Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Satria Neo Baru - Proton Artiga

on 31 January 2012

Salam sejahtera... Proton sebenarnya telah mempamerkan model konsep Artiga di Pameran Tokyo Auto Saloon 2012. Model konsep Artiga pernah juga dipamerkan di Pameran motor Shanghai tahun lepas adalah hasil kerjasama dengan Youngman di China.

Rupa bentuk Proton Artiga ini seakan-akan Proton Satria Neo. Dengan bodykit yang lebar dan rim yang besar, kereta ini secara keseluruhannya nampak lebih garang. Lampu depan yang direka semula juga sepadan dengan rekaan gril dan bumper depan. Jom kita tengok gambar menarik Proton Artiga baru ini.





p/s: kalau model ini menjadi realiti dan dipasarkan di negara kita, pasti ramai yang tergila-gila. ahaha

Gambar Guru Paling Cantik Di Dunia

Salam sejahtera... pernah tidak para pembaca sekalian membayangkan seorang cikgu yang cantik bak bidadari mengajar kita? Di China, terdapat seorang guru yang cantik menawan telah mengajar di satu sekolah rendah di sana. Selain itu, beliau juga merupakan model sambilan semakin dikenali ramai selepas muncul di rancangan TV dan ditabalkan 'China Most Beautiful Female Teacher'.
  
Namun, sejak kebelakangan ini, beliau telah mengalami populariti yang besar di internet tetapi pada masa yang sama juga pengalaman yang kritikal dan dicemuh. "Saya hanya orang biasa, saya hanya mahu kehidupan yang normal, tidak cuba untuk mendapatkan publisiti", kata Zhu Songhua, guru yang luar biasa yang tidak pernah memenangi anugerah untuk pengajaran teladan.





p/s: amacam para jejaka, berkenan tak dengan calon ini?? ahaha

Astagfirullah...Al-Quran dibuang?

on 30 January 2012

Assalamualaikum... Al-Quran dibuang dengan begitu sahaja??? mari kita baca dan jadikan iktibar untuk umat Islam sekalian


JERANTUT – Tidak bertanggungjawab dan tidak sensitif. Itu yang berlaku apabila penduduk di sekitar Kawasan Perindustrian Ringan Jerantut di sini dikejutkan dengan penemuan naskhah al-Quran, muqaddam dan kitab agama dibuang bersama dengan sampah.

Keadaan itu mengundang rasa tidak puas hati mereka apatah lagi kitab suci berkenaan ditemui terbiar dalam guni besar di celah longgokan sampah di hadapan sebuah premis di kawasan tersebut petang kelmarin.

Selain 15 naskhah al-Quran, turut ditemui bersama longgokan sampah berkenaan ialah surah Yasin, serta kitab ilmu Tauhid dan Fiqah yang mengandungi ayat suci al-Quran.

Kesemua kitab suci itu ditemui bersama dengan buku rampaian sekolah, kertas dan fail yang dibuang di kawasan berkenaan.

p/s: kenapa sampai tergamak melakukan perbuatan ini. Astagfirullah Alazim...

Aizat Dirompak Ketika Malam Anugerah Juara Lagu (AJL)

Salam sejahtera... mesti kebanyakan daripada pembaca-pembaca sekalian tengok Anugerah Juara Lagu (AJL) malam semalam (ketika artikel ini ditulis) kan. AJL telah berlangsung dengan sangat gilang gemilang  dan semua persembahan mantap belaka. tetapi, bukan itu yang miera tulis di sini. teruskan membaca ya!

ada satu berita kurang menyenangkan yang berlaku ketika pertandingan itu berlangsung yang miera ingin ceritakan. Sedang semua kelam kabut merayakan kemenangan Hafiz pada malam AJL, sahabatnya pula dirompak. Aizat yang menyanyikan lagu Sungai Lui, telah pun dirompak. Berikut adalah tweet yang telah dibuat oleh Aizat.


p/s: nampaknya bahang AJL akan terus hangat jika entry ini bukan khabar angin.

Akhirnya, Man Utd Tumbang

on 29 January 2012

Salam sejahtera... hari ini miera ingin bercerita mengenai perlawanan Piala FA English pada malam semalam. Nampaknya, semalam ada satu satu pasukan besar dalam liga utama England tersadong dan ianya adalah Manchester United ( Man Utd). Mereka telah tewas kepada skuad Liverpool 2-1.

Dengan kemenangan ini, mungkin pasukan Liverpool telah berjaya mengembalikan moral pasukan mereka yang telah 'hilang' dek kerana kekalahan yang berturut-turut sebelum ini. Tetapi, perkara sebaliknya berlaku pada Man Utd. Mesti lepas ini Man Utd dah tak boleh fokus kan, kalah memanjang jela <-- yuhuuu!!!!

Walau macam mana pun, miera tersangat gembira dengan berita ini kerana benci dengan sikap peminat mereka yang fanatik itu. rasa macam dunia ini ana yang punya. 

BOOOOOOOOOOOOO!!!!!!!


p/s: gantung but jela Giggs, kau tu da tua sangat. lalala

Panas!!! Gambar Lisa Surihani Bercium

on 28 January 2012

Salam sejahtera kawan-kawanku... korang semua mesti kenal dengan pelakon jelita nan ayu, Lisa Surihani kan. miera ada sekeping gambar yang kurang sopan mengenai pelakon ini. miera malas mahu taip panjang-panjang, korang boleh bukak di pautan di bawah ya, line internet miera sekarang ini tersekat-sekat je.


p/s: apa pandangan korang??

Fanpage Katak Comel Blog

on 27 January 2012

Assalamualaikum... disebabkan ada beberapa cadangan yang menyuruh miera buat fanpage bagi blog ini oleh beberapa blogger, pada tanggal semalam, miera telah buat fanpage untuk blog miera ini. mungkin ramai yang sudah tahu mengenainya dan juga telah LIKE. lalala

Melalui fanpage miera ini, korang sangat dialu-alukan untuk ping entry dan bertanya kabar secara santai dari facebook. korang tidak perlu risau, miera tidak akan buang komen ataupun wallpost korang kat dalam fanpage itu. ini janji miera, bukan janji Pakatan Rakyat ya! peace

Dengan gigitan drakula, miera ingin merasmikan fanpage Katak Comel Blog


JANGAN LUPA NAK LIKE KATAK COMEL BLOG YA!!!


p/s: maaf ya tiada bunga api semasa majlis pelancaran, bajet berlari-lari la..hoho

Sesi Kaunseling Pertama

on 26 January 2012

Seorang pemuda yang baru sahaja menamatkan pengajiannya dalam bidang kaunseling telah membuka kedai pertamanya di pinggir bandar. Beliau telah membuka kedai tersebut selama seminggu tetapi ia masih tidak mendapat sambutan. Memandangkan hari telah menjelang tengahari, pemuda tersebut mula gelisah kerana tiada seorang pun pelanggan datang untuk mendapatkan khidmatnya dalam bidang kaunseling.

Namun pada hari tersebut, nasib seakan menyebelahi dirinya apabila seorang lelaki datang menghampiri kedainya dengan langkah yang penuh bergaya.

Dalam hati pemuda tersebut, inilah pelanggan pertama aku dan aku perlu menunjukkan reputasi yang baik padanya.

Lantas dia mencapai telefon dan berlagak seperti ada pemanggil serta bercakap dengan nada yang kuat.
"Hello Dato, takpa saya akan uruskan segala-galanya, Dato jangan bimbang sebab syarikat saya memang terkenal dengan reputasi yang gemilang, lagipun kami tak pernah mengecewakan sesiapapun. Yang penting ialah staff syarikat Dato nanti akan lebih bersemangat dalam menjalankan tugasnya. Ya....Ya....Lagipun fasilitator kami bukannya calang-calang orang, memang hanya yang terbaik sahaja akan kami pilih bekerja di sini."Jelasnya kagi dengan keyakinan yang tinggi.
"Ok, takpalah Dato jangan bimbang, saya akan bereskannya secepat yang mungkin." Ujarnya pada akhir perbualan sendiri.

Lelaki yang berjalan dengan penuh gaya tadi berdiri betul-betul di hadapan pemuda tersebut sambil tersenyum dan dengan penuh hemah, pemuda itu menegur..

"Ya, ada apa yang boleh saya bantu Encik?"

"Saya datang nak pasang talian telefon" Ujarnya lagi dengan senyuman yang penuh bermakna..


p/s: panasnya cuaca sekarang. lalala

Wordless Wednesday #18

on 25 January 2012


Perkara Normal Apabila Baca Buku Sejarah
Betul kan kawan-kawanku??
ahaha

Filesonic Ditutup, Menyusul Mediafire Selepas Ini

on 24 January 2012

Assalamualakum... hari ini miera menulis mengenai Stop Piracy Online Act (SOPA/PIPA) lagi. Sebelum ini miera ada menulis mengenai Megaupload ditutup kan, dan sekarang Filesonic juga telah mengambil tindakan berjaga-jaga sebelum dikenakan tindakan terhadapnya. FileSonic kini hanya boleh digunakan untuk memuat naik dan mendapatkan kembali fail yang anda telah dimuat naik.

SOPA/PIPA mengganas. Yang pasti, selepas ini pasti banyak lagi laman web perkongsian fail termasuk Mediafire (favourite orang ramai ni) akan bungkus tikar. Selain itu, berkemungkinan Google, Facebook dan juga Youtube akan pupus di internet. Jadi, apa yang tinggal di internet selepas ini.

Let's stop SOPA before it's too late!!!


p/s: Semua pengasas pada laman web download lain dah mula tak senang duduk. uploader dah mula hempas kepala kat pc. kaki download pula bagaimana ya?

Happy Chinese New Year

on 22 January 2012


SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA DIUCAPKAN KEPADA SEMUA BLOGGER YANG MENGANUT AGAMA TIONGHUA!!!
gong xi fat choi

Burung Pipit

on 21 January 2012

Seorang pemuda hensome yang sedang mabuk, berjemur dipantai tanpa pakaian menutup tubuhnya. Ketika dia melihat seorang anak gadis kecil lebih kurang berumur 7 tahun berjalan melintasinya, Dengan pantas dia menutup bahagian tubuhnya yang tertentu dengan buku yang sedang di bacanya.

Kerana hairan, anak gadis kecil itu berkata, "Abang, apa abang tutup dengan buku tu?" tanya gadis kecil sambil menunjuk ke arah buku.

Kerana malu, pemuda itu menjawab,

"Ah tidak ada apa-apa. ini hanya seekor burung pipit?"

"Seekor burung pipit?" tanya gadis itu kebingungan. Betul, hanya seekor burung pipit," jawab pemuda lebih tegas.

Setelah gadis kecil itu pergi berlalu, si pemuda kembali membaca buku sambil meneguk minuman kerasnya. Tak lama kemudian, si pemuda tertidur.

Ketika terbangun, dia berada di hospital dan merasa sakit yang amat sangat.

Seorang polis menanyainya, "Apa yang terjadi?" "Saya tidak tahu. Saya sedang berjemur di pantai, lalu ada gadis kecil bertanya sebentar dan tidak lama setelah dia pergi saya tertidur dan kini tiba- tiba berada di sini."

Polis itu pergi ke pantai mencari gadis kecil dan bertanya, "Apa yang kamu lakukan terhadap lelaki yang sedang berjemur itu tadi?"

Gadis kecil itu menjawab, "Saya tidak melakukan apa-apa terhadap abang tu pon. Cuma waktu dia tidur, saya main dengan burung pipitnya. Tapi tidak lama kemudian, burung itu meludahi muka saya. Karena itu saya patahkan leher dan paruhnya, saya pecahkan telur-telurnya & saya bakar sarangnya!"

  
p/s: anda baca, dan anda interpret sendiri. Tak faham jangan tanya. It's all up to u olss how to take it. Sekadar hiburan :)

Anonymous serang laman web kerajaan, industri muzik

on 20 January 2012

Assalamualaikum. hari ini miera ada satu cerita tergempar yang ingin dikongsikan. Cerita ini adalah mengenai satu kumpulan atau jaringan pengodam antarabangsa iaitu Anonymous. korang semua mesti pernah dengar cerita mengenai mereka. kalau dahulu, mereka telah melancarkan perang terhadap laman web kerajaan kita ataupun lebih dikenali sebagai Operation Malaysia. sekarang miera dengar cerita ingin membuat onar yang lebih besar. ingin tahu, teruskan membaca...

Anoymous, identiti untuk sekumpulan hacker yang berkemahiran tinggi mengancam akan melancarkan serangan ke atas laman web White House selepas mereka telah berjaya memecah masuk laman web FBI, Jabatan Kehakiman, Universal Music Group, RIAA dan Motion Picture Associatio of America. Ianya sebagai tindakan protes terhadap pihak persekutuan yang telah menghentikan (shutdown) laman web perkongsian fail (download) yang popular, Megaupload.
 

Sebelum ini, Anonymous telah berjaya menggodam laman web utama Sony yang telah memulakan penubuhan Stop Online Piracy Act (SOPA). tahu tak apa yang diorang buat? Anonymous meletak link fail Bittorent di muka hadapan laman web itu untuk membolehkan sesiapa saja mendownload movie best dan lagu-lagu popular keluaran Sony Pictures dan Sony Music


p/s: wahai Anonymous, tolong godam laman web Maybank untuk miera sekali ya! tengah pokai ni. lalala

Oh! Kotak Jerit

on 19 January 2012

Assalamualaikum... hari ini miera mahu menulis mengenai gadget pertama sekali yang dicari oleh para blogger, kotak jerit. betul tak? mengaku jela, tembelang korang sudah pecah. ahaha. Ok2, terdapat bermacam-macam jenis kotak jerit yang wujud di alam maya ini dan yang paling digemari sekarang adalah cbox dan juga fibox. masing-masing ada kelebihan dan kelemahan tersendiri.

Tamat sudah mukadimah, kotak jerit yang miera kurang suka, calon-calonnya adalah :

1. Fibox
    - bagi miera, fibox ini memang bagus tapi kadang-kadang fibox ni bengong jugak terutama sekali pada mereka yang mempunyai internet yang lembab. korang tengok sendiri la, lepas nama (miera), ade icon :( dan itu menandakan jejak korang tak di terima. kalau tak percaya, korang cuba refresh mesti tak ada jejak korang ditinggalkan.


2. Shoutbox by busuk.org
   - kotak jerit jenis ini mempunyai time loading yang lama sehingga memakan masa berminit-minit dan bila sudah di-'shout', tiada pula jejak yang ditinggalkan kelihatan. nampak tu, tiada pun jejak dari miera. tengok gambar di bawah ya!


Sebagai kesimpulannya, miera sarankan korang gunakan CBOX, walaupun susah tapi ianya praktikal selepas SHOUTMIX tamatkan kontrak percuma. peace yaw!

Wordless Wednesdsay #17

on 18 January 2012


Berat Sangat Soalannye Pun..
ahaha

Jangan Meniru

on 17 January 2012

Tipah sedang menduduki ujian bulanan. Oleh kerana semalam Tipah tak sempat nak study, dia panik kerana tak dapat jawab kertas jawapannya masih kosong walaupun masa ujian sudah lama berlalu. Tipah akhirnya mendapat inspirasi untuk meniru rakannya, Apiz kerana masa ujian sudah hampir tamat. Kononnya darurat la tu.

Setelah di ‘psst’ beberapa kali dan merasa boring, akhirnya Apiz memberikan kertas jawapannya setelah diminta oleh Tipah. Apiz : (berbisik) “Cepat eh!!” Dengan rakus, Tipah menulis jawapan di kertas ujiannya dengan meniru jawapan Apiz 100% dan selang beberapa minit kemudian kertas jawapan Apiz dipulangkan semula. Tak berapa lama kemudian waktu ujian telah selesai dan semua kertas jawapan dikumpulkan di meja guru.

Beberapa hari kemudian result ujian diberi kelas oleh cikgu mereka. Semua nama pelajar di panggil seorang per seorang. Tapi hanya nama Tipah yang tidak dipanggil oleh cikgu kelasnya.

Tipah : Cikgu! Nama saya takde ker?
Guru : La.. masa ujian tu awak ada datang ker?
Tipah : Ada cikgu, kebetulan hari tu saya tak ponteng.
Guru : Pada saya memang takde kertas jawapan awak punya, cuba awak cari sendiri, mana tau termasuk kelas lain punya

Tipah datang ke depan kelas dan memeriksa satu per satu mencari kertas jawapannya.

Tipah : Ini Cikgu!
Guru : Ini bukan kertas ujian awak
Tipah : Betul cikgu, ini tulisan saya.
Guru : Cuba awak baca namanya!
Tipah : erkk.. Apiz!!??


p/s: Kalau nak meniru tu, janganlah tiru 100%

Arsengal

on 16 January 2012

Assalamualaikum... hari ini miera nak menulis berkaitan English Premier League (EPL) lagi. Walaupun semasa perlawanan ini miera sibuk sangat (mungkin ada sesetengah blogger tahu ke mana miera pergi), miera mahu juga menulis mengenai kekalahan sebuah kelab yang top la jugak tapi tahap kesengalannya melebihi segala-galanya. By the way, that is Arsenal and miera like to call Arsengal. peace yaw!

Nampaknya, Arsenal tewas lagi kali ini dengan sebuah kelab yang baru sahaja dinaik taraf ke liga EPL iaitu Swansea 3-2. miera tak dapat nak mengulas lebih lanjut mengenainya disebabkan kesibukan yang melanda, mungkin para Arsengal ataupun yang lain-lain boleh komen di ruangan yang disediakan. ehehe


p/s: malam ini Man City berjuang, who's with me?

Pengorbanan Cinta

on 15 January 2012

Seorang pakwe dan makwe tengah naik motor pada kelajuan 100km/j.


P : Slow la sikit . Takut lah !
L : Tak . Best apa !
P : No . It's not . It's scary me .
L : okey . Tak apa . Bagitahu dulu you love me .
P : Fine , i love you . Slow down .
L : Now , give me big hug . * girl hugs him *
L : Tolong buka helmet abang lepas itu , sayang pakai . Rimaslah .

Esok hari paper melaporkan sebuah kemalangan yang melibatkan seorang maut . manakala seorang lagi selamat . dipercayai berpunca daripada kegagalan fungsi brek . the true is , lelaki tadi sedar brek dia rosak masa tengah jalan . tapi , dia tak sampai hati nak bagitahu awek dia . dia suruh awek dia ckp ' i love you ' n suruh peluk dia buat kali terakhir . Dan dia suruh pakai helmet dia nak awek dia selamat . kenapa ? sebab dia tahu dia akan mati.


p/s: jum minum milo kawan-kawanku!!!

Ciri-ciri hantaran RM10,000

on 14 January 2012

Ciri-ciri wanita hantaran RM10,000 dari pandangan seorang ustaz yang tengah meletop masa kini, Ustaz Azhar Idrus:

1: Solat tidak tinggal
2: Menutup Aurat
3: Tidak pernah kapel
4: Jaga tingkahlaku
5: Pandai mengaji
6: Tahu hukum agama
7: Hafal quran
8: Pandai memasak
9: Pandai menjahit


p/s: Majoriti perempuan zaman sekarang pernah couple. Jadi, pandai-pandailah kurangkan wang hantaran tu ye. Hehehe.

Kesinambungan Azan Di Seluruh Dunia

on 13 January 2012

Dunia ini mempunyai perbezaan waktu antara satu tempat dengan tempat yang lainnya. Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui ‘Bahawasanya Allah sahaja yang patut disembah, dan Nabi Muhammad adalah pesuruh-Nya’

Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta. Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W. Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam. Belumpun laungan Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia. Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di-Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh. Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India. Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan. Belum berakhir di-Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat. Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq. Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik. Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam. Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.
 

Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam! Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!), akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus-putus. Seiring dengan pergantian siang dan malam. InsyaAllah gema Azan akan selalu mengawal dunia ini sampai akhir zaman.. 


p/s: Marilah menuju kejayaan

Jum Belajar English

on 12 January 2012

Suami: Ayang, abang nak kahwin lain boleh?
Isteri: Boleh, tapi syaratnya kena belajar grammar English dulu.
Suami: Errr... Aaaa, Ok2.
Isteri : Satu tu "Singular"; dua atau lebih "Plural", kan?
Suami : Betul...
Isteri : One car sebagai singular, two cars pula sebagai plural. Apa bezanya?
Suami : Ohhh... tambah huruf "s" untuk yang plural tu kan?
Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang..
Suami : Macam mana pula boleh sama?
Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS, tambah "s" je, kan? ada faham??? :)



p/s: Say No To Poligamy!

Wordless Wednesdsay #16

on 11 January 2012


Picture Tell Everything...

Puisi Poligami

on 10 January 2012

Isteriku ,
jika engkau bumi,
akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya
bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.
Lalu......
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan di planet lain...

*** Balasan Puisi sang isteri***
Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet
yang telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku
perlukan cahayamu dan....
akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran
mu...

AKAN TETAPIIIIIIII. .
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku
mengerti...
Cuba lihat siapa dirimu...

MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan cuma mancis saja!!!!!

Oh, please lah....!!!
NAK KAWIN LAIN KONON!!!



p/s: first time publish entry tengah malam...lalala

Kisah Mengenai Drakula

on 8 January 2012

Pada satu hari, Dracula dibunuh dan dia telah dibawa
berjumpa ahli sihir.

Ahli sihir enggan membenarkan Drakula masuk ke dalam
gengnya kerana dosa2 nya membunuh dan menghisap darah manusia.
Saya akan beri kamu satu lagi peluang untuk menebus
semua dosa yg telah kamu lakukan" kata ahli sihir. "Saya akan hantar
kamu balik ke bumi, TETAPI kamu tidak akan berupa manusia. Kamu hanya akan
dijelma ke "benda" bernyawa. Jadi apa yang kamu pilih..?", tanya ahli
sihir.

Okay.. saya nak menjadi BENDA BERNYAWA YANG BERSAYAP DAN MENGHISAP
DARAH,heh...heh...heh...". Ahli sihir pun bersetuju dan menukar
drakula menjadi KELAWAR PONTIANAK. Ke bumi dracula pergi, terbang ke
sana sini sehingga suatu hari dia dibunuh oleh seorang pekebun.

Sekali lagi dia dibawa menghadap ahli sihir. "Saya akan memberi satu
lagi peluang" kata ahli sihir. "Saya akan hantarkan kamu balik ke
bumi, tetapi bukan sebagai manusia atau kelawar. Jadi apa pilihan
kamu?". Dengan sipu2 Dracula ini menjawab "Saya nak jadi jugak BENDA
HIDUP YANG BERSAYAP DAN MENGHISAP DARAH!". Ahli sihir fikir sekejap dan kata
"Kalau itu yg awak mahu" dan menukarkan Dracula menjadi NYAMUK.

Ke bumi Dracula pergi, terbang ke sana sini menghisap darah haiwan
sehingga suatu hari SPLAT! dia dibunuh oleh mangsanya. Dracula terasa
bodoh sangat bila berhadapan ngan ahli sihir buat kali ke-3. "Saya
akan memberi awak peluang terakhir untuk bertaubat" kata ahli sihir
"Tetapi KALI INI kamu hanya dapat menjadi BENDA YANG TIDAK BERNYAWA.
So,apa dia kali ini?" Tanya ahli sihir.

Dracula yg masih degil ini menjawab, "ok, ok.. tolong tukarkan saya
kepada BENDA TAK BERNYAWA, BERSAYAP DAN HISAP DARAH...
heh.. heh.. heh..". "No problem" kata ahli sihir dan terus menukar
Dracula menjadi Tuala Wanita WING MAXI PAD.

bekas idola miera
p/s: sejak dua menjak ni, miera tak boleh tido sejak banyak 'drakula' gigit la. hoho

Kisah Seram

on 7 January 2012

bagi yang lemah semangat..sila bawa rakan atau ahli keluarga membaca bersama..

Baik-baik bila pergi ke KLCC !! Bawa kawan dan jangan sorang-sorang. Kisah benar yang mengerikan lagi menyeramkan ini terjadi kepada seorang staff lelaki yang bekerja di tingkat 40 bangunan KLCC.

Pada hari tersebut (hari Khamis malam Jum’at) beliau ada membuat OT dan terpaksa pulang agak lewat kira-kira jam 11 malam sendirian. Sampai di depan lif, dia pun tekan tombol untuk turun. Kemudian,pintu lift terbuka tanpa ada siapa2 didalamnya. Dia masuk dan tekan tombol “G” untuk ke Ground floor.

Tetapi entah mengapa, lift yang dia naiki itu terus naik ke atas, tidak turun ke bawah. Ketika sampai di tingkat 59, lif tersebut berhenti. Dan pintu lif terbuka… kemudian masuklah seorang perempuan yang cantik dan menawan sekali sambil tersenyum manis. Dia tak pernah melihat perempuan itu sepanjang bertugas di KLCC. Perempuan tadi pun masuk dan berdiri di belakangnya.

Dia tertanya-tanya di dalam hatinya… “Siapa perempuan itu, dan kenapa sudah lewat malam belum pulang ke rumah?” Mau disapa terasa malu pula, jadi masing-masing saling diamlah. Dalam suasana hening sepi itu, lift tersebut terus meluncur turun dari satu tingkat ke satu tingkat.

Tiba di tingkat 13, lampu lift terpadam dan lift terhenti. Dia mencium bau yang teramat busuk, yang mengganggu rongga hidungnya. Bulu romanya tiba-tiba berdiri. Dalam keadaan yang begitu cemas dan seram, dia cuba menenangkan perasaannya dengan membaca apa sahaja ayat-ayat suci yang terlintas diingatannya sambil memberanikan diri untuk menoleh ke belakang setelah lampu lift menyala………

Kelihatan wajah perempuan itu telah berubah menjadi pucat dan riak mukanya juga kelihatan amat mencurigakan ….

Dia cuba menjerit untuk meminta pertolongan, tetapi lidahnya terasa kelu dan kakinya juga menjadi kaku untuk membuka langkah.

Tiba-tiba, perempuan misteri itu mula membuka mulut dan berkata ……..

“Maaf ya… saya terkentut tadi… abang jangan marah ya ?”



p/s: da lama tak datang klcc. siapa nak teman miera pergi sana? hihi

Terima Kasih Daun Keladi!!!

on 6 January 2012

Assalamualaikum... tiga hari lepas di kala waktu senja sedang menyingsing, ada seorang blogger buat private message (pm) pada miera. Ingin tahu apa yang kitorang gosipkan, baca dialog di bawah.

blogger : tahniah miera sebab jadi follower ke-888 saya. Nak hadiah tak?
miera : taknakla, saya ikhlas jadi follower awk taw sebab blog awk banyak entry yang berguna <-- ayat pancing je ni
blogger : terima kasihla  tapi saya  nak jugak kasi hadiah pada awak
miera : sukatilah, tak kisah pun <-- yes, sasaran sudah mengena (dalam hati)
blogger : camnila, dulu saya bekerja dengan syarikat tunetalk, so, saya banyak simkad tunetalk yang belum pernah digunapakai lagi. ataupun saya boleh bagi pada miera topup rm10. miera pilih la ye
miera: erm,nak topup la.
blogger: ok, nanti saya topupkan terus ke akaun awak.

10 minit kemudian, ada bunyi mesaj dari handphone miera. yes,topup da masuk. Blogger tersebut pun pm miera lagi.

blogger : da dapat topup tak?
miera : sudah, terima kasih ya!

Begitulah dialog antara miera dengan blogger yang baik hati tersebut. Nak tahu siapa blogger tersebut. beliau adalah abang Bo is a nerd. korang boleh terjah abang ini, mana tahu boleh dapat hadiah misteri macam miera jugak ke. ^.^

ini header beliau

p/s: da habisla topup aritu abang Bo, nak lagi boleh tak? hihi

Man Utd Kalah Lagi

on 5 January 2012

Assalamualaikum...hari ini kita bersembang lagi mengenai English Premier League (EPL) lagi ya. Nampaknya, ada satu lagi pasukan favourite orang ramai tergolek-golek macam nangka busuk pagi tadi. Ya, ramai peminatnya di Malaysia dan pasukan itu adalah MANCHESTER UNITED. pasti peminat selain pasukan ini sedang bersorak kegembiraan pabila tahu berita ini. say 'BOOOO' pada fans Man U

Kali ini mereka tewas dengan Newcastle United dengan 3-0. Nampaknya, mereka memulakan tahun 2012 dengan permulaan yang hambar sehinggakan ada seorang pemain Man Utd (Phil Jones) menjaringkan gol sendiri <-- apo kono eh jang?? Sementara itu, pasukan favourite miera, Manchester City yang telah membelasah Liverpool lebih kurang 36 jam sebelumnya sedang berada di atas takhta dengan jayanya. Terbaek!!!

klik untuk tumbesaran yang sihat
p/s: Tak sabar nak tengok skandal miera pegang trofi tahun ini...lalala

Wordless Wednesdsay #15

on 4 January 2012


Best Photografer Ever
Zoom, jangan tak zoom...
Ahaha

Pasukan Gergasi EPL Tewas

on 3 January 2012

Assalamualaikum...arini miera ingin menulis lagi mengenai English Premier League (EPL). walaupun miera tak tengok, tapi nak jugak review mengenai EPL ini. Kalau korang nak tahu, banyak team gergasi EPL tewas dalam perlawanan dalam minggu ini dan juga miggu lepas (jangan teriak taw kalau team idaman korang tewas). malas nak cerita panjang, korang tengok sendiri ye.

Manchester United   2-3   Blackburn
Chelsea   1-3   Aston Villa
Sunderland   1-0   Manchester City
Fulham   1-0   Arenal

Pada pendapat miera, kekalahan mereka ini disebabkan kepenatan. yela, jadual liga sangat padat, beza antara perlawanan lebih kurang dua hari saja. dan kepada pasukan yang tiada pemain simpanan yang berpengalaman, lu pikir la sendiri. kesian...


p/s: tak sabar mahu tunggu Manchester City vs Liverpool. lalala

100 Entry

on 1 January 2012

Assalamualaikum...hari ini pada tanggal 1 Januari 2012, sudah 100 entry miera pos dalam blog ini. bagus timing miera kan genapkan 100 entry pada tahun baru, bukan calang-calang orang boleh bikin. ahaha

By the way, miera sudah ber-blogging sejak bulan Ogos lagi. terus terang miera cakap, blog miera ini blog suka suki bukannya blog hiburan sensasi cam melodi setiap ahad pukul 1.30 petang dan jugak blog berita cam berita utama setiap hari jam 8 malam. tapi, kalau tersinggah di blog miera, dipersilakan tinggalkan jejak dan komen apa yang patut. tak lupa jugak, jenguk-jengukla mr nuffnang dan mrs churp churp yang ada. akhir kata, happy blogging ya!!!

 

p/s: ketika artikel ini ditulis, ABC dihirup dengan senang hati. lalala
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved