Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Durian Runtuh Kakitangan Awam, Gaji Naik 13 Peratus | SBPA Di Batalkan, SSM Ditambah Baik

on 8 March 2012

Salam sejahtera... Sejak kontroversi panas melanda penjawat awam, pelbagai cerita yang kita dengar. Ada berita gembira untuk sebelah pihak dan ada berita mengecewakan di sebelah pihak lagi. Lantaran itu telah menyebabkan Skim terbaru kakitangan awam yang dikenali sebagai Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) telah ditangguhkan pada awal tahun ini.

Dan pada hari ini Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri kita telah mengumumkan kepada penjawat awam di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya bahawa skim gaji baru SBPA telah dimansuhkan dan kakitangan awam kembali semula ke skim SSM dengan diberi penambahbaikkan.

Ingin tahu apa yang PM kita bentangkan, sila baca di bawah:

1.Kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam gred 1-54 antara RM80 - RM320.
2.SBPA dibatalkan. Skim gaji dikekalkan kepada SSM tetapi akan ditambahbaik.
3.Satu Suruhanjaya akan ditubuhkan untuk mengkaji skim perkhidmatan awam.
4.Disebut pelarasan gaji SSM gred 1-54 kepada 13% berdasarkan gaji pokok semasa.
5.SSM diubah dari Tangga Gaji Matriks kepada Tangga Gaji Sebaris (SBPA).
6.Kadar Cola Kawasan B dinaikkan RM50 kepada RM250 dan kawasan C dinaikkan RM50 kepada RM150. Kawasan A kekal.
7.BISP, PITK, PIW & BIP dikekalkan perlaksanaannya.
8.Kenaikan pangkat guru secara Time-Based.


p/s: bapak miera kerja dengan kerajaan, nak paw die la..ahaha  (SUMBER)
Ranking: 5

{ 3 ong gedek gedek... read them below or add one }

Admin said...

syukur atas rezeki Nya


8 March 2012 at 15:54
Unknown said...

untung ler kakitangan kerajaan......
tahniah.....


9 March 2012 at 00:08
Mrs Velentine said...

syukur dengan apa ya diberikan tp bukanlah durian runtuh mcm apa yg org sangka..


9 March 2012 at 08:35
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved