Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Tian Hao, Gunting Rambut Pelanggan Dengan Mata Tertutup

on 24 July 2012


Seorang tukang gunting di China, baru-baru ini menjadi tajuk utama di dada-dada akhbar tempatan berkenaan kaedah unik yang digunakannya untuk menggunting rambut pelanggan di kedainya.

Sambil menutup mata, Tian Hao mendakwa telah menggunakan teknik Meditasi Zen untuk merasai aura rambut pelanggannya dan mampu memotong menggunakan gunting yang tajam tanpa mencederakan.

Baru-baru ini Tian Hao melakukan demonstrasi menggunting rambut dua orang model di salon rambut miliknya secara serentak sambil menutup mata tanpa melakukan sebarang kesilapan dan kejadian yang tidak diingini.

Tukang gunting yang memakai pakaian ala pengemis itu dikatakan tidak pernah membuat kesilapan sepanjang melakukan tugasnya sebagai seorang tukang gunting.

 
 

Ranking: 5

{ 3 ong gedek gedek... read them below or add one }

Remy hazza said...

anugerah tuhan.... kalau digunakan ke jalan yg betul..... bertuah hasilnya......


24 July 2012 at 23:57
tirahzairi said...

perghhh....bukak je mata, botak kpla org tuh...hihihi


25 July 2012 at 05:49
Anonymous said...

telinga hilang mata bedarah.


11 August 2012 at 14:35
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved