Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Wanita Ini Dipenjara Kerana Pertahankan Dirinya Dari Dirogol

on 6 July 2012


Kes seorang isteri yang cuba dirogol oleh seorang lelaki yang tak dikenalinya berakhir dengan kisah menyayat hati apabila wanita yang menjadi mangsa rogol itu telah dihukum penjara kerana tindakannya melawan perogol tersebut telah menyebabkan kematian perogol berkenaan. Dan kerana perbuatan mempertahankan dirinya itu, Mahkamah Tinggi Ipoh telah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun ke atas S. Kalaichelvi, 24 tahun, seorang suri rumah selepas dia mengaku bersalah menyebabkan kematian seorang lelaki yang cuba memperkosanya pada tahun lepas.

Hakim Datuk Zainal Adzam Abid. Ghani memerintahkan S. Kalaichelvi menjalani hukuman tersebut selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian M. Kumaran, 29, di dalam rumahnya di Taman Bistari, Ayer Tawar, Manjung di antara pukul 3 hingga 3.30 pagi pada 7 Januari 2010.

Mengikut fakta kes, perogol itu menceroboh rumahnya ketika suami wanita itu tiada di rumah. Wanita itu walaupun cuba dikasari oleh lelaki jahanam itu tapi dia dapat melarikan dirinya ke dapur dan sempat mencurahkan serbuk cili ke mata perogol itu. Dalam keadaan matanya yang pedih, perogol itu masih cuba untuk mendapatkan Kalaichelvi, tapi wanita tersebut dengan pantas mencapai sebatang besi dan memukul kepala lelaki yang cuba merogolnya. Pukulan itu menyebabkan si-perogol itu mati di dalam rumahnya.

Hakim Zainal Adzam dalam penghakiman bertulisnya berkata, Kalaichelvi sepatutnya dihukum lebih berat kerana melakukan pembunuhan kejam terhadap perogol tersebut.

Hakim kata Kalaichelvi telah melakukan “pembunuhan kejam”, tapi pada pandangan korang perbuatan merogol orang itu tak kejamkah? Jika korang menjadi wanita itu, adakah korang akan menyerah diri kepada perogol itu tanpa melawan atau bertindak berani untuk mempertahankan diri seperti yang dilakukan oleh Kalaichelvi?

Jika Kalaichelvi hanya membiarkan dirinya diperkosa dan lepas itu pergi ke balai polis membuat laporan, dia pasti tak akan dihukum penjara dua tahun. Perogol itu mungkin akan dipenjara dan lepas keluar penjara dia akan mencari Kalaichelvi untuk merogolnya sekali lagi atau mungkin akan pergi mencari wanita lain, termasuk kakitangan Mahkamah untuk merogol mereka pula. Atau jika tak bernasib baik mungkin selepas merogolnya, perogol itu akan membunuh Kalaichelvi untuk menghapuskan bukti!!!

SUMBER
Ranking: 5

{ 8 ong gedek gedek... read them below or add one }

Aimacomel said...

owh, kesiannya.. kes tu berlaku dh dekat dgn tempat ku rupanya


7 July 2012 at 00:20
Siti Sakura said...

sngguh not fair! ;(
hurm nice entry..i like this blog,keep it up! :)
jom la mlwat blog sy jgk,msih bru lg ni.hehe
anyway thanks!
^_^


7 July 2012 at 01:02
Unknown said...

mempertahankan diri diri pun dikatakan kejam.... WTF ????
habis tu..... ramai lagi ler yg jadi mangsa selepas nie.....

for sure dia bertindak macam tu sebab fobia, saat cemas mcm tu....
macam2 benda kita lakukan utk selamatkan diri.....


7 July 2012 at 09:25
Razil Tahir said...

Alaaa... bukannya dia sengaja!!
Abez tue takkan nak biar dia tue kne rogol?
Dah la hukuman perogol kat Malaysia apelah sangat...
hm....


7 July 2012 at 11:57
Unknown said...

camne mahkamah bleh buat kptusan cam tu..klau sye kat tempat die pun sye akan buat benda yg sma,nak mpertahankn dri kta buat ape yg tdaya kan??????..tak adil tpi spelah kta nak mpertikaiknnye...sedihhh...


7 July 2012 at 12:48
Aku pengembara said...

Kesian kat pmpuan 2.. :'(


7 July 2012 at 19:47
Anonymous said...

standart dah pakai undang3 barat..orang yang bersalah,bebas tp orang yang jd mangsa,tiada keadilan & kena tangkap...sial punya reid...!!!


12 July 2012 at 00:10
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved