid makanan kesihatan kepada manusia. Setiap hari, kita pasti akan menggunakan ayam sebagai menu utama dalam masakan kita tidak kira apa jenis lauk-pauk yang dihidangkan. Pun begitu, bayangkan apabila seorang wanita pelik sanggup makan ayam hidup-hidup sebagai makanan hariannya tanpa disembelih dan dicabut bulunya terlebih dahulu!

Miskaulah, 38, berasal dari Dusun Janganasem, Sidoarjo, Indonesia menghidap penyakit misteri dan aneh iaitu ketagih untuk makan ayam hidup-hidup tanpa disembelih. Malah, beliau juga didakwa mampu memakan ayam hidup sebanyak lima ekor setiap hari!

Dia dikatakan perlu untuk memakan ayam hidup sebagai memenuhi nafsu gila dan peliknya itu. Ini sememangnya benar-benar pelik memandangkan kita sebagai orang Islam, perlu menyembelih ayam terlebih dahulu dan membersihkan segala kekotoran yang ada sebelum dimasak.


p/s: ini manusia ke pontianak? ahaha

buku cerita kanak-kanak ada adegan sex

Salam sejahtera... sememangnya kanak-kanak dan buku komik tidak dapat dipisahkan sperti kata-kata arwah P Ramlee, bagai irama dan lagu. Tetapi, sebagai ibu bapa, kita perlu lebih berhati-hati dalam pemilihan buku komik sebelum memberi anak-anak membaca. ini kerana, terdapat juga buku komik yang menyelitkan adegan seks dan ianya tidak bagus untuk minda mereka.

klik untuk lebih jelas

p/s: tak senonoh betul penulis buku ini. adessss

Pertandingan Payudara Tercantik Di Thailand

on 9 February 2012

Salam sejahtera... Manusia ini betul-betul semakin hanyut. bayangkan di Thailand menganjurkan satu pertandingan untuk mencari satu payudara tercantik. bukan itu sahaja, malah payudara terbesar akan mendapat penghargaan oleh pihak juri.

Pemenang pertandingan ini akan menerima hadiah wang tunai sebanyak 10000 baht ataupun 3 juta. Disebabkan duit sebanyak itu, mereka sanggup menggadaikan payudara mereka untuk dipegang oleh pihak juri.

Kalau korang nak tahu semua peserta adalah daripada model yang mempunyai badan yang cantik dan unik. Yang tak tahannya mereka membiarkan sahaja para juri yang terdiri daripada lelaki dan perempuan meraba payudara mereka.


p/s: maaf, tiada gamabar yang mengghairahkan di sini... harap maaf

Selamba Awek Ni Kencing Dihadapan Orang Ramai

Salam sejahtera... Demi mempromosikan air kencing sebagai alternatif baja organik tanaman, awek ni sanggup melakukan aksi kencing sambil diperhatikan orang ramai. Orang ramai pula ramai yang mengambil gambar mahupun video aksi 18SX gadis tersebut. sungguh tak reti malu gadis itu. hoho

kencing yang dikumpulkan boleh dijual kepada pengusaha baja organik dengan harga 1 ribu Rupiah untuk 1 liter. Hasil daripada penggunaan baja organik air kencing yang telah diproses, hasil tanaman dikatakan lebih subur dan bersih.


p/s: macam ini punye orang pun ade jugak..ahaha

Gambar Artis Youtube Yang Baru Selepas Najwa Latiff

Salam sejahtera... Siapa Tasha Manshahar ni? inilah artis Youtube tanah air yang semakin popular pada masa sekarang dengan lagunya yang berjudul 'Be Mine'. Video Youtube yang berjudul ‘Be Mine‘ nyanyian Tasha Mashahar telah mencecah 40 ribu penonton hanya dalam masa empat hari sahaja.

Oklah, selamat maju jaya buat artis Youtube yang baru ini iaitu Tasha Manshahar dan tidak hanya nanti menjadi artis di Youtube saja malah akan menjadi real artis di luar sana juga dengan imej bertudung yang cukup sopan.


p/s: kalau artis blog, macam mana pulak ye. ehehe

Gambar Seks Mirip Anwar Ibrahim Di Majalah Porno Jepun

on 8 February 2012

Salam sejahtera... Sebuah majalah porno di Jepun, BUBKA dikatakan menyiarkan gambar ‘Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pasangan seksnya’ di dalam majalah mereka.

Kisah tersebut semakin mendapat perhatian apabila ia dipetik banyak laman blog sejak semalam.
Gambar-gambar tersebut dikatakan dipetik daripada rakaman video seks individu yang didakwa mirip ketua pembangkang itu.


p/s: sememangnya zaman sekarang sudah maju, apa yang berlaku di hujung dunia pun, kita boleh tahu.

Perempuan Hina Maki Hamun Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Assalamualaikum... hari ini miera ada satu cerita panas. Seorang perempuan yang sangat hina telah memaki hamun Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. bukan setakat itu sahaja, wanita yang tidak ada didikan agama ini juga telah menghina Sunnah Nabi kita yang suci. MasyaAllah...


p/s: ini bukan entri berbaur politik taw, miera hanya ingin berikan kesedaran kepada wanita ini bahawa ramai yang beragama Islam tidak suka penghinaan sebegini...

permintaan makanan terakhir banduan hukuman mati

Salam sejahtera... 'Barisan Banduan Hukuman Mati' dari dokumen James Reynolds adalah dokumen berkaitan dengan permintaan makanan terakhir para banduan yang bakal menjalani hukuman mati. Makanan yang diminta oleh mereka sangat sadis kerana mereka terlalu memikirkan apa yang ingin dimakan pada saat-saat akhir sebelum menjalani hukuman mati.

Antara pilihan makanan adalah aiskrim, sekotak rokok, seketul buah zaitun ataupun seketul donat. Mungkin kita semua berfikir mereka akan meminta dengan pelbagai hidangan yang luar biasa dan tidak masuk akal tetapi susah untuk kita berfikir bagaimana seketul donut mampu membuat mereka berasa gembira di saat-saat paling genting dalam hidup mereka.


p/s: insaf...

Gambar Ana Rafali Bertudung Semenjak Maulidur Rasul Yang Lalu

on 7 February 2012

Assalamualaikum... bayangkan betapa gembiranya hati bakal suami Ana Rafali apabila Ana mengambil keputusan untuk bertudung sepenuhnya semenjak Maulidur Rasul yang lalu. ini satu berita baik untuk Ana Rafali, keluarganya, bakal suami dan kesemua umat Islam. tahniah miera ucapkan kepada Ana Rafali atas penghijrahan ini.


p/s: miera harap Ana Rafali akan terus bertudung sampai bila-bila. jangan hangat-hangat tahi ayam saja.

Gadis cantik ini tidak pernah cuci make-up selama 2 tahun

Salam sejahtera... Apa yang terjadi ketika seseorang mengenakan make-upnya terus menerus selama 2 tahun? Gadis dari korea ini sempat hadir di acara televisyen hingga kemudian ditangani oleh doktor.


 Namanya, Bae-Dal-mi. Seorang gadis berusia 20 tahun berasal korea. "Saya ingin tampil sempurna bila-bila masa, bahkan saya tetap menggunakan make-up ketika tidur," katanya. Kebiasaan ini bermula ketika dirinya jatuh cinta dengan make-up pada usia 14 tahun. Semenjak itu, dari masa ke semasa make-up yang digunakannya semakin tebal.

Dia mengatakan bahawa benda yang paling penting dalam hidupnya adalah cermin. "Saya selalu melihat ke dalam cermin dan membawanya setiap masa," ujarnya pada sebuah acara variety show di korea. Walaupun dirinya termasuk cantik tanpa make-up, ia tetap tidak berpuas hati dengan penampilannya "Saya ingin melakukan operasi plastik di 10 tempat," katanya.

Ibunya yang putus asa atas perilaku Bae-Dal-mi menghubungi sebuah program televisyen di korea dan menceritakan kisah putrinya yang aneh. Ketika tampil di acara itulah seorang doktor ahli kecantikan berjaya memujuk gadis ini untuk menghapuskan make-upnya. Dan setelah pemeriksaan khusus, diketahui bahawa kulitnya kelihatan berumur dua kali ganda dari usia gadis itu sekarang.

   

p/s: umat Islam diwajibkan cuci muka lima kali sehari, jangan gedik nak buat seperti ini. hehe

Nasib Friendster Hari Ini

on 6 February 2012

Salam sejahtera... korang yang lahir tahun 80-an mesti pernah ada account friendster zaman-zaman dahulu kala tu kan? masa miera tengah bosan petang tadi, miera cuba untuk buka friendster sebab nak tengok apa perkembangan friendster hari ini. Sekali tengok, friendster bukan tempat untuk bersosial tetapi sudah jadi tempat main online game.

Ini semua gara-gara populariti Facebook dan Twitter yang buat Friendster ni makin dipinggirkan dengan kejam sekali. waktu Myspace bermaharajaleladulu-dulu pun, Friendster dah hilang banyak pengguna.

p/s: dengar cerita, facebook dah nak tutup. hoho

Gambar Gadis Sorak (Cheerleader) Universiti Tercantik Di China

Salam sejahtera... wajah gadis ini dirakam secara tidak sengaja dalam satu pertandingan sorak antara universiti di China. Mungkin kerana raut wajahnya yang cantik dan comel, mahasiswi Universiti China menjadi sensasi di internet sehingga ada yang memanggilnya sebagai Gadis Sorak Paling Cantik dan Semulajadi. Gadis ini sedang belajar di Universiti Xiamen. apa lagi, jom cuci mata...


p/s: sememangnya warga China dilahirkan dengan kulit yang cantik-cantik. hoho

Download + Print Selawat Nabi dan Terjemahan

on 5 February 2012

Assalamualaikum... sempena menyambut Maulidur Rasul iaitu hari kelahiran nabi kita yang disanjungi, miera ingin memberi satu gambar yang mengandungi selawat nabi beserta terjemahannya. Gambar ini boleh di-'download' dan 'print' jikalau keadaan memerlukan seperti  perarakan maulidur rasul ataupun mana-mana majlis ilmu. jangan lupa untuk download dan print banyak-banyak ya!


p/s: Selamat Menyambut Maulidur Rasul untuk semua pembaca.

Gadis Melayu 14 Tahun Sanggup Hina Allah Kerana Pakwe

on 4 February 2012

Assalamualaikum... satu lagi cerita panas yang miera ingin utarakan dan ia bermediumkan facebook sekali lagi. Seorang hamba Allah ini sanggup menghina pencipta-Nya kerana 'pakwe tersayang'. miera rasa gadis itu sudah tidak siuman, ataupun dia ingat pakwe dia itu Tuhan. Astarghfirullahalazim


p/s:ya Allah, tolonglah jauhkan miera dan pembaca-pembaca sekalian dari menghina-MU. aku sungguh takot dengan azab-Mu di neraka.

Seorang Gadis Melayu Bangga Tiada Dara Dalam Facebook

Assalamualaikum... entri kali ini agak panas membara. Seorang gadis melayu bangga memberitahu bahawa beliau tiada dara kepada kawan-kawan facebooknya. MasyaAllah. sudah akhir zaman gamaknya sehingga perkara seperti ini dijadikan sau isu yang remeh.


p/s: semoga Allah memberi mereka petunjuk... amin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved