Dataran Merdeka telah ditutup malam semalam untuk sebaran aktiviti dan bagi memberi laluan pada persiapan bagi perarakan Hari Kebangsaan pagi ini, namun ruang 280 meter dari kawasan yang ditutup ke dataran di luar ibupejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dibanjiri mereka yang ramai memakai baju kuning.
Malah bintang perhimpunan itu, Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said, mengaku beliau sendiri tidak dapat menganggar jumlah orang ramai yang hadir dan mengisytiharkan 'Janji Demokrasi' sebagai berjaya.
Penulis menganggarkan 13,000 orang ramai berbaju kuning hadir, selain kira-kira 5,000 pengunjung ambang Merdeka, yang kebanyakannya berada mengadap kawasan yang ditutup polis.
Manakala Bernama pula menganggarkan gabungan orang ramai sekitar 6,000 dan tidak ada hitungan menjelang saat merdeka di tempat tersebut sepertimana tahun-tahun sebelumnya.
Perhimpunan tersebut, yang dianjurkan oleh Gabungan Janji, yang merupakan gabungan kira-kira 47 NGO, bertujuan untuk 'mengingatkan' kerajaan tentang janji-janji yang tidak ditunai terhadap tuntutan BERSIH untuk pilihanraya yang bersih dan adil.
Sebelum itu, ahli jawatankuasa kerja Gabungan Janji, Maria Chin Abdullah menerima surat dari pihak polis, hanya lapan jam sebelum perhimpunan jam 11 malam itu, memaklumkan kepadanya bahawa ia menyalahi undang-undang, tetapi beliau tidak beralah.
Menjelang jam 9 malam, orang ramai mula menuju ke Dataran Merdeka, tetapi mendapati medan bersejarah itu dan jalan-jalan berdekatan telah ditutup, dengan papan tanda yang berbunyi, "kawasan ini ditutup untuk semua aktiviti", atas perintah Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Ketua Polis Dang wangi, ACP Zainuddin Ahmad bersama 205 anggota polis berada di situ untuk menguatkuasa perintah tersebut.
Apapun, orang ramai di kedua-dua belah hujung kawasan yang ditutup polis itu semakin ramai, dengan penyokong Janji Demokrasi bertumpu di di sekitar persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman-Jalan Tun Perak.
ingin tengok gambar dan laporan perhimpunan Janji Demokrasi, klik sini
{ 2 ong gedek gedek... read them below or add one }
merdeka pun nak dibersihkan.....
31 August 2012 at 17:07
Kusut aku tgk..merdeka dipolitikkan.
31 August 2012 at 20:02
Post a Comment