“Nak apa abang... Makan ke bungkus?” Itu layanan awal si suami ketika wartawan Sinar Harian tiba di gerai peniaga nasi lauk di tepi persimpangan sebuah kawasan industri di sini jam 12.30 tengah hari.
Bagaimanapun, setelah memperkenalkan diri si suami dengan tenang memberitahu makanan dijual hanya untuk pekerja warga asing bukan Islam.
Tinjauan selama setengah jam mendapati sebaliknya apabila makanan dijual kepada semua pelanggannya yang datang tidak mengira Islam, puasa atau tidak.
“Kami hanya jual kepada pelanggan tetap yang bukan beragama Islam.
“Menu yang disediakan juga khusus untuk warga Myanmar seperti kari dan sedikit saja lauk pauk Melayu,” katanya yang sudah lebih dua tahun berniaga di kawasan itu.
Menurutnya, mereka perlu terus menyediakan makanan untuk pelanggan tetap kerana bayaran bulanan sudah dijelaskan.
Bagaimanapun, tinjauan jelas mendapati segelintir pembeli adalah daripada orang Islam.
Peniaga terbabit turut dilihat menasihati pelanggannya supaya tidak membeli makanan ketika wartawan Sinar Harian berada digerainya kerana bimbang gambar yang dirakam akan menjejaskan perniagaannya.
Seorang pemandu lori berasal daripada Kedah yang enggan dikenali berkata, makanan yang dibungkus adalah untuknya dan ketika dia mengambil makanan, peniaga pasangan suami isteri itu langsung tidak menegur atau menghalangnya.
“Saya bungkus untuk saya makanlah, siapa lagi... tapi, saya makan dalam lori bukanlah di tempat terbuka, malulah,” katanya yang mengakui tidak menghidap sebarang penyakit menguzurkan.
Sementara itu, seorang pegawai penguat kuasa daripada Pejabat Agama Islam Daerah (Paid) Hulu Selangor ketika dihubungi berkata, jika peniaga terbabit didapati bersalah tindakan denda tidak kurang RM1,000 akan dikenakan terhadap peniaga terbabit.
{ 1 ong gedek gedek... read them below or add one }
berdosa dlm mencari rezeki yg halal......
26 July 2012 at 01:37
Post a Comment