Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

WANITA INI KLIMAKS 200 KALI SEHARI

on 30 August 2012


WANITA INI KLIMAKS 200 KALI SEHARI - Bayangkan seorang wanita yang menghidap penyakit Persistent Genital Arousal Disorder (PGAD), terpaksa melalui kemuncak kepuasan seks (klimaks) sebanyak 200 kali sehari tanpa melakukan hubungan intim.

Ianya dialami oleh Kim Ramsey, 44, yang mempunyai penyakit di mana dia akan merasai orgasm tidak kira tempat, sama ada ketika menaiki keretapi, kereta, membuat kerja rumah atau ketika melakukan tugasnya sebagai jururawat dan masa.

Keadaan ini menyebabkan dia dalam kesakitan dan tidak mampu menjalin hubungan seperti insan biasa yang lain.

“Jika wanita lain tertanya-tanya bagaimana untuk mencapai tahap kemuncak dalam hubungan seks, saya pula tertanya-tanya bagaimana untuk menghentikannya,’’ katanya.

Ramsey, yang kini telah berpindah ke New Jersey, mula menyedari perkara itu selepas melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya pada 2008.

“Saya mencapai tahap kepuasan klimaks selama empat hari. Saya ingatkan saya sudah menjadi gila. Saya cuba pelbagai cara untuk menghentikannya termasuk duduk di atas kacang beku namun ia berterusan dan amat menyakitkan,’’ katanya.

Keadaan ini, katanya membimbangkannya kerana dia sukar melalui kehidupan biasa dan khuatir tidak dapat mengawalnya.

“Bayangkan jika saya melalui keadaan ini di hadapan orang ramai, tentulah ia amat memalukan. Setiap kali naik keretapi, apabila ia bergerak, saya terus mencapai kemuncak syahwat, dan ketika itu saya hanya mampu menggigit bibir serta menggenggam jari saya, dengan harapan tiada orang akan menyaksikannya,’’ katanya.

Menurut Ramsey, ketika ini dia masih mampu melakukan kerja namun tanpa rawatan yang betul, pekerjaaan yang dilakukannya akan menjadi terhad.

SUMBER
Ranking: 5

{ 3 ong gedek gedek... read them below or add one }

Zul De Alexis said...

hahahaha.....kuat lah pulok..eh


30 August 2012 at 21:44
Unknown said...

tu belum lagi minum kacip fatimah..... kalau tak mau 300 kali sehari pulak...he3


31 August 2012 at 10:16
Unknown said...

hahaha.. ni kalau ada laki ni, teruk laki dia.haha


31 August 2012 at 15:35
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved