Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Speksifikasi | Apple Melancarkan iPad Generasi Baru (iPad 3)

on 8 March 2012

Salam sejahtera... iPad generasi baru merupakan salah satu perkara yang dinantikan oleh semua melalui acara khas yang diadakan oleh Apple hari ini. Dan dengan tidak mengecewakan semua pihak, Apple telah pun memperkenalkan iPad baru mereka, ia masih mengekalkan saiz skrin yang sama, iaitu 9.7-inci dan dijana oleh cip pemprosesan A5X empat-teras grafik padanya, sekaligus membawakan sokongan permainan pada iPad baru ini ke tahap tertinggi.

iPad generasi baru ini masih kekal akan harga jualannya seperti sebelum ini, dan didatangkan dalam dua pilihan warna, iaitu hitam dan juga putih. iPad baru itu bakal berada di pasaran di Amerika Syarikat, Kanada, Britain, Perancis, Jerman, Switzerland dan Jepun bermula 16 Mac ini sebelum diedarkan ke 25 negara lain.

Mari kita lihat antara ciri-ciri Ipad generasi baru yang mengujakan ini...

Paparan: Paparan Retina (2048x1536 resolusi)
Video: Rakaman video Definisi Tinggi 1080p resolusi
Internet: 4G LTE (Long Term Evolution)
Pemprosesan: a5X grafik quad-core
Ketebalan: 9.4mm
Berat: 0.64 kilogram
Ketahanan bateri: 10 jam penggunaan biasa dan 9 jam dengan penggunaan 4G
Warna: Hitam dan putih
Harga: AS$499, AS$599 dan AS$699 (Wi-Fi 16GB/32GB/64GB); AS$629, AS$729, AS$829 (Wi-Fi + 4G 16GB/32GB/64GB)


p/s: miera berkenan dengan ipad baru ini, ada sesiapa nak belikan x???  (SUMBER)
Ranking: 5

{ 3 ong gedek gedek... read them below or add one }

Khidhir said...

keluar lagi da.. laju betul dorang ni


8 March 2012 at 14:31
Anonymous said...

4G tak leh guna... Malaysia takde 4G LTE. Hanya 4G WiMAX.

bazirrr!


8 March 2012 at 15:22
Unknown said...

nampak cam best....kena beli satu nie...he3


9 March 2012 at 00:13
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved